Beberapa hari lalu, pelakon Fatin Afeefa ada memuat naik sekeping keping foto di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, bintang yang pernah muncul dengan single Satu Jam Saja ini meluahkan rasa rindu terhadap anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Menerusi posting sama, Fatin mengimbau kembali foto bersama dua orang cahaya matanya itu.
“Saya rindu dua raksasa kecil ini yang sering memberi saya sakit kepala,
Ads
Pada hari ke-10 kuarantin diri, saya sendirian. Jauh dari keluarga saya.
“Walaupun saya tidak mempunyai gejala, selepas perjalanan kerja saya, saya terpaksa melakukannya, untuk langkah berjaga-jaga. Kami facetime setiap hari.
“Mereka kini berada di rumah ibu dalam keadaan selamat. Terima kasih mama, terima kasih @fatinafeqah untuk menjaga mereka.
Ads
“Baiklah, saya akan mengalami kerosakan mental. Selamat tinggal buat masa ini” tulisnya.
Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsuddin memaklumkan bahawa dirinya terpaksa berpisah dengan anaknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara.
Ads
Ini kerana bintang filem Tentang Bulan ini bimbang dan khuatir keselamatan anaknya lalu mengkuaritin dirinya selepas pulang dari luar negara, beberapa minggu lalu.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ada memberikan penjelasan seterusnya memohon maaf secara terbuka mengenai uniform rasmi pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang dipakainya di sebuah majlis hari jadi yang bertemakan ‘Dream Job’, September lalu.
Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini mengakui dirinya telah menerima beberapa komen daripada krew anak kapal syarikat penerbangan tersebut kerana didakwa telah melanggar etika selain didakwa tidak menghormati uniform rasmi pramugari MAS.
Jelas Bella, cita-cita pekerjaan di awan biru itu merupakan impian kerjayanya sejak berusia 7 tahun.
“Salam Hi everyone:) Harini baru Bella berkesempatan untuk bercerita serba sedikit tentang ‘MAS Uniform’ yang dipakai Bella pada 16/09/2020 lalu sempena tema ‘dream job’ birthday Aidil.
“Bella decided untuk memperagakan MAS Uniform tersebut semata-mata kerana kerjaya pramugari MAS yang merupakan dream job Bella sejak kecil lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan turut berjumpa dengan pihak syarikat penerbangan berkenaan dan mendapat info serta maklumat mengenai sejarah uniform rasmi pramugari MAS.
“Pihak MAS sendiri ada berjumpa dengan Bella dan menerangkan dengan terperinci akan keistimewaan uniform tersebut dan Alhamdulillah banyak knowledge yang Bella peroleh yang mana Bella rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada orang ramai terutamanya yang hanya mengetahui serba sedikit tentang sejarah MAS.
“Sebagai seorang pelanggan setia MAS, saya sentiasa mengagumi MAS dan seperti yang semua tahu, Bella berasal dari Sabah dan memang dari kecil menaiki MAS untuk perjalanan ulang alik ke KL.
“Atas perkongsian knowledge daripada pihak MAS, sejarah menunjukkan bahawa uniform MAS yang digunakan sehingga sekarang adalah asalnya adalah ciptaan Fakulti Art & Design UiTM Shah Alam pada tahun 1983 yang dicetuskan daripada Perdana Menteri kita ketika itu bagi membangunkan syarikat penerbangan domestik.
“Corak yang ada pada uniform juga melambangkan jati diri negara kita, iaitu corak bunga raya. Oleh yang demikian, adalah tidak dinafikan bahawa uniform MAS ini adalah sangat istimewa dan suatu kebanggaan di mata rakyat Malaysia.
“Dan daripada Bella sendiri, Bella mohon maaf kerana telah menggunakan uniform tersebut tanpa mengetahui lebih awal akan info, sejarah, dan etika berkenaan uniform MAS. Untuk ingatan bersama orang ramai juga supaya lebih berhati-hati agar MAS Uniform tidak disalahgunakan. Thanks a lot pihak MAS for the time & sudi berjumpa.
“Thank you pihak MAS untuk hadiah yang diberikan kepada anak2 Bella juga,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, ada yang membincangkanmengenai golongan artis yang berharap agar kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus berikutan wabak Covid-19 yang melanda.
Selain beberapa sektor lain yang terkesan gara-gara wabak tersebut, ia turut menjejaskan ‘periuk nasi’ penggiat seni tempatan.
Bagaimanapun, isu terbabit mendapat reaksi bercampur-campur netizen.
Siti Sarah misalnya turut menerima tempias apabila suaminya, pelawak dan penyampai radio, Shuib memberikan komen mengenai isu itu.
Lalu, penyanyi lagu Semakin ini meluahkan rasa kesal dan sedih atas situasi yang berlaku.
“Ya Allah, kami ini insan kerdil hamba-Mu. Segala yang dimiliki kami juga datangnya dari Mu.
“Maafkan kami, kalau salah pada nada bicara, kami takde niat lain hanya berharap yang baik-baik buat semua.
“Di saat sukar ini semua pihak memerlukan bantuan, dan Alhamdulillah dengan khabar gembira daripada kerajaan semalam.
“Tidak kira siapapun kita, pasti ada yang terselit mereka yang susah dan perlu dibantu.
“Tidak kiralah siapapun mereka
alhamdulillah rahmat dan rezeki Allah, kami dikurnia kelebihan dan dari pihak kami insyallah sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan,” tulisnya.
Sarah turut memaklumkan golongan selebriti yang memerlukan bantuan adalah dari mereka yang ada pasang surut dalam meraih pendapatan.
“Artis yang memerlukan bantuan itu bukan semua, maksudnya mereka yang juga sama seperti manusia lain juga ada pasang surut hidup.
“Macamnilah, andai kita ada lebih kita bantulah, Insya-Allah ada hikmah dari Allah.
“Tiada ada istimewanya kami, kita semua sama manusia biasa. Takpe, kita jangan berhenti berdoa.
“Moga cepat habis semua musibah ini. Amin. Doakan kami kuat menghadapi dugaan ini juga,” pohon Sarah.
Sejak melahirkan cahaya mata sulung, tidak dinafikan ramai peminat yang menanti pasangan selebriti, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza mendedahkan wajah bayi lelakinya itu.
Zahirah yang selamat bersalin pada 5 Januari sebelum ini ada berkongsi foto permata hatinya yang kelihatan ketawa hingga mendapat perhatian dari kalangan para peminatnya.
Bagaimanapun, wajah penuh bayi tersebut masih belum dikongsikan. Cuma baru-baru ini, Zahirah dan Aiman ada memuat naik foto keluarga kecil mereka sambil memangku anak yang kini mencecah usia hampir tiga minggu itu menerusi Instgaram sehingga mengundang perhatian ramai.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami, Zahirah turut menitipkan dedikasi ringkas pada ruangan kapsyen.
“Cuddle sandwich. Happy Birthday Daddy. We love you!,” tulisnya dengan meletakkan emoji ‘love’.
Posting yang sudah pun mendapat lebih 200,000 tanda suka itu turut menerima pelbagai komen dari netizen yang turut sama mengucapkan selamat ulang tahun buat Aiman selain tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga kecil ini.
Terdahulu, pada Oktober tahun lalu, Aiman dan Zahirah berangkat ke Australia selepas mereka membuat keputusan mahu menyambut kelahiran cahaya mata mereka di sana.
Ditambah, ibu dan adik-beradik Zahirah yang lain menetap di sana dan dia mahu menjalani tempoh berpantang dengan dijaga ahli keluarganya.
Pasangan ini yang dipertemukan ketika membintangi drama Curi Curi Cinta pada 2019, kemudiannya mengikat tali pertunangan dan bernikah pada 20 Februari tahun lalu di Petaling Jaya.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.