Penyanyi Ezad Lazim mendedahkan anggota kumpulannya, Exists masih belum mengetahui tentang penglibatannya di program realiti, All Star Gegar Vaganza (GV10) sehinggalah dia membuat persembahan pada minggu pertama saingan.
Jelas Ezad, dia percaya pelibatannya di GV10 ini tidak akan menjejaskan kedudukannya selaku vokalis kumpulan berkenaan, serta persiapan persembahan yang bakal dilakukan mereka pada masa depan.
“Saya tak bagitahu mereka tentang penyertaan ini. Mereka ada bertanya mengenai jadual saya untuk beberapa jemputan persembahan tapi ketika itu, saya tak boleh bagi kata putus.
“Namun, saya rasa tiada masalah untuk saya kembali sertai GV10. Ini juga merupakan platform yang menaikkan nama saya kembali ketika bergerak solo.
“Jadi, bila Exists kembali reunion, saya pula kembali bersaing di GV10,” katanya kepada MH.
Ezad berkata sedemikian ketika ditemui sejurus konsert minggu pertama yang berlangung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, pada Ahad.
Ads
Katanya lagi, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk membahagikan masa lebih-lebih lagi apabila Exists juga bakal sibuk mengadakan konsert berskala besar menjelang akhir tahun.
“Saya akui akan berdepan sedikit kekangan untuk sesi latihan bersama Exists. Pada bulan Disember nanti, kami akan ada konsert besar-besaran hampir setiap minggu.
“Pada waktu tu, GV10 memang sudah tamat tapi andai kata saya bertahan sehingga ke final, saya akan penat sedikit.
Ads
“In Sha Allah saya akan cuba membahagikan masa sebaiknya. Saya hanya mengikut aturan Allah SWT. Kalau Allah izinkan dan berikan rezeki, saya percaya tiada yang mustahil,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Jesnita ini turut mendedahkan antara sebab dia ingin menyertai GV 10 adalah untuk mencabar diri dan keluar daripada zon selesa.
Ads
“Ada kawan-kawan rapat yang mempersoalkan saya ini sudah mencapai tahap penyanyi legend tapi kenapa masih nak masuk pertandingan nyanyian?
“Saya tak nafikan kedudukan saya ketika ini memang agak selesa memandangkan undangan nyanyian dan peluang untuk mengadakan konsert masih ada tapi saya suka mencabar diri.
“Bila terlampau selesa pun tak best juga. Saya dah lama tak masuk pertandingan. Lagipun, saya suka konsep GV. Saya berpeluang menyanyikan lagu-lagu orang lain. Saya jarang dapat peluang itu ketika buat persembahan di luar,” akhirinya.
Terdahulu, Ezad merupakan antara enam peserta hot seats yang berjaya menyertai GV10 dan akan bersaing dengan 10 juara GV terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ratu irama Malaysia, Noraniza Idris ada berkongsi cerita bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani memberitahu dirinya tidak lagi berasa tertekan selepas tamatnya rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Selain itu, Noraniza mengakui berasa sedikit tertekan apabila menyertai rancangn hiburan tersebut.
“Settle dah fulldress rehearsal. Selalunya setiap malam sabtu Kak Ani confirm berdebar.
“Tapi minggu ni langsung tak stress, best je sbb perform tanpa dijurikan. So takdelah stress nk hafal lirik lah, ingat step lah. @neonpixelofficial,” tulisnya.
Imbas kembali, Noraniza diumumkan sebagai pemenang tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi GV7.
Dalam perkembangan lain, Noraniza akan membuat persembahan istimewa bersama dengan penyanyi Wany Hasrita dan Shiha Zikir di pentas Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020).
AME2020 bakal berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), jam 9 malam dan bersiaran langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD malam ini.
Foto: Instagram Noraniza Idris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, penghibur terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza masih sempat memenuhi undangan media Indonesia meski sibuk melakukan persiapan akhir siri konsert solonya, Siti Nurhaliza On Tour yang bakal berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
Menerusi laman Twitter seorang pengguna akaun Alan Al Padat, penyanyi Anta Permana yang turut sinonim dipanggil Tok Ti itu diundang ke stesen radio di sana, Hot 93.2 FM beberapa hari lalu.
Segmen bersama Tok Ti antara lain juga meminta penyanyi berkenaan untuk meneka beberapa buah lagu dan antara lagu yang berjaya diteka Tok Ti ialah Gerimis Mengundang, nyanyian Zamani dari kumpulan Slam.
Pada awalnya, dua penyampai radio berkenaan membaca lirik lagu tersebut dan kemudiannya Tok Ti diminta untuk meneka lagu yang dimaksudkan.
Lalu, sedutan video tersebut kini mulai tular di media sosial apatah lagi rata-ratanya kagum dengan cara penyampaian penyanyi itu yang tetap merdu meski hanya menyanyikan sebahagian lagu berkenaan secara bersahaja.
Lebih mengundang tawa, penyanyi asal Pahang itu turut meniru gaya nyanyian penyanyi asal dan kebanyakan netizen menganggap apa yang dibuat secara spontan Tok Ti itu cukup comel.
Terdahulu, Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour ini bakal bermula hari ini, di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia dan kemudian ke lokasi seterusnya di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac 2019.
Peminat di Malaysia boleh menyaksikan konsert itu di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019 depan.
Tiket berharga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1295 (meet & greet) boleh didapati menerusi www.mytickets.asia bermula 26 Disember lalu.
Foto: Twitter Alan Al Padat/Instagram Zamani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi tayangan #BilaAydaJatuhCinta seperti yang telah diberitahu menerusi media sosial sebelum ini.
Atas beberapa kekangan, penyanyi Mata itu turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menantikan tayangan berkenaan yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat, jam 9 malam di saluran YouTube, Wuvv Show.
Ini kerana episod tersebut antara lain difahamkan bakal mengenang fasa jalinan cintanya bersama tunang tersayang, hos Nabil Mahir selain keduanya bakal membuat pengumuman mengenai tarikh istimewa mereka berdua.
“Assalamualaikum and hi. Sorry, due to some issues, kami tak dapat tayangkan #BilAydaJatuhCinta 9 malam tadi.
“Maaf dan thank you kepada yang menunggu. Insyaallah hari ni (Sabtu). Terima kasih banyak.
“Make sure to subscribe and on notification at our YouTube, WuvvShow. See you very soon,” tulis Ayda pada satu hantaran di Instagram.
Terdahulu, pasangan selebriti ini telah berkonngsi akan membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta di Instagram.
Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat yang sedia maklum mengenai perkara berkenaan masih tidak sabar untuk mengetahui hari bersejarah keduanya selain turut mendoakan agar urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak...