Pelakon yang mulai dikenali menerusi siri muzikal Glee, Naya Rivera dikhuatiri lemas selepas pihak berkuasa menemui anaknya, Josey Hollis Dorsey berseorangan dalam sebuah bot yang disewa pelakon berkenaan.

Kejadian berlaku di Tasik Piru, selatan California pada Rabu, ketika dia dan anaknya difahamkan berlibur di destinasi berkenaan.

Bintang Drama Muzikal Glee, Naya Rivera Dilapor Hilang Di Tasik, Anak Berusia 4 Tahun Berseorangan Di Dalam Bot

Sementa itu, media antarahangsa turut memaklumkan, Rivera dikatakan telah menyewa bot tersebut kira-kira jam 1.00 petang, waktu tempatan sebelum sebuah penumpang bot lain mendapati, salah seorang penumpangnya, (Rivera) didapati tiada di dalam bot terbabit.

IKLAN

Lalu operasi pencarian diteruskan di kawasan berkenaan dan sekitar kawasan terlibat juga dilaporkan telah ditutup.

Serentak dengan itu, entri terbarunya di Instagram yang merakamkan aksi Rivera mencium si anak yang baru berusia empat tahun mulai dibanjiiri dengan pelbagai ucapan dari wargamaya.

IKLAN
View this post on Instagram

just the two of us

A post shared by Naya Rivera (@nayarivera) on

Rata-rata memberikan coretan positif selain mengharapkan agar bintang berkenaan ditemui dalam keadaan baik, seterusnya kembali bersama  anaknya itu.

IKLAN

Untuk rekod, bintang asal California, Amerika Syarikat itu pernah mendirikan rumahtangga dengan aktor Ryan Dorsey pada tahun 2014 dan pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki.

Mereka kemudiannya berpisah kira-kira dua tahun lalu.

Sumber : CBS, Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI