Selebriti versatil, Ifa Raziah meluahkan rasa syukur apabila selepas lebih 27 tahun dalam seni, transisi dirinya kini dilihat kian positif baik dalam seni dan hidup.

Menurut Ifa, selama ini dia berusaha untuk mencapai apa yang dicita-citak sekaligus memilih untuk bergaul dengan mereka yang berjaya dalam bisnes demi mencari ilmu.

“Rasa terharu, nak menangis pun ada kerana akhirnya orang nampak. Syukur pada Allah SWT. Selama ini orang macam tak nampak, mereka nampak hal yang lebih kepada sisi  negatif. Bila saya buat benda yang positif, orang seolah-olah ‘tak nak’ benda tu.

“Jadi saya sabar, tunggu dan usaha tanpa lelah. Biarlah orang nak cakap apa pun sebab kita yang menentukan hala tuju hidup. Apa yang negatif saya elak dan cuba untuk duduk di dalam kelompok orang-orang yang positif.

“Saya cuba untuk belajar ilmu perniagaan dengan mereka contohnya. Saya sekarang ni suka untuk mencari ilmu. Suka untuk ambil ilmu baru yang berlainan setiap hari,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagi Gemercing Rindu ini juga tidak menafikan sebelum ini dia pernah terasa bila mana ada pihak yang seolah-olah merendahkan kredibilitinya.

IKLAN

“Saya Tak Ada Kawan Berperangai Macam Syaitan, Rasa Tenang Bahagia,” – Gelombang Aura Ifa Raziah, Elak Rezeki Bocor “Saya Tak Ada Kawan Berperangai Macam Syaitan, Rasa Tenang Bahagia,” – Gelombang Aura Ifa Raziah, Elak Rezeki Bocor “Saya Tak Ada Kawan Berperangai Macam Syaitan, Rasa Tenang Bahagia,” – Gelombang Aura Ifa Raziah, Elak Rezeki Bocor

Dia bagaimanapun cuba bersikap positif dan menyifatkan situasi berkenaan sebagai pembakar semangat untuk terus melakar sukses.

“Jujurnya selalu juga berkecil hati bila yang ketepikan saya, pandangan sebelah mata. Alah… Ifa Raziah penyanyi dangdut je, bukannya top (popular) pun. Saya tidaklah nak menyalahkan mereka yang anggap saya begitu. Tak adalah rasa nak marah.

“Cuma ketika itu saya anggap ini mungkin belum rezeki, masanya lagi. Satu hari kau akan nampak aku siapa. Hari ini alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya cuba buktikan. Mungkin saya tak berjaya sebagai seorang penyanyi atau pelakon yang hebat. Akan tetapi mungkin Dia lahirkan saya sebagai usahawan. Inilah rezeki yang saya nampak.

IKLAN

“Saya juga menjaga gelombang positif saya. Kalau marah atau ‘moody’, aura rezeki itu akan bocor, susah nak masuk. Elakkan berbuat demikian lebih-lebih lagi pada waktu pagi atau lepas Subuh. Sebaliknya, saya amalkan zikir dan elak untuk rasa marah terhadap sesiapa,” katanya.

Ditanya soal perubahan sikap berkenaan, Ifa akui ia berlaku disebabkan dirinya yang kian matang dalam mengawal perasaan.

“Saya sampai satu tahap sudah malas nak layan. Kalau dulu, pantang (marah dan maki). Agaknya satu mungkin sebab faktor usia dan bila ada iman sedikit, hal remeh-temeh ini sudah malas nak ambil serius.

“Saya rasa sangat tenang bila buat macam tu. Saya tak ada kawan-kawan yang berperangai macam syaitan di sekeliling, rasa tenang bahagia seterusnya buat saya lebih bahagia.

IKLAN

“Ada ketikanya aku nak mulut jahat pun. Cuma biarlah isu yang dirasakan perlu. Kena tengok tempat,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Ifa Raziah

https://youtu.be/IhpdIBhupEQ

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI