Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof mendakwa isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana bersikap curang apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki zaman kolejnya yang berstatus suami orang.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, mendedahkan perkara itu sebagai sebahagian alasan dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.

Pengarah filem Munafik itu ketika ditemui media berkata, sebagai suami dia tidak boleh menerima apabila isterinya berlaku curang dan berat baginya untuk mendedahkan perkara itu dalam tuntutannya.

“Sebagai seorang suami, saya juga sudah memedam rasa dan nak cakap pun malu. Tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain,” katanya, lapor mStar.

Syamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di luar mahkamah selepas membuat permohonan berkenaan kira-kira pukul 3 petang dengan ditemani peguam, Azmi Mohd Rais.

Bagaimanapun kata Syamsul, dia mengakui masih sayangkan Sarah dan berharap semua kemelut di antara mereka dapat diselesaikan dengan cara baik.

IKLAN

Dalam pada itu, Azmi berkata, antara alasan lain Syamsul membuat permohonan tersebut ialah disebabkan Puteri Sarah meninggalkan rumah kelamin mereka sejak Oktober 2020 tanpa izin.

Selain masih isterinya itu menghubungi bekas kekasih, Puteri Sarah juga didakwa enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti menuduhnya memukul dan tidak memberi nafkah.

“Sebagai Suami, Saya Juga Sudah Memendam Rasa, Nak Cakap Pun Malu,” – Syamsul Yusof

IKLAN

Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.

Sehubungan itu, Hakim Syarie mahkamah berkenaan, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

IKLAN

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber: mStar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI