Pelakon Uqasha Senrose menyatakan rasa teruja apabila dipilih menjadi ‘muse’ seterusnya menyarung koleksi pengantin rekaan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun by Shanell Harun Creations pada tahun ini.

Membawa kelainan menerusi koleksi kapsul Gabrielle 2021 yang membawa pengaruh klasik Inggeris, busana indah dan mewah yang menampilkan bintang drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga dilihat sebagai satu pilihan yang tepat.

“Saya Teruja Dan Terharu,” – Jadi ‘Muse’ Shanell Harun & Peraga Barang Kemas RM4 Juta, Terserlah Aura Bakal Pengantin Uqasha Senrose “Saya Teruja Dan Terharu,” – Jadi ‘Muse’ Shanell Harun & Peraga Barang Kemas RM4 Juta, Terserlah Aura Bakal Pengantin Uqasha Senrose

“Saya rasa teruja dan terharu menjadi individu pertama yang menyarungkan koleksi mewah dari Shanell Harun.

“Sejujurnya, saya rasa selesa dengan potongan busana dalam koleksi ini dan setiap perincian yang digunakan, bersesuaian dengan jiwa saya,” katanya.

Bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli, Uqasha turut memilih persalinan yang selesa tetapi pada masa sama tampak serba sempurna pada hari bahagianya kelak.

IKLAN

“Saya percaya setiap bakal pengantin impikan sesuatu yang terbaik, termasuk persalinan yang bakal disarung nanti sebagai raja sehari,” katanya lagi.

“Saya Teruja Dan Terharu,” – Jadi ‘Muse’ Shanell Harun & Peraga Barang Kemas RM4 Juta, Terserlah Aura Bakal Pengantin Uqasha Senrose “Saya Teruja Dan Terharu,” – Jadi ‘Muse’ Shanell Harun & Peraga Barang Kemas RM4 Juta, Terserlah Aura Bakal Pengantin Uqasha Senrose

Sementara itu, Shanell Harun yang sinonim dengan mementingkan ketelitian, kekemasan serta kesempurnaan dalam setiap rekaan, menyifatkan pemilihan Uqasha adalah yang terbaik.

“Saya cuba mencipta kelainan menerusi koleksi ini dan bagi saya, Uqasha ialah bintang paling sempurna untuk ditampilkan sebagai wajah Gabrielle 2021.

IKLAN

“Koleksi ini diharap dapat memukau peminat fesyen tanah air menerusi pemilihan busana resepsi dengan gaya moden yang bakal menjadi trend perkahwinan pada tahun ini.

“Penggunaan fabrik renda Peranchis sebagai asas rekaan, berperincian minimal yang dipadankan bersama layah dan set berlian, pastinya membuat bakal pengantin tampil mempersona di hari bahagia mereka.

“Malah setiap awal tahun, saya akan mementaskan rekaan busana perkahwinan, namun tahun ini ia tidak dapat dilakukan akibat pandemik selain menyahut seruan kerajaan bagi memutuskan rangkaian COVID-19.

IKLAN

“Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk saya tidak terus bekarya. Bagi yang ingin melihat koleksi istimewa ini dengan lebih dekat, anda boleh jengah ke akaun Instagram rasmi,” katanya.

“Saya Teruja Dan Terharu,” – Jadi ‘Muse’ Shanell Harun & Peraga Barang Kemas RM4 Juta, Terserlah Aura Bakal Pengantin Uqasha Senrose

“Saya Teruja Dan Terharu,” – Jadi ‘Muse’ Shanell Harun & Peraga Barang Kemas RM4 Juta, Terserlah Aura Bakal Pengantin Uqasha SenroseDalam sesi penggambaran itu, Uqasha turut memperagakan barangan kemas bernilai lebih RM4 juta tajaan Habib Jewels.

Shanell ialah bekas pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Rekaan Fesyen) UiTM dan berpengalaman hampir sedekad dalam industri fesyen tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI