Akaun Instagram milik pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya yang ‘hilang’ secara tiba-tiba sejak semalam menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut dan peminat.
Ini kerana, akaun bintang berkenaan iaitu @schaalyahya yang memiliki lebih 5 juta pengikut itu sudah tidak boleh diakses hingga ada warganet yang mula meluahkan rasa risau terhadap Scha dan mula bertanya mengenai perkara tersebut kepada suami Scha, Awal Ashaari di media sosial.
Lebih menimbulkan tanda tanya, hantaran terakhir Scha pada petang Khamis dengan kapsyen, ‘I’ve had enough’ secara tak langsung membuatkan ramai peminat risau.
Ads
Lalu, ada yang beranggapan ia digodam, malah tidak kurang juga yang menyifatkan isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu mahu ‘berehat’ dari media sosial.
Scha, 37, berkata, apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal ketika hendak membuat ‘link’ ke akaun perniagaan Facebook.
Ads
“Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak dicerita panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.
“Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula.
Ads
“Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula,” katanya.
Bagaimnapun para peminat turut mendoakan kesihatan Scha yang kini sedang sarat hamil anak kedua.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Liza Hanim mengakui dirinya rasa agak berat hati untuk berjauhan dengan suami yang juga merupakan anggota kumpulan Indigo, Shahrin Samsudin buat sementara waktu.
Ini kerana menurut Liza, Shahrin terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Klang, Selangor bagi memudahkan urusan sepanjang menyertai program Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) memandangkan kawasan tersebut kini berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Dia dah ready. Perjuangan @shahrinsamsudin Indigo di Gegar Vaganza kali ni berbeza dengan perjuangan saya.
“Kami terpaksa berpisah sekejap kerana Klang akan berada di bawah PKPB.
“Kerana komitmen @gegarvaganzaofficial, abang kena keluar kawasan,” tulisnya.
Meski tempoh penguatkuasaan berjalan selama dua minggu, namun ia dirasakan lama buat mereka yang sering bersama.
“Dua minggu memang tak lama, tapi cukup lama untuk saya dan abang yang memang ke hulu ke hilir bersama.
“Semoga abang sentiasa di dalam lindunganNya yang. #hatimenangissiapayangtahu #akusayanglakiaku #teriaksakan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Liza yang juga merupakan naib juara Gegar Vaganza musim ke-4 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kejayaan Shahrin bersama kumpulan Indigo sepanjang bertanding di GV7.
Terdahulu, program realiti GV7 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Musa bakal mula bersiaran pada Ahad ini jam 9.00 malam eksklusif di saluran Astro Ria 104/123 dan juga Astro On The Go.
Sumber: Instagram Liza Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Haqiem Rusli ‘disambar’ penerbit terkenal, Datuk A Aida untuk menyanyi dan menghasilkan lagu, Dia sebagai lagu tema bagi drama Bidadari Salju yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3, bulan depan.
Kepercayaan yang diberikan A Aida disifatkan sebagai satu penghormatan buat dirinya.
Percaya kepada rezeki, Haqiem turut bersyukur kerana proses untuk menghasillan lagu tersebut dipermudahkan.
“Verse lagu ini sudah lama disiapkan iaitu dalam dua bulan lalu. Tapi, apabila mendapat tawaran daripada Datuk A Aida, saya terus siapkan bahagian korus dan siap dalam masa sehari saja.
“Selepas siap, saya terus hantar padanya dan menghubungi Sharon Paul untuk gubahan muzik.
“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Malah, drama tersebut juga bakal ditayangkan bulan depan. Jadi, tak ambil masa pun nak siapkan. Dalam erti kata lain, lagu ini dibuat khas untuk drama ini.
“Diberi kepercayaan untuk menghasilkan lagu khas untuk drama adalah satu penghargaan buat saya,” katanya optimis.
Terdahulu, Dia merupakan karya pertama Haqiem bekerjasama dengan A Aida dalam menghasilkan melodi dan lirik.
“Selalunya saya bekerjasama dengan kompser sama dalam lagu-lagu sebelum ini. Tapi, untuk lagu ini saya keluar dari zon kebiasaan. Ini pertama kali bekerjasama dengan Datuk.
“Saya menganggap ini peluang terbaik dapat bekerja dengan bukan calang orang yang akan membantu karya saya dan dia juga. Ini peluang keemasan bagi saya.
“Diakui pada mulanya saya ingatkan Datuk seorang yang garang. Tapi, apabila berjumpa pada sesi rakaman, jangkaan saya meleset.
“Dia seorang yang ‘happening’. Kami boleh ‘ngam’ dan sekepala,” katanya.
Haqiem berkongsi, selepas lagu Dia, dia turut menantikan sebuah lagi projek bersama A Aida, tahun hadapan.
Dalam perkembangan lain, Haqiem juga mendedahkan akan muncul dengan lagu kolaborasi bersama Hael Husaini dan Naim Daniel.
“Insya Allah, tahun ini atau tahun depan akan ada kolaborasi bersama Hael Husaini dan Naim Daniel.
“Selain itu, lagu ciptaan saya yang baru keluar adalah lagu adik saya, Zali Rusli. Selepas ini ada lagu daripda Lah Ahmad pula berjudul Sejarah, Haziq Putra Band dan Adzrin Big Stage. Untuk penyanyi wanita, belum lagi,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu persatu persoalan timbul sejak Daus mengambil keputusan untuk bercerai pada Februari tahun lalu.
Lebih mencetus tanda tanya apabila Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli didakwa menceraikan isteri ketika masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga mereka.
Enggan terus membiarkan perkara itu bersarang di minda, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 ini mengabadikan kisah dan perjalanan hidupnya itu menerusi lagu ‘Takdir Kita’ yang dilancarkan 28 Ogos lalu.
Lagu ciptaan sepenuhnya Daus itu dipaparkan pula dalam persembahan video muzik (MV) yang dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube Nova Music Videos.
Jelasnya, jalan cerita MV arahan Azuad Abdullah itu memaparkan 60 peratus kisah perkahwinan dan perceraiannya.
Malah, ia menjawab segala persoalan yang timbul sebelum ini.
“Walaupun ia kisah benar kehidupan saya, tapi tidak sepenuhnya dipaparkan. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain.
“Tidak mahu timbul sebarang isu pula. Cuma, menerusi jalan cerita MV ini, ia adalah salah satu cara saya mahu mendekati masyarakat.
“Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat dan netizen, saya bukan suka-suka nak bercerai. Kalau nak tahu sebab apa, kena tonton MV ini.
“Sejujurnya, idea MV ini daripada saya sendiri. Tapi, saya bersama pasukan daripada pihak pengurusan Nova Music berbincang untuk menambah baik apa yang perlu supaya MV ini lebih menarik,”katanya.
Bagaimanapun Daus mengakui dia rasa sebak sekali gus mengimbau kenangan lama ketika penggambaran dilakukan.
“Apabila buat MV ini, memang terasa sebak kerana ia mengembalikan memori lama. Tapi saya cuba tahan perasaan sebab tak boleh nak terlalu terbawa-bawa. Saya masih boleh kawal.
“Saya cuma fikir, apa yang dipaparkan dalam MV ini bukan mengenai saya semata-mata tapi, pasti ada orang lain pernah melalui pengalaman sama. Ibaratnya saya mewakili perasaan mereka dengan menceritakan kisah mereka dalam MV ini.
“Walaupun tidak meraung, tapi nampak kesedihan dilalui dalam babak yang dilakonkan dalam MV ini,” katanya yang sudah pun ‘move on’ dengan apa yang berlaku.
Menyentuh mengenai ketiga-tiga anaknya, Daus berkata dia sudah lebih setahun mereka tidak berjumpa.
“Anak-anak memang di Sarawak. Sejak bercerai mereka memang dijaga bekas isteri. Cuma, sejak saya berada di Kuala Lumpur, memang tak berpeluang jumpa mereka lagi.
“Apatah lagi dalam suasana yang melanda negara sekarang, ia lebih menyukarkan untuk kami berjumpa.
“Saya tak nak ambil risiko berjumpa mereka dalam keadaan sekarang. Insya Allah, tunggu masa sesuai. Kalau dah okay, baru saya balik.
“Alhamdulillah, dengan kecanggihan teknologi sekarang, memang selalu buat panggilan video. Jadi, terubat juga rindu dengan mereka. Isteri okay, selagi saya tak lupakan tanggungjawab,” katanya.
Takdir Kita terbitan dan edaran Nova Music Malaysia sudah pun dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas empat dekad menjadi platform yang mengangkat karya terbaik tanah air, Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) terus melakar evolusi menerusi sambutan ulang tahun yang...