Pelakan terkenal, Erra Fazira terkilan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang dilihat sengaja ingin mencetuskan sensasi dengan mereka cerita tatkala nama bekas suaminya, Engku Emran sedang hangat diperkatakan selepas bersecerai dengan isteri, Noor Nabila.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik menjelaskan dirinya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sikap sebenar Engku Emran seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial.
Katanya lagi, dia amat menghormati privasi Engku Emran sebagai bapa kepada anaknya.
“Jangan macam ni. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah. Saya tak pernah memberikan sebarang komen sebegini.
“Saya hormat privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” tulisnya.
Malah, Erra turut berkongsi tangkap layar yang memaparkan tajuk sebuah hantaran yang dipercayai dimuat naik di aplikasi Facebook.
Ads
Dalam hantaran tersebut, Erra didakwa tahu mengenai sikap sebenar Engku Emran yang menjadi punca penceraiannya dengan Noor Nabila.
Sementara itu, pelakon filem Sembilu ini turut mengingatkan semua pihak untuk tidak mempersenda kehidupan orang lain lebih-lebih lagi selepas ditimpa ujian.
Ads
“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tak tahu nasib dan perjalanan kita kelak,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Engku Emran melafazkan cerai talak satu terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.
Untuk rekod, Engku Emran dan Noor Nabila telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan ketiga buat Nabila selepas bercerai dengan Sharnaaz pada 9 Julai 2020.
Ads
Hasil perkongsian hidup dengan Sharnaaz, mereka dikurnikan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tanga dengan Erra pada 25 Oktober 2007. Bagaimanapun, perkahwinan mereka itu hanya bertahan selama tujuh tahun.
Engku Emran dan Era dikurnikan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.
Malah, Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun, bahtera perkahwinan tersebut turut berakhir dengan penceraian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Usahawan dan jurusolek popular, Datuk Alha Alfa mendedahkan dia mempunyai caranya yang tersendiri untuk berbakti semula kepada masyarakat dengan menggunakan sumber pendapatan hasil daripada perkhidmatan ‘product review’ yang dijalankan di platform media sosial.
Menurut Alha, dia amat berterima kasih kepada semua pemilik bisnes yang telah pun menggunakan perkhidmatannya selama ini.
“Alhamdulillah, thank you so much pada anda yang dah ambil slot review bersama saya.
“Ini antara cara saya sumbangkan semula pada mereka-mereka yang memerlukan insyaAllah thanks,” tulisnya.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Alha dilihat ada memaparkan caranya melakukan review bagi seekor ikan salmon.
Video berdurasi hampir tujuh minit itu turut menunjukkan cara Alha memasak menu berasaskan ikan salmon itu sebelum disumbangkan buat mereka yang memerlukan.
Malah, Alha turut dilihat memasukkan sejumlah wang di dalam bekas makanan tersebut bagi tujuan sedekah.
Video berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 300,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Alha sentiasa dimurahkan rezeki.
“Serononya, terima kasih Datuk. Semoga murah rezeki buat mereka yang menyumbang.
“Semoga Allah melipat gandakan rezeki Datuk.
“MasyaAllah suka tengok sharing Datuk rajin bersedekah. Alhamdulillah, semoga Datuk sentiasa murah rezeki,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Alha juga dilihat aktif dalam menyampaikan sumbangan berbentuk bakul makan buat mereka yang terjejas pendapatannya akibat pandemik Covid-19.
Sumber: Instagram Alha Alfa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pernah ‘menghilang’ beberapa ketika dalam dunia hiburan kerana tidak mendapat tawaran kerja, pelakon Johan As’ari kini mengakui sudah semakin seronok melayan aplikasi TikTok sehingga boleh meraih pendapatan lumayan pada setiap bulan.
Menurut Johan atau nama sebenar Jona Ariff As’ari, 37, disebabkan kesungguhannya mengadakan sesi live setiap kali bersiaran di aplikasi tersebut, namanya kini tersenarai di antara 50 tiktokers terbaik di Malaysia.
“Saya tiada menghilang ke mana-mana.. sebelum ini dah tiga bulan saya tidak ada job, dua minggu saya buat siaran langsung di TikTok, saya tak sangka boleh menjana pendapatan daripada situ.
“Saya tak ada niat pun cari duit dekat TikTok, hanya nak isi masa lapang disebabkan tidak mempunyai sebarang penggambaran drama.
“Saya hanya bersembang dengan peminat dan tak sangka, hari pertama bermain TikTok saya menerima banyak hadiah daripada mereka yang bermurah hati.
“Malah, kalau ikut ranking, saya kini berada di kedudukan 46 terbaik di Malaysia,” katanya.
Johan berkata demikian pada majlis pelancaran kerjasama melibatkan KamiSempoi International Agensi (TikTok) dan Kelab Wanita Ikon Malaysia kempen CSR, ‘Are You Okay?’ yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Pelakon filem Air Force The Movie ini juga mendedahkan pada permulaannya, dia hanya menggunakan bekas botol kurma sebagai tripod untuk mengadakan sesi siaran langsung bersama peminat.
Malah, topik yang dikongsikannya juga adalah bersifat ‘random’ dan bersahaja.
Nabila Huda menerusi laman Instagram miliknya menyifatkan media sosial kini telah dijadikan medan untuk menyerang tanpa batasan oleh sesetengah pihak.
Jelasnya lagi, golongan netizen seringkali menulis dan berkongsi kata-kata kejam tanpa memikirkan kesan kepada diri sendiri dan orang lain.
“Media sosial hari ini dijadikan medan untuk menyerang dan membantai tanpa belas kasihan.
“Tanpa memikirkan kesan pada diri sendiri atau orang lain. Golongan netizen terus menulis, merakam dan berkongsi komen2 kejam,” tulisnya.
Pelakon hebat ini turut mengaitkan kisah balu pengarah terkenal, Pitt Hanif yang turut menjadi mangsa kekejaman warga internet dengan komen berbaur lucah dan menghina.
“Kes terbaru, balu seorang penolong pengarah menjadi mangsa. Apa dosa isteri dan keluarga arwah, hingga mereka turut diserang.
“Layakkah kita dihukum sedemikian tanpa mengetahui apa kesalahan kita. Saksikan CURRHAT dan kongsikan kisah anda di talian 03-89575002/03-89575505 atau menerusi whatsapp 019-7551105,” kongsinya lagi.
Kenyataan ini turut mendapat reaksi netizen di ruang komen.
Sekadar imbasan, segelintir golongan selebriti telah mengambil pendekatan dengan tindakan undang-undang terhadap komen yang ditulis netizen.
Misalnya Rita Rudaini, Jasmin Hamid dan Misha Omar yang akui tindakan yang diambil adalah bagi mendidik netizen agar memberi komen yang baik, bukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah hingga menjejaskan nama baik.
Foto : Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...