Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama pelawak Atu Zero, isterinya Shafeeqa Johari ada memberikan dedikasi panjang berkaitan dengan dia dan suami seisi keluarga.

Dedah Shafeeqa, mereka pernah hidup susah sehingga baki dalam akaun bank hanya tinggal RM50 sahaja dan dia memilih untuk menyimpan perihal kewangan keluarganya tanpa pengetahuan umum.

Pernah Hidup Susah, Isteri Dedah Baki Akaun Atu Zero Tinggal RM50! – “Allah Pilih Saya Jaga Anak, Rezeki Bukan Hanya Wang Ringgit.”

Malah, beberapa telahan yang dibuat orang turut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini.

“Ada hamba Allah bkata, untunglah awk tak keje sbb suami artis.. mampu sara. Sy jawab (dalam hati) awk tahu ke baru 30hb cuma tinggal RM50 dlm akaun bank suami. Mana mungkin sy nk bgtahu awk perihal kewangan keluarga sy.

“Ada hamba Allah bkata, rugilah awk tak keje. Belajar tinggi2 , kwn2 sebaya dgn awk paling2 busuk dpt 3k sebulan. Sy jawab (dalam hati) siapalah yg tak nak duit sendiri. Allah pilih sy jaga anak2 sy. Rezeki bkn hanya dgn wang ringgit. Alhamdulillah sy ada #keklapisanozon sendiri..

IKLAN

Pernah Hidup Susah, Isteri Dedah Baki Akaun Atu Zero Tinggal RM50! – “Allah Pilih Saya Jaga Anak, Rezeki Bukan Hanya Wang Ringgit.” Pernah Hidup Susah, Isteri Dedah Baki Akaun Atu Zero Tinggal RM50! – “Allah Pilih Saya Jaga Anak, Rezeki Bukan Hanya Wang Ringgit.”

“Ada hamba Allah bkata, kita org prempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tingglkan kita atau suami pergi dulu siapa nk tanggung awk dan ank2. Sy jawab (dalam hati) mcm lah takdir sy , awk yg tentukan.

“Ada hamba Allah bkata, awk tak keje nanti mentua awk tak sayang awk. Sy jawab (dalam hati) sy tak perlu meraih kasih sayang / respect dr manusia dgn wang ringgit.

“Ada hamba Allah bkata, awk tak keje nanti suami awk tak sayang dan tak hormat awk sbb awk tak ada apa2 untk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan.

IKLAN

“Sy jawab (dalam hati) kehormatan bukan sbb pangkat dan wang ringgit dan mmg tanggungjawab suami menyara isteri dan ank2. Alhamdulillah, walaupon slalu dia kata lelaki boleh kahwin 4, tp dia sedar kemampuan kewangan nya hanya cukup2 untuk kami sekeluarga,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari)

Malah, dia turut menambah suami selalu ingatkan dirinya untuk bersyukur dan turut berterima kasih kepada keluarga atas bahtera perkahwinan yang dibinanya itu.

IKLAN

“Selalu dia ingat kan saya supaya selalu bersyukur… alhamdulillah, kemahuan sy hanya untuk anak2… tiada ku minta emas dan harta setinggi gunung… cukuplah suami rajin berkerja.

“Terima kasih mak&ayah serta ibu mertua restu perkahwinan kami… ada kami harta 2 org anak kami selama 5tahun perkahwinan ini… insyaallah akan ku jaga harta ini sehingga hujung jawa ku.

“Happy anniversary @akueatu akan ku capai tangan mu di pintu syurga kelak… Terima kasih kerana menjadi imamku… menjagaku dan anak2,” tulisnya panjang lebar.

Pernah Hidup Susah, Isteri Dedah Baki Akaun Atu Zero Tinggal RM50! – “Allah Pilih Saya Jaga Anak, Rezeki Bukan Hanya Wang Ringgit.”

Foto: Instagram Shafeeqa Johari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI