Sebagai umat islam, sudah semestinya kita tidak boleh lupa kepada rukun iman yang ke-3 iaitu membaca kitab suci Al-Quran.
Pelakon, Norman Hakim merupakan duta kepada program World Quran Hour tahun ini dan dirinya turut sedar dalam menyampaikan mesej buat senua agar terus mencintai kitab suci Al-Quran.
Norman ketika ditemui pada program World Quran Hour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor, pada Khamis memberitahu, dia gembira atas sambutan yang diberikan untuk projek murni ini berbanding tahun sebelumnya.
“Saya selaku duta Quran Hour dapat melihat sesuatu perubahan yang lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas.
Ads
“Jadi pada saya ini adalah sesuatu yang perlu sama-sama kita meraikan dan kita sokong dan saya mengalakan atau mengajak kepada semua sama-sama untuk mencintai Al-Quran, supaya kita sentiasa dibarakahi oleh Allah S.W.T, kehidupan kita duniawi dan ukhrawi,” katanya kepada MH.
Di samping itu, pelakon berusia 43 tahun itu juga berharap ramai rakan selebriti untuk tidak bersikap mengabaikan kitab Al-Quran.
Ads
“Saya tidak layak untuk menasihati sebenarnya tapi saya berharap ia akan membuka lembaran baru kepada bukan setakat keluarga terdekat, tapi masyarakat di luar sana dan bersama sekali dengan rakan-rakan selebriti yang lain.
Ads
“Mungkin mereka mempunyai pilihan untuk tidak mengwar-warkan, tetapi saya mengambil ini sebagai satu platform dakwah kecil untuk menyampaikan seterusnya mempelawa ramai untuk sertainya.
Istimewa penghias muka depan MH bersempena dengan bulan Syawal yang bakal menjelang, kami tampilkan seorangmanis berwajah bujur sirih, Fatin Afeefa.
Tidak dinafikan selain penampilannya yang menarik seiring bakat lakonan, setiap gerak-geri sosok kecil molek ini sering mendapat perhatian peminat yang sekali gus ‘memancing’ mata ramai.
Lantas, tak hairanlah seandainya apa sahaja yang dilakukan ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata menjadi buah mulut.
Perkahwinan yang dibina pada 21 Disember 2013 bersama pelakon, Adam Shaaz gagal apabila mereka disahkan berpisah pada 30 Mei 2017 lalu.
Bagaimanapun, pasangan selebriti itu dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia, 4.
Terdahulu, Fatin turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian yang kini berusia 7 tahun.
Bagaimanapun, Fatin selesa dengan status sedemikian dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal pengganti.
Selesa Status Ibu Tunggal, Mahu Fokus Pada Anak-Anak
“Sebenarnya status ibu tunggal bukan senang untuk dibawa. Sebab orang akan sentiasa anggap golongan ini seperti ‘desperate’ untuk dapat suami dan saya bukanlah jenis macam itu.
“Dengar sahaja status janda, mesti orang dah set kan pada minda, kami ni jenis nak suami oranglah atau benda-benda lain yang negatif.
“Senang cerita, apa yang kita buat, semua akan jadi salah disebabkan status kita yang sebegitu,” jelas Fatin.
Lalu, Fatin lebih senang untuk ‘butakan mata’ dan ‘pekakkan telinga’ sahaja apabila dicemuh persepsi sedemikian.
“Mereka tak akan nampak benda baik yang kita buat. Sebaliknya, apa yang mereka tahu ialah golongan ini mahu ambil suami orang, walau hanya segelintir yang berpendapat begitu.
“Saya jenis yang tak kisah mereka nak cakap apa pun. Sekarang ini, saya fokus untuk mencari duit untuk anak-anak dan selagi saya tak kacau siapa-siapa, insyaAllah rasa saya buat yang terbaik,” katanya jujur.
Terima Banyak Komen ‘Nakal’ Dari Lelaki!
Ditanya mengenai media sosialnya pula, bintang ini memberitahu dia banyak mendapat pesanan daripada netizen khususnya kaum Adam.
“Saya akui saya banyak terima DM (Direct Message) dari peminat terutama kaum lelaki.
“Ada juga yang komen merepek, komen lucah dan saya rasa baik saya abaikan dan tekan button decline. Bila saya refresh, pasti akan masuk DM baru balik.
“Kadang-kadang mereka ini saja nak main-main. Malah, ada juga yang hantar DM. Katanya, mereka sedia jadi papa kepada anak-anak”, jelas Fatin lucu.
“Apapun, saya ada minta pembantu untuk tapis semua DM dan serahkan padanya untuk kawal apa yang patut.
“Hanya perkara melibatkan kerja sahaja, saya akan bagi respon,” kongsi Fatin.
Suka Lelaki Tinggi
Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya pula, ini jawapan jujur Fatin.
“Buat masa ni saya tak terfikir lagi nak kahwin dan tak ada perasaan pun nak kahwin lagi.
“Cuma kalau ditanya pada saya perihal ciri-ciri lelaki idaman, rasanya saya suka lelaki tinggi.
“Jadi kalau saya rendah, bakal suami saya pun rendah, anak-anak pun terikut sama.
“Sekurang-kurangnya biarlah anak ikut ciri-ciri ‘ayah baru’ mereka untuk jadi tinggi.
“Selain itu, saya pun boleh melekap kat bahu kalau tengah bersedih atau penat balik kerja,” katanya berseloroh jika ditakdirkan dengan suami berfizikal tinggi untuk perkahwinan kedua kelak.
Tak Tentukan Hari & Masa Untuk Bekas Suami Jumpa Anak-Anak
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Hari Raya Aidilfitri akan tiba. Fatin juga turut berkongsi soal persiapan rayanya sekeluarga tahun ini.
“Tahun ini saya beraya di Kuala Lumpur sebab keluarga semua ada sini dan giliran saya dengan Ivy, sebab tahun lepas dia dengan papa dia,” kata Fatin bersyukur.
Tambah Fatin, dia dan bekas suaminya tidak mempunyai masalah dalam hak penjagaan anak-anak kerana masing-masing saling berkomunikasi dan bersikap matang.
“Dia akan ambil apabila ada masa. Sebab selalunya anak-anak akan ada sentiasa dengan saya.
“Kami masing-masing ada persetujuan untuk menjaga anak-anak. Kalau dia free atau tamat waktu bekerja, dia boleh ambil anak.
“Saya tak ada nak tentukan hari dan masa untuk dia jumpa dengan anak-anak sebab kami ada persetujuan. Bagi saya, hak anak tak perlu gaduh, yang penting harus bersikap profesional dan sentiasa berkomunikasi untuk kebaikan anak-anak,” akur Fatin.
o Penyelaras: Sara Sufia, Nurmalia & Aizam Manaf o Teks: Amynur Akmal o Foto : Yanti Saharuddin o Video: Mazlan o Arahan Seni: Mazlan & Yanti Saharuddin o Solekan & Dandanan: Nadia Nordin o Pakaian Fatin Afeefa: Jovian Mandagie & Petra o Pakaian Adam Aisy Arrian: Jovian Mandagie & Pokoks o Pakaian Ivy Herra Sophia: Pokoks
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi rakaman video kucing peliharaannya, Ramlal, pelakon Zara Zya menyifatkan apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah.
Tulisnya lagi menerusi Instagram, sewaktu Ramlal dilahirkan, doktor menasihatkan untuk matikan si comel berkenaan dek kerana jangkitan di kaki yang dialami kucing itu.
Bagaimanapun, Zara jelaskan dia berpegang kepada satu perkara, iaitu selagi kucing tersebut bernafas, dia akan menjaganya sepenuh hati.
“Dulu waktu dia lahir, doktor cakap suruh matikan dia sebab dia tak kuat. Dia ada jangkitan kat kaki dia. (Sampai kaki dia kena potong) tapi saya berpegang pada satu, selagi dia bernafas, saya akan jaga dia sepenuh hati.
“Alhamdulillah syukur sangat2, saya tak sangka Ramlal skrg aktif, lari laju mcm lipas kudung hehehe… dia special sgt.
“Btl lah org ckp, kalau kita yakin dan sygkan sesuatu, jaga lah dia sebaik mungkin.
“Ajal maut tu ketentuan Allah. Panjang umur Ramlal. Mommy doakan Ramlal terus sihat dan aktif sampai bila2 tau,” tulisnya.
Tidak bersetuju dengan tindakan mematikan haiwan kerana penyakit, netizen meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen.
Ajal maut di tangan Tuhan, sebagai manusia, kita harus berusaha sehabis baik sebelum menyerahkan kepada takdir, atau mungkin cara itu juga yang terbaik.
Pelakon Linda Hashim telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim mengimbau memori dalam bentuk gambar kedua-dua orang tuanya.
Di samping itu, pelakon yang berusia 34 tahun itu telah meluahkan kata-kata yang menyentuh hati peminat.
“MY PARENTS mama..masyaallah..mlm tdi mimpi arwah mama tanya kabar saya..padahal dah belas tahun tak mimpi dia.smlm dia dtg dlm mimpi mlm jumaat bulan ramadhan..
“mungkin mmg dia dtg tgk anak2 dia kot wallahualam.terima kasih mama kerana melahirkan saya dari gelapnya rahimmu hingga terangnya dunia ni.
“kepada semua yg baca caption ni,hargailah ibu korg sementara dia masih ada..muliakan ibu korg kerana ibu adalah insan yg dimuliakan oleh allah s.w.t.
“beruntung org yg masih ada ibu kerana dapat doa dari ibu kandung korg dimana doa ibu tiada hijab langsung sampai ke sana..
“sy sempat bersama ibu sy hingga umur sy 16tahun saja.belum puas bermanja dgn dia belum cukup membalas jasa dia belum sempat memberi dia kesenangan dan belum sempat bagi apa2 kat dia.alfatihah Zurina bt Ariff
“abah..selamat ulang tahun abah yg ke 60th..alhamdulillah masih bersama abah hingga ke hari ini..semoga abah diberi kesihatan yg baik dipanjangkan umur di limpah ruahkan rezeki abah..
“walaupun abah jauh di kampung tp angah tetap ingat abah dan nama abah sentiasa ada dalam doa angah.”tulisnya.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.