Pelakon meningkat naik, Trisha Ooi terharu lakonannya menerusi drama Menanti Senja mendapat reaksi positif daripada penonton.

Menurut Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, dia berharap agar naskah ini dapat mengetengahkan lagi bakatnya sebagai seorang anak seni.

“Saya Tak Sentap…,” – Meski Lakonan Dipuji, Trisha Ooi Terima Teguran Pelakon Senior

“Alhamdulillah, saya mendapat banyak respon positif. Ketika menerima tawaran ini, saya tahu naskah ini sangat bagus. Cuma saya tak sangka orang menerima baik kedatangan saya.

“Itulah perkara yang saya pentingkan dalam perjalanan saya bergelar anak seni. Saya sangat bersyukur dan gembira.

“Saya nak peminat, pihak produksi, stesen TV dan pelakon senior menerima baik kehadiran saya. Saya tak mengharapkan lebih pun,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, Trisha juga mengambil peluang berlakon di dalam naskah ini untuk menimba ilmu dengan pelakon-pelakon senior.

IKLAN

“Saya Tak Sentap…,” – Meski Lakonan Dipuji, Trisha Ooi Terima Teguran Pelakon Senior

“Setiap kali menerima naskah baharu, saya tidak akan melihat siapa gandingan saya. Saya tak mahu terbawa-bawa perasaan takut atau gemuruh.

“Dalam drama ini, saya bukan sahaja digandingkan dengan Johan As’ari tetapi juga pelakon berpengalaman lain seperti Sherie Merlis, Khatijah Tan, Kodi Rasheed dan Faizal Hussein.

“Mereka merupakan nama besar di dalam industri dan saya yang paling baharu. Saya bangga dengan diri saya. Mereka menerima kehadiran saya sebagai pelakon baharu.

IKLAN

“Saya amat mengagumi mereka dan akan cuba tuntut ilmu ketika di set,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, dia juga tidak mengambil masa la untuk menyesuaikan diri untuk bergandingan dengan pelakon-pelakon berpengalaman.

“Saya Tak Sentap…,” – Meski Lakonan Dipuji, Trisha Ooi Terima Teguran Pelakon Senior

“Tekanan itu memang terletak di bahu saya. Namun, rasa itu hanya ada ketika minggu pertama sahaja. Lagipun, saya pernah bekerja dengan pengarah, Faizal Nadzaman. Dia banyak bantu saya.

IKLAN

“Selepas minggu kedua, gemuruh itu sudah hilang. Saya dah lupa perasaan itu. Kita dah masuk dalam watak,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon filem Pagari Bulan ini juga memaklumkan dirinya sentiasa menerima teguran dengan hati yang terbuka.

“Memang ada yang tegur dan saya anggap perkara itu sebagai pembelajaran. Memang takut juga bila ditegur.

“Namun, satu perkara yang saya belajar, kita kena kawal perasaan takut dan sedih. Gembira yang melampau pun saya nak elakkan.

“Saya anggap teguran itu sebagai tanda sayang. Saya tak pernah terasa hati. Saya seorang yang boleh terima teguran dan tak sentap,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI