Penyanyi dan komposer, Aina Abdul merakamkan rasa syukur dan terharu apabila penyertaan sulungnya di Semi Final Muzik-Muzik membuahkan hasil menerusi lagu Sumpah yang diumumkan sebagai antara 12 buah lagu yang berjaya mara je pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34), Februari depan.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani yang juga naib juara Mentor Legend 2014 memberitahu, kejayaan melangkah ke AJL disifatkan sebagai satu permulaan kerjayanya kembali.

“Pentas ini adalah permulaan karier saya, sebabnya selepas program Mentor, saya mendiamkan diri. Jadi boleh dikatakan ‘stage’ ini berikan satu tuah buat diri saya.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan peluang. Saya sedar, diri ini masih lagi baru dan yang lain-lain pun senior saya, ibarat seorang guru. Terima kasih,” katanya dalam nada sebak.

Ditanya apakah perasaannya apabila lagu ciptaan sepenuhnya itu diumumkan sebagai lagu terakhir berjaya lolos ke pertandingan pencarian lagu terbaik tahunan itu, bintang berusia 26 tahun ini positif seandainya Sumpah tidak melengkapi senarai finalis AJL34.

“Mungkin saya tiada peluang… Saya sedar diri dan kedudukan. Bukan bermakna saya ingin merendahkan diri-sendiri, tetapi saya tahu perjalanan serta permulaan kerjaya saya yang bukan mudah.

“Jadi tak rasa saya akan dapat pun. Tapi alhamdulillah, rezeki Allah,” jelasnya lagi yang tidak jangka namanya kian dikenali kebelakangan ini.

“Sebab saya menyepi agak lama dan selama saya menyepi, saya banyak belajar dari kesilapan, tanya pada diri apa yang dimahukan dalam industri dan sebagainya.

“Terima kasih kepada semua yang menghargai. Jujurnya saya memang mahu peminat ingat balik terhadap diri saya. Jadi kejayaan ini ibaratnya sebagai satu permulaan,” kata Aina yang sebelum ini sinonim menerusi single Inggeris, Shadow.

Terdahulu, 30 buah lagu yang layak ke adalah berdasarkan undian peminat sebanyak 40 peratus dan penilaian juri profesional sebanyak 60 peratus di carta Muzik Muzik 34.

Tahun ini, peringkat semi finali dinilai para juri profesional terdiri daripada Faizal Uzir, Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussn pula ditugaskan sebagai hos dan program ini telah pun bersiaran secara langsung setiap Jumaat, jam 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Berikut ialah 12 buah lagu yang berjaya mara ke pentas final AJL 34;