Terus berkarya, selebriti serba boleh Kelly Azman kini muncul dengan single terbaharu berjudul Nikmat Di Hari Raya, duet bersama penyanyi, Ismaliza Ismail (Isma AF7).

Nikmat Di Hari Raya merupakan single ketiga Kelly selepas Kepulangan Di Hari Raya dan dan No No No.

“Single ini dicipta oleh S. Atan dan liriknya pula nukilan Tanty dan Miss Darna. Sepatutnya lagu ini dikeluarkan pada tahun lalu tetapi atas kekangan pandemik, lagu ini dapat direalisasikan pada tahun ini.

“Idea untuk menghasilkan lagu ini datang dengan spontan bersama Isma. Semuanya dipermudahkan biarpun menghadapi rintangan dan akhirnya lagu ini muncul selepas setahun menanti.

“Menerusi single Nikmat Di Hari Raya, kami bekerjasama dengan Sony Music. Alhamdulillah, lagu ini sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital pada 15 April dan jika tiada aral melintang, ia bakal berada di saluran YouTube Sony Music Malaysia pada 30 April ini.

“Lagu ini mengisahkan mengenai nikmat untuk kembali meraikan lebaran bersama keluarga dan teman tersayang pada tahun ini selepas dua tahun tidak bersama kerana Covid-19. Saya berharap lagu ini dapat sambutan yang baik, Insya-Allah,” katanya.

IKLAN

Biarpun sering menerima kritikan netizen yang menganggap dirinya tidak layak bergelar penyanyi, juri program All Together Now Malaysia ini mempunyai pendirian tersendiri.

“Saya Yakin Bakat Dikurniakan Allah,” – Rasa Tone Suara Sedap, Kelly Azman Lancar Lagu Raya Duet Dengan Kakak Tomok “Saya Yakin Bakat Dikurniakan Allah,” – Rasa Tone Suara Sedap, Kelly Azman Lancar Lagu Raya Duet Dengan Kakak Tomok “Saya Yakin Bakat Dikurniakan Allah,” – Rasa Tone Suara Sedap, Kelly Azman Lancar Lagu Raya Duet Dengan Kakak Tomok

“Ramai yang tak berpuas hati dengan saya, pastinya kehadiran single ini akan dikritik, lebih-lebih lagi apabila ada netizen yang menganggap saya tak layak bergelar penyanyi.

IKLAN

“Saya rasa saya layak menjadi seorang penyanyi kerana saya mempunyai tone suara yang sedap dan mempunyai bakat tersendiri dalam bidang muzik. Saya yakin dengan bakat dan suara yang diberikan oleh Allah untuk saya menghiburkan peminat.

“Biarpun saya menerima kecaman, ramai juga peminat yang memberikan sokongan tak berbelah bahagi. Jadi, itu menjadi sebab untuk saya terus berusaha dalam bidang seni tanpa rasa bosan dan penat. Lagipun, bidang seni adalah minat saya dan saya tak akan berhenti untuk memberikan yang terbaik.

“Insya-Allah, selepas ini saya bakal muncul dengan single balada dan saya juga sedang dalam perancangan untuk berkolaborasi bersama trio BBNU. Saya teruja kerana lagu itu dicipta oleh komposer prolifik, Sharon Paul. Doakan segalanya dipermudahkan,” katanya.

IKLAN

Dengarkan single Nikmat Di Hari Raya di semua platform penstriman digital sekarang!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/VotVeLJFcbw

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI