Apa sahaja yang dikongsikan oleh selebriti terkenal, Neelofa mengenai anak sulungnya, Muhammad Bilal pasti menarik perhatian warganet.
Terbaru pada Ahad, ahli perniagaan berjaya itu berkongsi perkembangan anak pertamanya yang sudah mulai belajar meniarap.
Perkongsian tersebut dikongsikan Neelofa menerusi Insta Stories.
Sambil berkongsi ragam anak hasil perkongsian hidup bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz itu, bekas hos MeleTOP ini turut merakamkan figura Bilal yang ‘semangat’ buat tatapan peminat.
Ads
“Bilal nak pandai meniarap dah ni. Orang puasa pun boleh lapar tengok tangan paha Bilal ni,” tulisnya.
Ads
Manakala di dalam foto Bilal yang seterusnya, Neelofa turut mengambil single pertama suami, Zikir, Selawat & Pesanan Untuk Bilal sebagai latar muzik.
Ads
Terdahulu media melaporkan, lirik lagu berkenaan dihasilkan bersama komposer dan penyanyi, Fahimi Rahmat yang didedikasikan buat Bilal.
Ia dirakam dan dihasilkan sebelum Ramadan dan mengambil masa 10 hari untuk disiapkan termasuk penggambaran video muzik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kumpulan remaja, Da Uknown tidak menafikan ada ketikanya mereka terasa hati dengan kecaman melampau yang diberikan netizen di media sosial.
Bagaimanapun mereka memilih untuk tidak memberikan reaksi balas terhadap kecaman yang diberikan. Sebaliknya terbuka seterusnya cuba memperbaiki setiap kelemahan yang ada.
Popular dengan lagu Jangan Marah (Baby Sayang), kumpulan berkenaan dianggotai lima belia iaitu Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 20, Adam Hafidh (MaryHaf), 20, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 19, Ameer Nor Azam (Ameer), 19, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 18.
“Bagi saya, ia sesuatu yang tidak dapat dielak. Walau ada yang beri komen membina dan positif, tapi saya tidak nafi ada juga kritikan yang ekstrem.
“Misalnya ada yang komen kata kami ‘budak belum akil baligh’. Saya pula yang paling muda di antara mereka,” kata Zaq di majlis berbuka puasa Ace Talents & Perlancaran Lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Ampang pada Jumaat.
Majlis sama turut dimeriahkan dengan kehadiran Ruffedge, Chubb- E, Unknown dan Moleque.
Sementara itu bagi Momo, antara komen yang paling diingatinya ialah apabila mereka dituduh cuba meniru kPop.
“Ada juga yang cakap kami perosak industri selain kononnya kami ‘berkiblatkan’ BTS memandangkan kami menampilkan lima orang sebagai ahli kumpulan.
“Memanglah terasa, siapa tak terasa kan bila dikritik sebegitu? Kami berusaha dan keluarkan lagu-lagu yang terbaik, tetapi orang beri kritikan yang menjatuhkan, ibarat usaha kami sia-sia.
“Mengenai BTS, kami tak tiru langsung. Kami mempunyai identiti sendiri. Kebanyakan kritikan sedemikian, kami tidaklah komen balik. Hanya diam dan kami hanya membiarkan sahaja.
“Apa pun, saya dan rakan lain akan cuba memperbaiki diri seterusnya terus berikan kualiti kerja yang lebih baik di masa akan datang,” katanya.
Ditanya mengenai populariti lagu yang lebih dikenali berbanding tuan punya suara, Da Unkown mengakui perkara itu.
“Lagu terbabit (Jangan Marah) mulanya viral di TikTok. Alhamdulillah, kami anggap itu satu permulaan yang baik meski masih ada yang tidak mengenali kami sepenuhnya.
“Kami jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha kuat, hasilkan lagu yang baik. Kini kami tampil dengan lagu Tersakiti. Setakat ini, maklum balas yang diterima sangat positif,” kata Zaq pula.
Dalam pada itu, Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents optimis lagu OoTD Raya bakal mendapat tempat di hati peminat memandangkan single nyanyian Moleque, Da Unknown, Zarol Zarif, Aliff idham dan Al Farabi itu mempunyai keunikan tersendiri.
“Memang setiap tahun akan ada lagu raya baharu yang dikeluarkan ramai penyanyi. Cumanya kami tidak melihat lagu OoTD Raya ini sebagai saingan mana-mana lagu raya lain.
“Di Ace Talent kami sentiasa mahu wujudkan kelainan. Menerapkan konsep yang sama untuk lagu ini menjadi harapan kami agar lagu ‘OoTD Raya’ ini mendapat tempat di hati pendengar,” katanya.
Muzik video OoTD Raya dicipta Cat Farish bersama barisan pengarah Ace Talent ini akan dilancarkan pada 11 April jam 8 malam di saluran YouTube Ace Talents.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Dayana Roza berterima kasih kepada Pasukan Bomba & Penyelamat selepas mereka berjaya menangkap seekor ular sawa yang lari bersembunyi di dalam kolam buatan kediaman.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklumkan, kejadian berlaku selepas sahur awal pagi tadi.
“Ular try nak makan Leo (burung peliharaan) tapi tak berjaya, pastu dia lari menyorok dalam pond sebab terkejut dengan laki i agaknya.
“Nasib la my husband lepak depan rumah time lepas sahur. Panik i dengar my husband menjerit ingat ada perompak,” tulisnya menerusi pautan video yang dikongsikan.
Penyanyi, Amelina berkongsi satu nukilan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah bapanya, Allahyarham Amir Sharipuddin Abdul Rauf Ahad depan.
Menerusi nukilan yang dibuat, Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina akui sebagai anak dia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Dedahnya lagi, kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini telah mengecewakan hati Allahyarham bapa serta seluruh ahli keluarganya.
“Surat untuk Abah. Abah, Selamat hari lahir in advance 17/4/1947 – 06/01 / 2009. Amir sharifuddin bin Abdul Rauf. Al fatihah.
“Abah, Along mintak maaf segala kesalahan Along. Along tau Along dah kecewakan hati Abah dan Mak.
Along abaikan cita-cita Along dan keluarga. Along tinggalkan semuanya selama 15tahun.
“Along dah kecewakan harapan keluarga. Along lupa janji-janji Along pada Mak & Abah. Tapi itu bukan kehendak Along. Along tau apa yang Along buat dulu itu salah. Tapi Along TERBELENGGU dengan TAKDIR Along sendiri,” tulisnya.
Setelah hampir 15 tahun ketiadaan arwah bapa tercinta, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini sudah menerima ketentuan takdir Ilahi meski berat untuk dilalui.
Di samping memohon agar dirinya cekal dan tabah, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Asyik ini memberitahu, arwah bapa sentiasa terpahat diingatan.
“Abah, sekarang Along dah pun terima apa yang patut Along terima dari perbuatan Along. Dan Along redha, Along tau Abah tetap sayang Along kan?
Mak selalu cakap Abah tak pernah lupa mendoakan Along masa Along tak ada dulu.
“Abah, doakan Along semoga kuat yer, doakan rezeki Along yer abah & doakan along terhindar dari fitnah dunia. Along nak Abah tau Along, Mak, Angah, Adik serta cucu-cucu Abah tak pernah lupakan Abah.
“Segala kasih sayang & pengorbanan Abah sentiasa di hati jadi kekuatan kami.Tenanglah Abah disana, doa kami sebagai penyambung kasih kita sekeluarga. Dari anakandamu. Norazlina Amir Sharipuddin,” akhirinya.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.