“Tak pernah missed lagi walaupun sehari.” Itu kata pelakon Sharnaaz Ahmad apabila ditanya kekerapan bertemu anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini tinggal bersama isterinya, Noor Nabila.
Kata Sharnaaz lagi, lazimnya dia akan meluangkan masa dengan anak tunggalnya itu tiga kali dalam sehari.
“Saya jumpanya tiga kali sehari iaitu setiap pagi, tengahari dan malam. Setiap kali bertemu Jebat lazimnya saya akan isi masa antara 1 hingga 2 jam.
“Rumah kami boleh dikatakan dekat, jadi ia memudahkan.
“Kalau tidak ada penggambaran, sebelah pagi saya akan ke gim, kemudian sebelum balik rumah saya akan singgah jenguk Jebat. Lepas tu saya akan bawanya jalan-jalan.
“Sebelah malam pula saya akan bawa dia pusing KL,” dedah Sharnaaz kepada MH.
Ads
Ditanya samada pernah mengeluh kerana perlu berbuat demikian, bintang drama Lelakimu Yang Dulu ini menyifatkan ia bukanlah satu beban.
“Saya sudah biasa dengan rutin sedemikian, meski pada peringkat awal rasa pelik juga kenapa aku kena berpisah dengan anak macam ni.
“Akan tetapi apabila diberikan sedemikian, saya kena terimalah.
“Saya tidak anggap itu sebagai beban. Jujurnya kalau saya tak jumpa Jebat lebih dari lima jam, saya pula yang rasa tak betul,” jelasnya lagi.
Ads
Sharnaaz pada masa sama turut menjelaskan, ada ketika dia akan membuat panggilan video untuk berinteraksi dengan permata hatinya itu.
“Cuma kalau waktu nak jumpa dia belum bangun lagi dan saya di set lokasi, selalunya akan video call. Ibu dia pun bagi.
“Jadi tak ada masalah,” ujarnya optimis.
Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada selebriti dan pengacara popular, Neelofa itu. pada 31 Mac 2017.
Bagaimanapun, timbul konflik melibatkan rumah tangga mereka sejak tahun lalu dan keduanya kini sedang menantikan keputusan Mahkamah Syariah yang akan diketahui, tidak lama lagi.
Bagaimanapun ujar Sharnaaz, dia dan Nabila, tetap berkawan demi anak.
Malah, Sharnaaz turut menjelaskan, dia sudah ‘move on’ dan menerima apa saja keputusan kelak.
Pelakon ini terdahulu ditemui pada majlis pelancaran kedai minuman miliknya, Bubble Bee di Danau Kota, Setapak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Elly Mazlein mendedahkan masih terlalu awal baginya untuk bercerita mengenai soal kehamilan.
Bintang berkenaan tampil menjawab desas-desus mengenai hal tersebut memandangkan dia kini kelihatan jarang memuat naik foto Outfit of the Day (OOTD), hingga menimbulkan spekulasi peminat.
Elly atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Lina menerusi Harian Metro menjelaskan, masih terlalu awal untuknya berkongsi.
“Kalau dah okay, dah kuat, dah sah, Kak Lina akan kongsikan. Masih awal lagi untuk bercerita pun,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, bintang drama Kampung People itu juga memohon doa ramai agar mendoakan kesejahteraan serta dikurniakan rezeki cahaya mata buatnya secepat mungkin.
“Doakan Kak Lina ya. Kalau ada berita mengenai kehamilan, Kak Lina akan kongsikan. Jadi, doakan kesejahteraan dan semoga dikurniakan rezeki cahaya mata,” katanya lagi.
Pernikahan Elly dan Azlan adalah yang kedua dan menerusi perkahwinan terdahulu, penyanyi Bungaku Bakawali ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.
Elly dan suaminya, Mohd Azlan Che Noh mendirikan rumah tangga Januari lalu di Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan, setiap kali tibanya sambutan hari lahir dari artis terkenal, pasti akan ada di kalangan rakan-rakan yang memberi reaksi, bahawa tarikh hari jadinya sama dengan kita.
Jadi kali ini, MH senaraikan 20 tarikh lahir selebriti terkenal kita sebagai rujukan. Manalah tahu, ada di antara tarikh yang kami senaraikan ini tersama dengan hari jadi kalian juga kan?
Hasrat pelawak Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah untuk memiliki sebuah kediaman sempurna untuk dirinya sekeluarga akhirnya berjaya direalisasikan.
Bintang itu kini menanti untuk mendiami sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor yang kini sedang melalui beberapa proses penambahbaikan di peringat akhir.
Jelasnya, dia dan isteri menggunakan wang simpanan demi membeli kediaman berkenaan. Mereka dijangka berpindah selepas seminggu Hari Raya Aidiladha ini.
“ASB (Amanah Saham) semua ‘kering’ kau. Alhamdulillah… 10 tahun impian saya nak memiliki rumah akhirnya menjadi kenyataan. Sekarang sedang proses ubahsuai.
“Rumah itu dibeli hasil wang simpanan saya dan orang rumah, termasuk empat buah motosikal saya dijual. Saya bukanlah beli ia secara tunai, masih berhutang dengan bank juga.
“InsyaAllah akan buat kenduri kecil-kecilan bila kami sekeluarga pindah nanti,” katanya kepada MH.
Achey sebelum ini ada berkongsi beberapa keping foto hiasan dalaman rumah barunya di Instagram.
Terdahulu, Achey ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Sugar Bomb x Nabil Ahmad x Achey diadakan di Shah Alam, pada Rabu.
Jika Nabil memperkenalkan produk SugarBomb X LuPK yang juga produk pewangi kereta dan minyak wangi, Achey pula mempertaruhkan lima jenis bauan menerusi produk pewangi kereta iaitu SugarBomb X Achey Edition.
Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal memberitahu, dua bintang berkenaan dipilih atas dasar komitmen serta kerjasama yang baik daripada mereka yang berusaha membantu menaikkan jenama terbabit.
“Saya percaya pemilihan Nabil dan Achey bertepatan dengan misi SugarBomb untuk membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan ketika berdepan dengan penularan COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Seperti yang diketahui, ramai kehilangan kerja dalam tempoh ini, jadi kami ingin membantu mereka. Kami mencari ejen jualan untuk produk SugarBomb ini,” katanya.
SugarBomb Worldwide Sdn Bhd beroperasi sebagai syarikat yang menghasilkan pelbagai produk minyak wangi dan pewangi kereta.
Sejak mula beroperasi sejak 2017, SugarBomb setakat ini mengeluarkan 40 jenis produk minyak wangi dan 25 jenis bauan pewangi kereta.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.