
Pelakon, Sharifah Sakinah berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya sudah berkahwin dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat, minggu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Sakinah bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan identiti suami kepada umum.
“Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.
“Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media,” katanya seperti yang dipetik.
Kenal Empat Tahun
Difahamkan mereka sudah pun berkenalan sejak empat tahun yang lalu.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang selebriti tempatan yang sudah berkahwin minggu lalu.
Ini juga perkahwinan ketiga Sakinah selepas bercerai kali kedua dengan bekas suaminya yang berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen pada penghujung 2023, selepas bernikah pada 2021.
Sekadar informasi, Sakinah juga pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun mereka bercerai lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Anais Adha yang berusia lapan tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro & Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI