Sebelum ini MH ada berkongsi cerita tentang netizen memuji tindakan pelakon dan pengacara popular, Fikry Ibrahim yang menutup rambut pelakon Uqasha di salah satu perkongsiannya menerusi akaun Instagramnya.

Sehubungan dengan itu, MH berjaya mendapatkan Fikry untuk bertanya lebih lanjut mengenai tindakannya itu.

Katanya, tujuan dia berkongsi gambar tersebut adalah untuk mempromosikan drama Rahsia Hati Perempuan yang sedang ditayangkan di televisyen sekarang ini. 

IKLAN

Tambahnya lagi, dia menyunting gambar tersebut dengan menutup rambut Uqasha kerana mahu menutup auratnya sahaja.

“Saya kongsi gambar tu atas tujuan untuk promosikan drama Rahsia Hati Perempuan tetapi saya terpaksa untuk menyunting rambut Uqasha kerana tak mahu mendedahkan auratnya.

 

“Saya sedar, saya pun ada buat salah dalam hidup jadi saya tak mahu buka aib orang lain pula,” katanya kepada MH ketika dihubungi.

Ditanya pula apakah perasaannya apabila ramai yang memuji tindakannya itu dan dia berkata, dia turut gembira sekiranya tindakannya ini dapat dicontohi oleh orang ramai.

IKLAN

“Saya rasa gembira jika orang ramai menjadikan tindakan saya ini sebagai contoh tapi saya tahu ramai juga yang membuat perkara sama seperti apa yang saya lakukan. Cuma kita sahaja yang tidak perasan.

 

“Malah kawan-kawan saya juga ramai yang berbuat sedemikian tetapi disebabkan mereka bukan selebriti, perkara itu membuatkan orang lain tidak perasan,” katanya lagi.

Wah baik sungguh hati Fikry kan, MH harap korang semua dapat contohi sikap Fikry ini.

IKLAN

Dalam pada itu, pada 7 Jun nanti akan berlangsungnya World Quran Hour yang merupakan program satu jam bersama Al Quran.

MH sempat juga mendapatkan pandangan Fikry mengenai program ini.

“Bagi saya Quran Hour ini adalah satu inisiatif yang sangat baik walaupun ada yang bersuara dengan berkata kita bukan hanya perlu bersama Al Quran selama satu jam sahaja tetapi seharusnya setiap masa.

 

“Tapi bagi saya, saya faham matlamat program ini lebih menekankan untuk meningkatkan kesedaran kepada golongan yang jarang membaca Al Quran untuk meluangkan masa menghayati Al Quran kerana manusia tidak pernah jauh dengan kelalaian,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI