Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran kepada masyrakat dengan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara bermula 4 Mei yang lalu.
Penyanyi dan pelakon, Haleeda misalnya ada memberi nasihat kepada netizen supaya tidak bersikap sewenang-wenangnya melanggar arahan PKPB yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Malah, penyanyi berusia 43 tahun ini berharap penularan wabak Covid-19 ini berakhir secepat mungkin.
Ads
“As Salam duhai hati…hi,ada yg x tdo lagi? Akk berharap sgt, plssss.. sama2 kita bertanggungjwb atasi keadaan yg kita sdg hadapi ni ya..kita saja yg blh mengubah dgn kesungguhan mencegah dan sekaligus memutuskan rantaian virus ini… semoga dperkenankanNYA… “KESUNGGUHAN” itu penting.
“Semoga keadaan akn kembali pulih dan kita sama2 dapat menjemput rezeki dgn sebaiknya.. Fii Amanillah, love & Smile.
P/S:Tlglahhhhh jgn bawa anak2 kecil ke tmpt supermarket.. atau tmpt yg akn menjadi tumpuan.
Ads
“Bukan sekarang.. bukan sekarang ya.. Jagalah keselamatan insan yg kita sayangi dan sayangilah diri kita,” tulisnya.
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi keadaan terkini anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi yang mengalami bengkak di bahagian dahi kerana terjatuh.
Malah menerusi beberapa lampiran foto kandid yang dikongsi di Instagram, bahagian dahi kanak-kanak berkenaan dilihat turut mempunyai kesan lebam.
Aliff bagaimanapun mengakui anak lelakinya itu terlalu aktif dan apa yang berlaku itu adalah satu hal biasa.
“Kalau anak org lain abah dah viral dah ni. Yusoff dan benjol x dapat dipisahkan. @yusoffalqardawi_terlajaklaris anak yg terlalu aktif, jatuh dan benjol tu mcm dah biasa je.
“Dah kebal jatuh mcm mana pun x nangis!! Tapi abah yg risau yusoff ooii. Cepat nau hilangnya. Abah pusing kejap je yusoff dah hilang,” tulis usahawan yang kini muncul menerusi single Cuba Bahagia Ini lagi.
Cabaran berkongsi rakaman video sambil mengelap cermin atau lebih dikenali sebagai #wipeitdownchallage di aplikasi Tik Tok kini semakin menjadi trend pengguna media sosial.
Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tok Ti turut tidak melepaskan peluang untuk membuat cabaran tersebut bersama anaknya, Siti Aafiyah Khalid.
“Aafiyah dengan ibu buat #wipeitdownchallenge jugak! boleh la yek,” tulisnya.
Pelakon, Zamarul Hisham meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir sikap individu yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah mula berkuatkuasa pada 4 Mei yang lalu dengan baik.
Menurut pelakon berusia 49 tahun ini, ada yang mengingkari arahan PKPB, terutamanya di sekitar kawasan kediaman.
“Seronok betul ada segelintir yg masih tak faham tentang PKPB yg PM umumkan bermula 4mei (semalam).
“Semalam kebetulan saya keluar utk beli barang keperluan dapur di sekitar kawasan rumah iaitu di TTDI JAYA shah alam.
“Terkejut bila tgk kawasan yg mula sunyi macam pekan koboi sejak bermulanya PKP bertukar jadi satu kawasan yg sesak dgn kenderaan. Semua kedai mula dibuka, dan ramai org selamba dett dia je relax, lepak ditepi tepi kedai dgn geng2 sambil bersembang hisap rokok, budak2 yg takde lesen gayanya selamba ke sana ke sini naik motor tanpa pakai helmet dan mask, dia buat macam pesta pulak.
“Ada segelintir yg faham apa maksud #kitajagakita masih pakai mask tapi kebanyakkannya langsung tak pakai mask dan diaorg buat macam takde apa2 berlaku.
“Saya pun masuk la ke kedai Speed99, dalam keadaan yg risau. Lepas pilih barang nak letak ke kaunter, saya tgk dah takde istilah PENJARAKAN 1 meter antara pelanggan. Semua berpusu pusu nak bayar… adoiiii mana letak akal diaorg ni,” tulisnya geram.
Dalam pada itu, Zamarul turut berkongsi cerita berlaku sedikit perselisihan faham kecil ketika membeli barang keperluan harian di sebuah kedai serbaneka.
“Yg bestnya, saya kena sound dgn seorg pelanggan yg berdiri rapat dibelakang saya tanpa pakai mask, bila saya tegur “boss boleh belakang sikit tak atleast 1 meter” dia tak jawab, dgn selamba lagi dia rapat dan buat muka seposen.
“Saya tegur lagi “please boss” and dia jawab hei kerajaan sudah umumkan 4hb sudah ok, u apahal mau cari gaduh sama saya ka?
“Aduhaii mencabar iman aku bulan2 puasa ni. So saya cakap bukan mau gaduh, saya cuma bagitau utk kebaikan dan atlast saya mengalah dan ke tepi bagi dia bayar dulu, bila dah reda tak ramai org baru saya bayar di kaunter.
“So apa pendapat korang?? Masih ada segelintir masyarakat yg masih tak faham dan Otak letak dkt kaki.
“Kita sama2 doa semoga tidak berlaku gelombang yg kedua..#staysafe #stayhome #kitajagakita #keluarbilaperlusahaja,” tulisnya lagi.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.