Selepas pelawak, Tauke menafikan dirinya sebagai individu yang ditahan pihak berkuasa selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks, kini Shahrul Shiro pula tampil memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Ini kerana menurut Shahrul, ada segelintir netizen telah membuat andaian dengan terus menuduh dirinya tanpa usul periksa sebagai individu yang ditahan bagi membantu siasatan.

“Saya Tak Mahu Kalian Merangkak Di Padang Mahsyar Dan…,” – Jangan Terus Main Tuduh! Nama Shahrul Shiro Pula Kena ‘Petik’ “Saya Tak Mahu Kalian Merangkak Di Padang Mahsyar Dan…,” – Jangan Terus Main Tuduh! Nama Shahrul Shiro Pula Kena ‘Petik’

Menerusi entri di akaun Instagram, pelawak berusia 37 tahun itu menafikan sekaligus menyangkal dakwaan berkaitan.

IKLAN

“Saya Tak Mahu Kalian Merangkak Di Padang Mahsyar Dan…,” – Jangan Terus Main Tuduh! Nama Shahrul Shiro Pula Kena ‘Petik’ “Saya Tak Mahu Kalian Merangkak Di Padang Mahsyar Dan…,” – Jangan Terus Main Tuduh! Nama Shahrul Shiro Pula Kena ‘Petik’

“Beberapa sahabat bertanya adakah itu sy dan sy telah menjelaskan “ITU BUKAN SAYA”.

“Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yg komen2 terus menuduh saya, saya tak mahu kalian merangkak di padang mahsyar mencari sy dan fokus pada dosa2 yg lain kerna sy dah memaafkan anda.

IKLAN

“Buktinya sy masih umur bawah 40an, muda kan. Sekian terima kasih kerna mengambil berat pasal sy
#AkuBudakKluang #KitaBangkit #NeverSurrender,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak terkenal telah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ahad lalu.

IKLAN

Dalam serbuan kira-kira jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Serentak dengan itu, warganet mulai berteka-teki mengenai siapakah gerangan pelawak yang telah ditahan bagi membantu siasatan.

Foto: Instagram Shahrul Shiro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI