Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia bersama pasukannya akan bergerak mengadakan misi bantuan buat warga negeri Pahang yang terjejas akibat musibah banjir sejak Ahad lalu.

Menurut Aliff, sebagai anak jati Pahang, dia juga berasa amat sedih melihat ujian yang menimpa penduduk di negeri tersebut.

 “Kesianyaa.. doakan misi saya berjaya esok (hari ini). Doa yang baik. Permulaan tahun 2021, kita dikejutkan dengan berita banjir besar yang berlaku di banyak negeri dan antara yang teruk terjejas adalah negeri kelahiran saya Pahang. Sebagai anak kelahiran Pahang saya turut merasai kesusahan.

“Alhamdulillah rezeki anda salurkan pada saya ini saya salurkan pada yang memerlukan. Anda juga adalah peyumbang kepada mereka dengan membeli produk-produk perniagaan saya, saya adalah perantara sahaja yg meyampaikan bagi pihak anda semua,” tulisnya.

Jelas penyanyi lagu, Cuba Bahagia ini lagi, bantuan tersebut dibuat hasil daripada sumbangan orang ramai menerusi pembelian produk-produknya selama ini.

IKLAN

Perkhabaran tersebut dibuat menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Lantaran itu, Datuk Seri Aliff juga dikhabarkan telah mempersiapkan 10 buah kereta pacuan empat roda bagi menyertai misi bantuan ini.

IKLAN

“Esok saya akan turun ke beberapa tempat yang terjejas antaranya Maran, Temerloh, Raub dan beberapa tempat lagi yang dibenarkan masuk memandangkan saya menerima maklumat banyak jalan terputus akibat banjir yang sangat teruk. Doakan saya dan team selamat sampai untuk bantuan ini.

“Kami bergerak dalam 10 buah kereta pacuan empat roda. Terima kasih bonda @bondarozitaibrahim bagi pinjam kereta dan juga @baganpinang, Dato Murad untuk kami meyampaikan bantuan ini. Ada tak sesiapa yang perlukan pertolongan saya korang boleh tag ig mereka untuk saya bantu,” kongsinya lagi.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Datuk Seri Aliff beserta pasukannya selamat tiba di negeri Pahang.

“Sebagai Anak Pahang Saya Turut Rasai Kesusahan,” – Siapkan 10 Kereta Pacuan 4 Roda, Datuk Seri Aliff Syukri Turun Padang Bantu Mangsa Banjir “Sebagai Anak Pahang Saya Turut Rasai Kesusahan,” – Siapkan 10 Kereta Pacuan 4 Roda, Datuk Seri Aliff Syukri Turun Padang Bantu Mangsa Banjir “Sebagai Anak Pahang Saya Turut Rasai Kesusahan,” – Siapkan 10 Kereta Pacuan 4 Roda, Datuk Seri Aliff Syukri Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

“Sebagai Anak Pahang Saya Turut Rasai Kesusahan,” – Siapkan 10 Kereta Pacuan 4 Roda, Datuk Seri Aliff Syukri Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI