Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad akui turut bersependapat dengan netizen yang mengatakan dia sekeluarga terhindar daripada terjebak dengan perkara melalaikan apabila terlepas menyaksikan konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022.

Menurut Nabil, dia menyifatkan kesilapan melihat tarikh konsert yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu sebagai satu rahmat.

“Saya Tak Perasan Sebab Tak Berapa Penting,”- Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Ahmad Anggap Satu Rahmat “Saya Tak Perasan Sebab Tak Berapa Penting,”- Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Ahmad Anggap Satu Rahmat

“Itulah ramai yang komen benda itu ‘lagha’ (melalaikan). Saya pun rasa benda yang sama. Memang Allah nak mengelakkan kita daripada bersama dengan benda-benda macam itu.

“Sebenarnya saya beli tiket di bahagian tempat duduk yang orang cakap jauh daripada pentas. Kami pun tak pernah tengok konsert, selalu pergi ke pementasan Disneyland bersama anak-anak.

“Jadi bila mereka dah besar, saya nak ajak mereka rasai konsert artis antarabangsa. Lagipun ini bakal menjadi pengalaman pertama kami sekeluarga.

IKLAN

“Saya sendiri pun sebenarnya nak melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana mereka mengendalikan konsert itu.

“Tidak dinafikan banyak komen yang saya terima menyatakan Allah lindungi sekeluarga dan itu juga peringatan untuk saya,” katanya kepada MH.

“Saya Tak Perasan Sebab Tak Berapa Penting,”- Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Ahmad Anggap Satu Rahmat “Saya Tak Perasan Sebab Tak Berapa Penting,”- Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Ahmad Anggap Satu Rahmat

Menurut penyampai radio Era ini lagi, dia menyangka konsert penyanyi yang pernah memenangi tujuh Anugerah Grammy itu berlangsung selama dua malam.

IKLAN

“Ya Allah betul saya tak perasan tarikh sebab benda itu tak berapa penting. Saya beli kelmarin sebab anak-anak yang nak.

“Anak ada beritahu kawannya pergi pada Khamis, jadi saya menyangka tiket kami untuk Jumaat. Saya sebenarnya terkeliru antara malam Jumaat dengan hari Jumaat,”katanya.

Terdahulu Nabil mendedahkan terpaksa menanggung kerugian RM2540, namun bersyukur kerana seolah-olah petanda yang Allah melindungi mereka sekeluarga daripada perkara melalaikan.

“Saya Tak Perasan Sebab Tak Berapa Penting,”- Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Ahmad Anggap Satu Rahmat “Saya Tak Perasan Sebab Tak Berapa Penting,”- Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Ahmad Anggap Satu Rahmat

IKLAN

Video yang dimuat naik di platform media sosial Era.je itu telah pun hangat diperkatakan sejak pagi tadi.

Nabil difahamkan telah membeli lima keping tiket berharga RM508 buat isteri dan anak-anaknya.

Foto tiket yang dibeli secara online itu turut dikongsikan di dalam video yang sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Nabil Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI