Usahawan, Asyraff Mazlan meminta semua pihak agar tidak lagi membuat sebarang spekulasi mengenai hubungannya dengan pelakon, Elfira Loy.

Sejak gambarnya mengerjakan umrah dan sambutan hari jadinya yang turut disambut bersama aktres berkenaan menjadi tular, Asyraff mengakui hingga kini masih ada pihak yang masih cuba membuat andaian sendiri.

Bimbang apa yang diperkatakan neziten itu tidak benar sehingga boleh menimbulkan fitnah, lelaki ini sekali lagi membuat pengakuan bahawa dia memang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Elfira sebagaimana yang didakwa ramai memandangkan dia sudahpun mempunyai teman istimewa.

IKLAN

“Saya Sudah Berpunyalah…” – Asyraff Mazlan Minta Tiada Lagi Cerita Libatkan Elfira Loy

“Saya sudah berpunyalah. Jadi tuduhan tu tidak berasas. Cumanya, saya ni memang jenis yang suka berseloroh dan memang ada berkawan dengan rakan artis lain atas urusan kerja dan sebagainya. Samalah juga dengan Elfira. Kami kenal sudah lama kerana sebelum ini pun saya ada production house sendiri. Jadi memang kawan dengan ramai selebriti.

 

“Malah kalau tengok di Instagram saya pun, saya jenis yang suka sakat dan berseloroh dengan selebriti wanita juga namun tidak lebih sekadar kawan biasa.

 

“Dia (teman wanita) tidaklah cemburu buta. Cuma pada peringkat awal sahaja tetapi bila saya sudah bagi penjelasan, dia faham,”katanya kepada MH.

Meski menyifatkan perhatian kepadanya kian reda berbanding saat awal gosip tersebut menjadi bualan, Asyraff menegaskan orang luar tidak tahu cerita sebenar, hanya tuduh dan membuat telahan melulu.

IKLAN

“Saya Sudah Berpunyalah…” – Asyraff Mazlan Minta Tiada Lagi Cerita Libatkan Elfira Loy

IKLAN

“Bila balik umrah dan kebetulah hari itu merupakan hari jadi saya. Jadi sambutlah. Lepas tu tiada berhubung atau makan bersama. Kalau jumpa di event, jumpalah,” jelasnya lagi.

Ditanya apakah yang mahu disampaikan kepada segelintir netizen yang masih lagi mengecam dirinya dan Elfira berhubung dengan gosip mereka sebelum ini, Asyraff berharap agar jangan mudah membuat andaian.

“Yang tidak tahu, janganlah sebar berita tidak benar kerana ia boleh timbulkan fitnah. Kalau kita sudah bagi penerangan, usahlah buat andaian lain,” pinta Asyraff.

Foto: Instagram Asyraff Mazlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI