Ads

“Mata Masuk Habuk Jap, Biar Pun Tak Boleh Jumpa…,” – Kakak Masak & Hantarkan Makanan Kegemaran Buat Harris Annuar

Selepas didapati positif Covid-19 sejak dua minggu lalu, pelakon, Harris Annuar sering berkongsi mengenai perkembangan terkininya di platform media sosial.

Terbaru, Harris meluahkan rasa terharu selepas kakaknya yang juga merupakan pengacara, Nadia Annuar ada menghantar makanan buat dirinya yang ketika ini sedang menjalani tempoh kuarantin.

Jelas Harris, dia amat berterima kasih kepada kakaknya itu kerana sanggup bersusah payah untuk menyediakan makanan kegemarannya.

“Okay mata masuk habuk jap, biar pun tak boleh jumpa tak boleh peluk lagi, thank you Kak Ya sebab tolong masakkan Khao Mok! I miss you so much @nadiaannuar !,” tulisnya.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 ini turut mengakui berasa amat rindu dengan adik-beradiknya yang lain kerana tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buat dirinya selama ini.

Ads

“And of course thank you jugak kat all my siblings yang tak henti henti bagikan kata kata semangat kat aboy during my tough time ni love you all tam tam @aymarnannuar, lalanya, abang,” kongsinya lagi.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Harris dapat pulih dengan segera.

Anda mungkin berminat dengan

“Mata Masuk Habuk Jap, Biar Pun Tak Boleh Jumpa...,” - Kakak Masak & Hantarkan Makanan Kegemaran Buat Harris Annuar “Mata Masuk Habuk Jap, Biar Pun Tak Boleh Jumpa...,” - Kakak Masak & Hantarkan Makanan Kegemaran Buat Harris Annuar “Mata Masuk Habuk Jap, Biar Pun Tak Boleh Jumpa...,” - Kakak Masak & Hantarkan Makanan Kegemaran Buat Harris Annuar

Terdahulu, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton ini telah didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada tanggal 3 Januari lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Marsha Milan Berdepan Ujian Kesihatan Dua Minggu Sebelum AJL40 – “Saya...

Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).