Pelakon senior, Ogy Ahmad Daud memaklumkan telah dapat membayar hutang bayaran kepada 6 individu yang terlibat dalam pementasan teater Korupsi Dewan Semandung.
Ogy atau nama penuhnya Fauziah Ahmad Daud mengatakan bayaran tersebut dapat dilunaskan hasil jualan pes kari segera miliknya.
Lalu, bintang filem Ali Setan ini menzahirkan rasa syukur kerana usahanya melangsaikan hutang hampir berjaya.
Ogy turut memberikan kredit kepada semua pihak terlibat, termasuk para pembeli.
“Terlalu Bersyukur. Dari Hasil Jualan Dan
Kempen Pes Kari Ni Saya Dapat Bayar
6 Org Yg Terlibat Dlm Teater Tu
Mmg Ramai Lagi Yg Belum Dibayar
Dan Saya Masih Berusaha Nak Dapatkan
Dana Kerana Memahamai Mereka Nak
Beraya. Saya Nak Ucapkan Betbanyak2.
“Terima Kasih Kpd @khairulhakiminmuhammad Dan Team Yg Bersusah Payah Menjalankan Kempen Ini Dan Kpd Semua Pelanggan2 Yg Membeli Dgn Ikhlas Baik Utk Sendiri Maupun Membeli Utk Menderma.
“Saya Terlalu Terharu Sangat..Saya Sentiasa Berkata Allah Akan Tolong Dan Saya Takkan Putus Bermohon Berdoa Pada Allah Kerana Saya Wajib Bayar Hutang2 Ini Walaupun Saya Tak Ambil Satu Sen Pun Duit Hasil Jualan Tiket Dan Bukan Salah Saya Pun Dgn Apa Yg Terjadi,” tulisnya positif.
Di samping itu, pelakon berusia 57 tahun ini menjelaskan, dirinya juga tidak akan lari daripada tanggungjawab atas perkara yang berlaku.
“Tetapi Saya Harus Menjaga Maruah Orglain Yg Terlibat Biar Saya Dikecam Tapi Saya Takkan Lari Daripada Tanggungjawab Saya, Utk Menyelesaikan Hutang2 Ini Lambat Atau Cepat Saya Tetap Bayar,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, pementasan komedi seram ini diterbitkan bersama oleh Ogy Ventures Network dan dipersembahkan di pentas Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Teater arahan Khir Rahman ini dibintangi pelakon Man Raja Lawak, Joey Daud, Mark Adam, Vicha, Tauke Jambu, Sharif Zero dan Chiwan.
Foto: Instagram Ogy Ahmad Daud
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI