Pelakon Syafiq Kyle tidak bersetuju mengenai sesetengah pendapat yang membayangkan ‘saham’ atau populariti seseorang artis itu akan memulai menurun sekiranya mereka secara terbuka mengakui sudah mempunyai kekasih hati.
Malah kongsinya kepada MH, peminat juga terdiri daripada pelbagai sebab dan cara.
“Rasanya saya punya peminat datang apabila saya mempersembahkan kualiti lakonan yang baik, mungkin ada juga yang minat kerana fizikal atau mungkin kerana selepas berlaku sesuatu yang sensasi terhadap diri saya. Mungkin sebab saya pun tak pasti.
“Akan tetapi apa yang saya nampak, peminat yang masih setia dengan saya adalah mereka yang gemarkan lakonan saya. Merekalah yang yang masih ada dengan saya. Jadi pada saya mereka peminat yang berkualiti. Mereka boleh jadi peminat artis-artis lain juga,” katanya.
Pada masa sama, bintang yang kini muncul menerusi drama bersiri, Bukan Cinta Aku di samping Janna Nick, Baim Wong dan Mimi Lana turut memberitahu apa yang lebih penting adalah peminat yang mempunyai kualiti tersendiri.
Ads
“Jadi rasanya mereka pun ada kualiti tersendiri. Misalnya Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kenapa orang kata dia nombor satu, sebab dia ada kualiti dan begitu juga dengan para peminatnya.
“Lalu apa yang saya minta mereka lakukan ialah semoga mereka hargai saya punya kerja. Tetapi dari segi mereka untuk tahu perihal kisah peribadi, rasanya saya perlu juga berikan kerjasama dengan orang yang meminati saya,” terangnya lagi.
Syafiq berkata demikian sebagai menjelaskan perihal hubungannya sama pelakon yang kian meningkat naik namanya, Mimi Lana.
Ads
“Apa pun hanya setakat itulah yang saya boleh beritahu sebab rancangan seterusnya saya tidak tahu apa yang akan jadi.
“Saya pun taknak sorok-sorok, meski saya tak pernah pun sembunyikan. Cuma tidak pernah kongsi kisah peribadi saja. Malah kebanyakan pun sudah tahu saya lebih tiga empat tahun dengan dia. Tahun ini tahun yang keempat,” jelasnya.
Terdahulu, Syafiq ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Syafiq Kyle bersama kelab peminatnya, Skylovers di Damansara pada Ahad.
Program yang turut melibatkan lebih 100 peminat termasuk dari Singapura dan Brunei itu turut diserikan dengan kejutan hari jadi yang ke-27 buat bintang Nur itu.
Pelakon, Raysha Rizrose hari ini ada menyampaikan sebuah lagu khusus bersempena dengan hari jadi bintang terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 hari ini.
Adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose itu juga turut mendoakan agar bintang itu terus kuat dalam menghadapi kehidupan.
“Here’s a cover that the team and I made sebagai tribute sempena ulang tahun kelahiran bunga tercantik, @bclsinclair.
“Semoga terus kuat menghadapi kehidupan. We love you,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Berkongsi lagu nyanyian Cinta Sejati yang dipopularkan oleh BCL sendiri menerusi IG TV, penyampaian pemenang Dewi Remaja 2015 itu terhadap lagu tersebut mendapat pujian ramai.
Terdahulu, berita kematian pelakon asal Malaysia, Ashraf Sinclair yang juga suami kepada BCL nyata mengejutkan ramai.
Allahyarham meninggal dunia pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).
Arwah telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclar yang berusia 10 tahun.
Foto: Instagram BCL, Raysha Rizrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Feeya Iskandar berkongsi pengalamannya ketika saat awal bergelar penyampai radio, sembilan tahun lalu.
Bintang radio itu ada berkongsi kisahnya menerusi salah satu posting menerusi Instagram.
Kongsinya, ketika itu dia masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Status 9 thn yg lepas semua org ada impian.
“Bukan senang nk gapai apa yg ada skrg ni..itu belom cerita pasal mcm mana susah nya dulu nk pergi keje masa tgh belajar dr uitm puncak ke astro 7 perhentian oi.
“Naik bus turun bas.naik pulak ktm.teksi haha tapi alhamdulillah utk sekarang,” tulisnya.
Pengalaman berharga itu turut dikongsikan bersama beberapa penyampai radio lain misalnya Reza Mohamad, Adi Fashla, Nana Mahazan dan Ray.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Bella Dally telah memuat naik sekeping foto yang melihatkan dia mengenakan persalinan baju pertunangan berwarna kuning lembut.
Foto tersebut turut disertakan kapsyen syukur kepada Yang Maha Esa atas pertunangannya itu.
“Expect the unexpected and trust your journey. Accept whatever befalls you..
“Assalamualaikum everyone, I got engaged on 12.01.2019. I would like to thank all of you for your prayers, love and support. It is true, Allah’s timing is perfect,” tulisnya.
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.