Pelakon veteran Jaafar Onn terbuka untuk sama-sama berkongsi rezeki seterusnya membantu para usahawan untuk terus mencipta sukses dalam bidang perniagaan, khasnya menerusi platform media sosial.
Jaafar yang sinonim disapa sebagai Papa Jaafar berkata, meski dia kini meniti usia 72 tahun namun itu bukan halangan untuknya terus melakukan apa yang diminati.
“Kita ada cara kita menjual. Kita tolong Melayu sama Melayu tapi ikut saluran betul. Saya juga ingin bantu anak Melayu terus berjaya. Bukan wang ringgit yang saya kejar tapi saya ingin menyumbang sesuatu kepada orang ramai.
“Selain berlakon inilah antara perkembangan terbaharu saya. Benda yang kita suka buat, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Saya mengalu-alukan peminat untuk sama-sama jamu selera di sini, ” katanya.
Jaafar berkata demikian ketika ditemui pada perasmian cawangan baharu Nasi Kukus Tonggek (NKT), di Lot 10, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada masa sama, Jaafar yang kini turut aktif mempromosikan restoran berkenaan di TikTok tidak peduli jika ada komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.
Ads
“Saya tidak kekok untuk aktif dan buat ‘live’ di media sosial. Walaupun orang cakap macam-macam, saya terima seadanya. Biasalah, ada yang suka dan tidak.
“Kalau ada orang kata jangan buat ‘live’ kerana usia sudah lanjut, saya tidak peduli. Apa yang saya buat adalah kerja saya. Ia trend semasa dan rasanya tidak salah untuk saya sama-sama terlibat.
“Kalau ada orang kecam sekalipun, bagi saya, hanya satu peratus sahaja. Ada juga netizen suruh saya berehat sahaja. Namun, dalam hidup ini ada masa untuk kita berehat dan mencari duit.
“Kalau sentiasa berehat, siapa pula mahu beri kita duit untuk teruskan kelangsungan hidup? Betul tak” katanya yang turut berbangga atas perasmian cawangan NKT.
Ads
Berkongsi mengenai kejayaan jenama NKT yang kini dibuka di Bukit Bintang, Pengarah Kukus Tonggek Group Sdn Bhd, Muhammad Nur Aiman Basuni menjadi anak Melayu pertama yang membuka restoran makanan itu di lokasi tumpuan ramai itu.
Selaras dengan slogan Nasi Kukus Tonggek, iaitu Make Nasi Kukus Great Again dan sudah mempunyai 28 cawangan seluruh Malaysia, Muhammad Nur Aiman kini memasang impian untuk melebarkan sayap perniagaan ke negara seberang.
“Semua ada impian untuk meluaskan pasaran ke luar negara. Jika ada peluang itu, kita tidak menolak.
“Hari ini, impian untuk membuka cawangan Nasi Kukus Tonggek yang betul-betul berada di lokasi tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara, juga tercapai dengan bantuan Papa Jaafar Onn,” katanya.
Ads
Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut termasukisterinya, Siti Nabilah Mohamad Isa selain kehadiran pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari sebagai tanda sokongan.
Pada program sama, NKT Group M Sdn Bhd turut melancarkan Sambal Tonggek, dengan wajah Papa Jaafar pada produk pembungkusan, dan boleh didapati di semua platform atas talian.
Sambal Tonggek mudah dibawa ketika melancong ke mana-mana kerana pek kecil mesra poket, malah kandungan belacannya adalah ramuan khas yang hanya terdapat di kilang belacan Indonesia.
Muhammad Nur Aiman juga menambah dengan bantuan Papa Jaafar, Nasi Kukus Tonggek kini mempunyai lebih 134,000 pengikut di TikTok disusuli hampir 3 juta tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida menjelaskan dia dan suami sudah menceburi dunia perniagaan hampir 12 tahun.
Katanya lagi, tahun ini merupakan tahun paling mencabar untuk ditempuhi meski pernah mengalami kerugian dalam dunia perniagaan sebelum ini.
Walaupun pelbagai ujian yang mendatang, Shahida tetap meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakanNya.
“Sepanjang hampir 12 tahun saya berniaga, tahun 2020 adalah antara tahun yg mencabar. Sebelum sampai ke fasa ni saya telah melalui berbagai pengalaman bisnes, bukan semua bisnes saya berjaya, ada yg gagal, rugi duit jgn cakap la byk.
“Tapi itu la perniagaan, ada masa berjaya ada masa tidak. Itulah risiko yang harus kita tanggung bila ambil keputusan untuk berniaga.
“Saya melalui macam2 dari awal tahun sehingga hujung tahun, dari masalah rumah tangga sebelum ni, kes pekerja pecah amanah, pemergian pekerja yg sangat rapat kembali ke rahmatullah dan bermacam2 lagi ujian saya lalui.
“Sehingga ke hari ni saya sangat bersyukur mampu melalui hari2 yg mendatang,” tulisnya.
Ibu kepada lima cahaya mata ini menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian bagi menguji keimanannya.
“Sebab saya percaya dalam kehidupan ni tak semua suka kita, siapa juga dalam dunia ni yg tak pernah dikata orang.
“Saya percaya ujian Allah bagi pada saya untuk menguji keimanan dan ketaqwaan saya, mungkin juga menghapus dosa.
“Saya hanya menumpang berniaga mencari rezeki. Juga sebagai perantara mereka yg mencari rezeki yang Allah aturkan melalui saya.
“Mudahakab kita semua dapat memperbaiki apa yg kurang dan menjadi hamba yg baik dari hari kehari. Walau seribu dugaan dan badai yang datang,saya tetap percaya Allah sentiasa mahu yg terbaik untuk saya,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Datin Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor Korea Selatan yang kini mencetuskan fenomena menerusi drama popular, Squid Game iaitu Park Hae-Soo kini sudah bergelar bapa selepas isterinya dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Rabu.
Memetik laporan All Kpop, perkara tersebut diumumkan sendiri oleh agensi naungan pelakon berusia 39 tahun itu, BH Entertainment.
Malah, isteri dan bayinya juga turut dilaporkan kini berada dalam keadaan yang baik.
“Park Hae-soo baru saja menyambut kelahiran anak pertama. Ibu dan bayi lelaki dalam keadaan sihat,” katanya.
Dalam pada itu, Hae-Soon turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan mengenai kelahiran cahaya mata lelakinya itu.
“Saya amat berterima kasih kepada semua pihak di seluruh dunia yang telah menitipkan ucapan tahniah diatas kelahiran cahaya mata lelaki saya.
“Saya telah pun memaklumkan terlebih dahulu kepada isteri saya bahawa temuramah ini akan diterbitkan hari ini supaya dia lebih bersedia sekiranya namanya akan kerap menjadi perhatian selepas ini,” katanya seperti yang dipetik.
Sekadar informasi, Hae-Soo telah berkahwin dengan wanita bukan dalam kalangan selebriti pada 2019.
Sebelum mendirikan rumah tangga, Hae-Soo difaham telah menjalinkan hubungan cinta bersama isterinya itu untuk beberapa tahun.
Terdahulu, nama Hae-Soo meraih populariti mendadak selepas membintangi drama Original Netflix yang kini hangat diperkatakan di seluruh dunia iaitu Squid Game.
Selain siri tersebut, Hae-Soo turut pernah membintangi beberapa drama lain antaranya Prison Playbook dan Time To Hunt.
Menerusi drama sembilan episod itu, Hae-Soo telah membawa watak sebagai Cho Sang-woo.
Sumber: All Kpop & Instagram Netflix Korea
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sempena hari ulang tahun kelahiran suami tercinta, pelakon senior Datin Sri Maria Farida ada menitipkan ucapan hari jadi.
Menerusi entri tersebut, pelakon berusia 50 tahun itu mendoakan agar suaminya diberikan kesejahteraan yang baik.
“Happy Birthday to my amazing husband You have made my life complete and the happiest I have ever been..
“You are the twinkle in my eyes and my heartbeat! I am truly lucky and blessed to be your wife.
“Even though birthdays come only once a year, you brighten our lives every single day! I love you Hubby for always and forever… Have a fantastic birthday,” tulisnya.
Pelakon terkenal Indonesia, Dimas Anggara mengaku menampar pelakon muda, Kiesha Alvaro ketika mereka menjalani penggambaran drama bersiri Jalinan Terlarang, baru-baru ini.Dimas tampil membuat permohonan...