Hari ini genap setahun ulang tahun perkahwinan penyanyi antarabangsa, Yuna dengan suami tercinta, Adam Yousof Mohamed.
Lantas, pemilik nama sebenar Yunalis Zarai itu telah meluahkan perasaan gembiranya di Instagram.
“1 year anniversary for this Sinclair couple. I’m the luckiest girl ever to find a love as true and as silly as you. Now we can both go annoy people, together,” tulis Yuna.
Tiket Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang telah mula penjualannya pada pukul 12.00 tengahari tadi, laku seperti pisang goreng panas!
Menurut syarikat penjualan tiket AJL33, My Ticket, tiket aras Arena yang bernilai RM55 telah habis dijual dalam masa satu jam.
Pada masa sama, Pengurus Hiburan Primeworks Studios, Encik Muhamad Sufian Che Isa berkata situasi tersebut amat mengejutkan pihaknya semua kerana mereka lazimnya memberikan tiket AJL secara percuma kepada orang ramai dan kelab peminat finalis.
“Tambahan pula, semenjak pengumuman penjualan tiket ini hari Jumaat lalu, kami turut mendapat kecaman dari pihak netizen yang mengemukakan ketidakpuasan hati mereka.
“Namun, kami tetap positif dengan semangat peminat finalis dan AJL itu sendiri, Alhamdulillah penjualan tiket ini berjalan dengan lancar.
“Ini juga membuktikan bahawa Anugerah Juara Lagu ini masih relevan pada industri muzik tanah air dan masih menjadi kegilaan peminat meski telah mengecapi edisi yang ke-33 penganjuran.”
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Walaupun tiket arena (RM55) telah habis dijual, tiket AJL33 di Aras 3 dan Aras 4 masih dijual seperti biasa dengan harga RM35 (Aras 3) dan RM25 (Aras 4).
Para peminat AJL 33 boleh dapatkan tiket mereka di laman web www.myticket.asia.
Anugerah Juara Lagu 33 yang akan berlangsung pada 3 Febuari 2019 depan, membariskan finalis-finalis hebat seperti Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Altimet, Haqiem Rusly, Syamel, Ara Johari, Kaer dan Amylea, serta ramai lagi.
Sekiranya para peminat ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan AJL33, mereka boleh layari laman media sosial @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, dan Twitter.
Mereka juga dialukan untuk menggunakan tanda pagar #AJL33 untuk menghangatkan perbualan di media sosial.
Foto: Instagram Muzik-Muzik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, memang ramai yang kian mengikuti drama bersiri terkini di slot Akasia, Pujaan Hati Kanda yang menampilkan Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai teraju utamanya.
Selain jalan ceritanya yang menarik, tak kurang yang turut ‘terikut-ikut’ dengan gelagat dan nama watak para pelakonnya.
Malah Remy sendiri misalnya, sering saja menulis kapsyen menerusi Instagram yang ada sangkut paut dengan wataknya, Megat Danish. Malah, ada penulisan berbaur humor yang seterusnya membuatkan ramai peminat terhibur!
jom stalk beberapa posting bintang ini yang diambil menerusi Instagram
Selepas berjaya mencipta fenomena pada musim pertama, drama adaptasi novel popular karya Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya kembali dengan musim kedua yang menjanjikan jalan cerita lebih sarat konflik dan emosi.