Meskipun sudah lebih tiga tahun meninggal dunia, nampaknya jasa baik pelawak, Arwah Abam masih lagi dikenang sehingga hari ini.

Rupa-rupanya, arwah Abam bersama kedua ibu bapanya merupakan antara individu yang sering menghulurkan bantuan buat para penghuni Rumah Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khatijah.

Menurut pengasasnya, Esah Lila@ Abdullah, arwah Abam sebenarnya tidak mahu perkara ini didedahkan kepada umum namun, dia berasa terpanggil untuk menceritakan kisah ini sebagai pedoman.

Tak Lokek Beri Bantuan, Pengasas Rumah Anak Yatim Kenang Jasa Arwah Abam – “Sebelum Meninggal, Dia Belikan Baju Sekolah…”

“Keluarga arwah Abam banyak membantu saya dan anak-anak di pertubuhan dari segi kewangan dan makan minum. Arwah ibu dan bapa dia yang masak sendiri dan hantar kepada kami.

“Arwah Abam ada berpesan, segala apa yang dia berikan kepada pertubuhan, jangan cerita pada sesiapa. Bila dia meninggal dunia pada 2019, ada wartawan menemu ramah dan saya harus cerita kerana ini perkara baik.

“Selain keluarga, Fad dan Achey juga banyak bantu kami. Bila mereka berjaya di Maharaja Lawak, Abam akan datang kepada kami untuk kirim wang tanpa bertanya soalan.

IKLAN

“Saya doakan semoga arwah Abam sentiasa didalam rahmat Allah, diberikan kelapangan tempat tinggal dan diampunkan segala dosa,” katanya kepada MH.

Esah, 68 berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media Program Berbuka Puasa Bersama Datuk Aishah dan Ezad Lazim yang berlangsung di Grand Barakah Hotel, Ampang pada Isnin.

Tak Lokek Beri Bantuan, Pengasas Rumah Anak Yatim Kenang Jasa Arwah Abam – “Sebelum Meninggal, Dia Belikan Baju Sekolah…”

Selain berbuka bersama selebriti, program tersebut diadakan untuk meraikan para penghuni Rumah Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khatijah.

Kongsi Esah lagi, bantuan terakhir yang disampaikan oleh Abam adalah pakaian seragam sekolah yang masih lagi dipakai sehingga hari ini.

IKLAN

“Sebelum Abam meninggal, dia ada membelikan baju sekolah buat anak-anak di pertubuhan yang tak sempat dipakai kerana PKP. Baju-baju tersebut masih lagi dipakai sehingga hari ini.

“Selepas pemergian Abam, memang tiada lagi yang datang kepada kami untuk menghulurkan bantuan. Saya doakan mudah-mudahan ada lagi individu pemurah yang akan mewarisi sifatnya itu,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Esah turut mendedahkan pertubuhan tersebut seakan hilang tempat bergantung setelah ketiadaan Abam.

Tak Lokek Beri Bantuan, Pengasas Rumah Anak Yatim Kenang Jasa Arwah Abam – “Sebelum Meninggal, Dia Belikan Baju Sekolah…”

IKLAN

“Arwah Abam telah membantu kami sejak sebelum bergelar Maharaja Lawak lagi. Dialah yang masakkan makan minum kami. Apa-apa majlis sekalipun, tak kira besar atau kecil, kami adalah orang pertama yang dipelawa makan.

“Kami memang rasa kehilangan. Dulu, kalau kami teringin nak makan mee goreng atau nasi lemak Abam, kami akan bagitahu dan dia akan masakkan. Kini, saya tidak jumpa lagi orang sebaik Abam,” akhirinya.

Terdahulu, tiket bagi program buka puasa ini dijual secara individu dan meja bermula harga RM358 (platinum), RM338 (gold), RM298 (silver) dan RM188 (bronze).

Malah, 15 peratus daripada hasil jualan tiket akan disumbangkan buat Rumah Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khatijah.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, email sahaja di fareha.johari@gmail.com atau azlimaabdwahid@gmail.com

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI