Pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar, 34, bersikap terbuka mengenai panggilan janda selepas dia mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suaminya.
Bagi Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, panggilan itu bukan sesuatu yang asing, sekiranya pertalian pasangan suami dan isteri itu sudah terlerai.
“Saya terbuka menerima panggilan janda itu. Tapi, ia juga bergantung pada pandangan seseorang sama ada dia ingin ‘condemn’ (mengutuk) saya sebagai janda atau adakah dia ‘open minded’?
“Kalau dia nak ‘condemn’ saya dengan label janda, itu lain cerita. Untuk saya sendiri, memang ‘open’ (terbuka). Sebab bila cerai-berai, macam (panggilan) janda atau duda itu adalah sesuatu yang normal atau biasa pada kita,” katanya.
Bahagi Masa Antara Bisnes & Anak
Kini aktif mengusahakan produk serum bibir berwarna jenamanya sendiri iaitu Skandarl Beauty, Nina juga akui dia kerap berulang-alik antara Brunei dan Kuala Lumpur demi menguruskan perniagaan.
Ads
Dalam kesibukannya mencari rezeki, Nina tetap mengutamakan masa bersama anak lelaki tunggalnya, Aaryan Ar-Rizqin yang kini berusia lima tahun dan bersekolah di Brunei.
“Anak lelaki tunggal saya, Aaryan Ar-Rizqin, 5, pun sekarang sudah bersekolah di Brunei. Jadi, saya juga tidak boleh berjauhan lama-lama dengannya.
“Saya tidak mahu terlepas momen tengok Rizqin membesar. Masa cepat berlalu dan setiap yang terlepas itu takkan berulang.
Ads
“Rizqin sebelum ini pernah tidak rapat dengan saya sebab kesibukan dengan uruskan perniagaan. Jadi, mengambil kira situasi itu, saya taknak berlaku lagi,” katanya lagi.
Mahu Fokus Masa Depan
Terdahulu, pelakon drama Andainya Takdir itu tidak menafikan sudah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Mohd Azlan Adzanan atau Lan Lebah, yang juga seorang penolong pengarah dari Johor.
Perceraian itu disahkan di Mahkamah Brunei pada tahun lalu selepas pasangan tersebut mula tinggal berasingan sejak pertengahan 2022.
Ads
Jelas Nina, perpisahan itu berlaku secara baik berikutan sudah tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aaryan Ar-Rizqin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Penampilan terkini pelakon cantik, Nina Iskandar yang melancarkan serum bibir berwarnanya sendiri, SKANDARL Beauty hari ini. Ia diperkaya dengan ekstrak botani yang menyegarkan kulit, peptida kolagen, Vitamin E dan perlindungan SPF. Love! #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Zarina Zainuddin berkongsi keadaan anaknya yang menghidap autisme, Muhammad Razil Azrai atau sinonim disapa Azil yang kelihatan cedera dengan lelehan darah keluar daripada hidung.
Menurut penjelasan, Azil dikatakan mahu keluar ke kedai selepas pulang ke rumah.
“Ya Allah anakku azil ibu tak boleh keluar sehari sampai 3 kali ke kedai nak. Melihat kau hari hari berdarah tak sanggup ibu tengok.
“Ibu cuba gembirakan hati ibu yang luluh ini melihat kau begini hari2 semuga Allah melindingimu selalu nak,” luahnya.
Walau bagaimanapun, ada netizen yang mencadangkan agar pelakon itu meminta kebenaran bertulis daripadapihak berkuasa memandangkan telah keluar kerajaan telah memberi pelepasan khusus buat anak-anak istimewa.
Terdahulu, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kelonggaran diberikan kepada golongan autism dan OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar namun tidak dibenarkan secara berkumpulan.
Foto : Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas penyanyi, Tasha Manshahar kini sedang menjalani fasa berpantang setelah melahirkan cahaya mata sulung pada 21 Jun yang lalu.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 27 tahun itu berkongsi pengalaman sepanjang berpantang menerusi akaun Instagram miliknya.
“Pagi tadi bawa baby M pergi check up dengan pakar pasal jaundice dia. Alhamdulillah lega bila doktor kata semua okay, cuma kena monitor je seminggu lagi Alhamdulillah.
“Awal dulu kalau baby M nangis, mommy panic. Apa nak buat niiii, dia nak apa niiii. Tapi slowly mommy belajar, baby kan belum boleh express apa dia nak, jadi salah satu cara untuk dia bagitahu kita adalah melalui tangisan merdu ituhhh!
“Jadi tarik nafas, relax, and start checking. Either baby lapar, pampers dah penuh, atau dia rasa tak selesa (could be kembung, atau panas, atau terlalu sejuk, or apa-apa lah).
“Ada hari kita letih, esp kalau kita breastfeed baby. Bila letih sgt kita jadi stress, ditambah pulak dengan pressure lain. If you need help, pls ask for it. If you think you body can take it, go ahead. Tp kalau ada time, macam you betul-betul need some rest, please say it out.
“Tell your husband, tell your family members. Fasa berpantang ni mmg mencabar kalau kita tak happy. Dengan badan yang masih weak, dalam nifas lagi kan, macam-macamlah dugaan syaitan duk hasut itu ini. Support daripada family terutama suami, mak ayah, dan orang yang rapat sangat penting utk mempercepatkan healing process tu,” tulisnya.
Pada masa sama, Tasha turut mengakui ibu perlu aktif, tetapi mengikut kemampuan.
“Dr i kata, the faster we get back to our normal healthy lifestyle, the better. Jangan terbaring tak buat apa-apa dalam jangka masa yang terlalu lama. Tapi kena ikut kemampuan badan masing-masing jugak tau. Alhamdulillah, i think my body is recovering well alhamdulillah alhamdulillah.
“Luka czer pun cantik doktor kata. Less than 2 weeks, i dah boleh buat house chores macam biasa. Cuma still kena hati-hati, sebab luka di dalam tak siapa yang tahu. Tibehhhhh!
“Selamat berpantang kepada semua yang sama-sama sedang berpantang. Yang bakal bersalin, all the best! May Allah ease,” tulisnya.
Terdahulu, Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar telah mendirikan rumah tangga bersama Fahrur Raqib Abdul Majid pada 8 September 2018 dalam sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Foto : Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aju Success diumumkan sebagai bintang yang tersingkir minggu ini di pentas Gegar Vaganza (GV) 7 sekaligus kadas untuk mara ke pusingan suku akhir minggu hadapan.
Aju menyanyikan lagu Hanya Rindu yang dipopularkan oleh Andmesh Kamaleng memperoleh markah paling rendah iaitu sebanyak 57.80% pada minggu ini.
Dua lagi bintang yang berada pada kedudukan tiga terbawah ialah Ayu Damit (58.80%) dan Cliff Umar (58.20%).
Sementara Oja mencipta sukses sendiri dengan menduduki tempat teratas dengan markah sebanyak 73.70 peratus seterusnya merangkul Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi secara automatik.
Berikut ialah carta markah kesemua peserta yang diberikan juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama dua juri jemputan minggu ini, Ad Samad dan Saiful Apek;
Noraniza Idris pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi manakala Linda Nanuwil menjadi penerima Anugerah CUCKOO Healthy Home.
Menerusi segmen Kongsi Rezeki, Farm Fresh dan Astro menziarahi artis 80-an Zainal, ahli kumpulan Rampa.
Saingan suku akhir GV7 minggu hadapan bertemakan ‘GV Throwback’ yang mana kesemua peserta yang masih dalam saingan perlu membuat persembahan lagu-lagu alumni GV.
GV7 dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama Vitalia Sesha suatu ketika dahulu cukup sinonim dengan penampilan berani di samping terkait dengan pelbagai skandal. Namun siapa sangka, selebriti berusia 39 tahun...