![WhatsApp Image 2020-01-07 at 4.18.27 PM](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2020/01/WhatsApp-Image-2020-01-07-at-4.18.27-PM-696x485.jpeg)
Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya.
Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob berkongsi cerita mengenai kisah anaknya yang tidak biasa makan buah durian.
Maklum Fazley, dia berasa terkejut apabila melihat anaknya menikmati buah durian buat kali pertama.
“Malam kelmarin saya bawak anak2 semua makan durian, mula2 dulu @fieradzfazley sorang je makan durian, abg dia @fariedzfazley dan adik dia @fierudzfazley tak makan durian, tapi malam tu, saya punya lah terkejut! Nak tahu kenapa?? Cuba tgk!,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Sekadar informasi, Fazley mendirikan rumah tangga bersama Azrene Soraya Abdul Aziz pada tahun 2006.
Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz, 12, Ahmad Fieradz, 10, Ahmad Fierudz, 9 dan Alayna Salma,3.
Video: Instagram Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebenarnya Banyak Yang Saya Pelajari…,” – Fahrin Ahmad Kongsi, Sama-Sama Sokong Kempen E-Waste
![“Sebenarnya Banyak Yang Saya Pelajari…,” – Fahrin Ahmad Kongsi, Sama-Sama Sokong Kempen E-Waste](https://cdn.mediahiburan.my/2022/10/A9FCE88B-60BC-4226-963A-1098A96C1AB3.jpeg)
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melahirkan rasa gembira dengan penglibatan golongan selebriti dalam membantu kempen kesedaran e-waste iaitu kepentingan pengumpulan buangan peralatan elektrik dan elektronik dalam kalangan penduduk di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Dr Norhazni Mat Sari berkata, penglibatan golongan berkenaan sejak setahun lalu secara langsung membantu menyampaikan maklumat berkaitan e-waste kepada khalayak menerusi platform media sosial jabatan dan juga selebriti terbabit.
“Kita gembira dan melihat satu perkembangan baik dengan penglibatan para selebriti dalam membantu kempen ini kepada masyarakat awam.
“Sebenarnya sejak tahun lalu kita sudah mula membabitkan golongan selebriti dalam kempen kita. Alhamdulillah ia memberikan satu kesan yang baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Jom E-Waste baru-baru ini sempena Hari E-Waste Antarabangsa yang disambut pada 14 Oktober setiap tahun.
Beliau berkata Fahrin Ahmad dan Bell Ngasri sebagai contoh, memberikan komitmen baik sejak terbabit secara langsung pada tahun lalu dalam beberapa siri kempen dan program mengenai e-waste.
Katanya, pihaknya membuka peluang kepada semua selebriti yang berminat tanpa menetapkan sebarang kriteria asalkan sudi membantu menyebarkan kesedaran mengenai usaha kempen e-waste kepada rakyat Malaysia.
Meskipun kesedaran masih di tahap rendah sejak kempen ini bermula pada 2014, namun saban tahun sentiasa memperlihatkan kadar peningkatan terhadap pengumpulan e-waste iaitu sekitar 100 tan metrik pada peringkat awal meningkat kepada 2,650 tan metrik pada 2021.
“Bagi tahun ini, sehingga September sebanyak 2,141 tan metrik e-waste berjaya dikumpulkan di seluruh negara. Jumah itu ialah dari 200 pusat pengumpulan yang diperkenalkan di serata negeri,” katanya.
Sementara itu, Fahrin ketika ditemui mengakui pada awalnya dia tidak tidak begitu ambil peduli mengenai e-waste sebelum terbabit sendiri dengan kempen berkenaan.
“Sebenarnya banyak yang saya pelajari mengenai e-waste ini. Barangan elektronik dan elektrik kita seperti telefon bimbit serta televisyen yang rosak tidak boleh dibuang sesuka hati kerana ia memberikan kesan yang tidak baik kepada alam sekitar.
“Malah saya juga dapat banyak DM daripada rakan selebriti dan peminat yang bertanya mengenai perkara ini selepas terbabit dengan kempen e-waste.
“Bagi saya setiap daripada kita boleh memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kempen ini berjaya demi kebaikan bersama seperti di Jepun misalnya yang berjaya menghasilkan pingat Olimpik dari bahan buangan produk e-waste.
“Siapa tahu mungkin selepas ini kalau kita ada apa-apa temasya pun, kita boleh ambil langkah sama yang secara tak langsung menyokong e-waste,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ya Allah. Sayu Jer Tengok…,” – Ramai Hulur Bantuan, Giliran Ebit Lew Agih KFC Untuk Petugas Hospital
![“Ya Allah. Sayu Jer Tengok…,” – Ramai Hulur Bantuan, Giliran Ebit Lew Agih KFC Untuk Petugas Hospital](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2020/03/0CC8C6C1-D0DD-4663-B84C-E4BE1ECE6277.jpeg)
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ada mengambil inisitiaf dengan menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada petugas kesihatan dan kecemasan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Menerusi Instagram, Ebit ada berkongsi sedutan video bermula pembelian hingga agihan.
Kongsinya, sambil menasihati agar warga Malaysia kekal berada di kediaman masing-masing, Ebit turut menyatakan rasa sayang serta sayunya apabila mendengar mengenai pengorbanan mereka saat menghadapi situasi kini.
“Pergi beli kfc belanja staf hospital sg buloh. Sayang mereka sangat. Mendengar ramai kawan-kawan juga sedang kuarantin diri melalui saringan disini. Doa dari jauh jer. Ya Allah. Sayu jer tengok yang jaga kaunter di kecemasan dan yang bertugas di saringan covid 19.
“Saya yang tengok kaunter depan tu jer dah berdebar. Nak keluar rumah takut. Tapi apa yang buat mereka berani. Kerana tanggungjawab dan mereka tahu ini semua jihad. Hanya Allah yang membalasinya. Walau mereka juga pasti risau takut macam-macam fikir.
“Mereka akan berusaha sehabisnya untuk menjaga diri dengan mask dan pakaian khasnya. Dan meletakkan keyakinan dan penyerahan pada Allah. Itulah ubat pejuang seperti mereka. Buat orang ramai satu jer ubat ya sekarang..duduk dirumah. Kuarantin diri masing-masing dekat rumah. 2minggu ni terus jangan keluar kecuali kecemasan dan tanggungjawab.
“Ya Allah disini ramai orang saya sayangi dikuarantin. Jagakanlah mereka semua. Sembuhkanlah mereka ya Allah. Yang diicu selamatkan mereka ya Allah. Segera sembuhkan mereka. Berilah keajaiban mu. Hilangkanlah wabak virus covid 19 di seluruh Malaysia dan dunia ya Allah. PertubuhanKasihUmatMalaysia
CIMB 8603546376,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Sehingga kini, video pendek tersebut sudah pun mendapat tontonan mencecah 700,000 kali.
Foto : Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Suka Bahagiakan Kawan-Kawan,” – Genap 73 Tahun, Isteri Dedah Sikap Baik S Atan, Terharu Ramai Yang Sayang
![“Dia Suka Bahagiakan Kawan-Kawan,” – Genap 73 Tahun, Isteri Dedah Sikap Baik S Atan, Terharu Ramai Yang Sayang](https://cdn.mediahiburan.my/2022/08/3F36473D-BBCD-4179-8C88-78191A69264F.jpeg)
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran komposer dan penerbit album S Atan yang ke-73, isterinya Norizan Yeob, 58, berbesar hati atas sambutan dan bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik dan bertanggungjawab.
Berterima kasih atas sokongan daripada semua pihak terhadap suami tercinta, Norizan terharu kerana sikap positif yang dimiliki S Atan membuatkan ramai yang menyenangi personaliti figura hebat itu dari dahulu hingga kini.
“Sebagai isteri sudah tentulah saya melihat kesungguhannya untuk terus membahagiakan keluarga sebagai suatu anugerah. Bagaimanapun, ada satu sikap yang saya nampak ialah beliau ni suka gembirakan kawan-kawan sekeliling.
“Pernah dia pinjamkan duit, demi untuk kesenangan orang lain. Memang dia nak sangat membahagiakan kawan beliau. Sampaikan ada ketikanya saya sendiri rasa pelik dengan suami sendiri.
“Kadang-kadang saya ada cakap kepadanya, tak boleh begini. Nanti orang akan fikir lain. Cuma itulah… dia suka tengok orang lain bahagia. Tapi kami tidak pernah terfikir pun untuk dapat balasan daripada apa yang dilakukan.
“Malah bila adanya sambutan hari jadi yang dianjurkan khas kepada suami, saya bagi pihaknya rasa syukur dan terharu. Terima kasih.
“Ramai rakan artis, sahabat dan peminat yang hadir termasuk dari Singapura meski ada yang awal-awal lagi beritahu tak berkesempatan untuk datang atas kekangan tersendiri, akan tetapi kami memahami. Cuma atas kapasiti yang terhad, saya pun nak mohon maaf,” katanya.
Ditanya rahsia masih tampak kuat sehingga ke hari ini, S Atan yang juga bapa saudara kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS bersyukur dengan kekuatan yang dikurniakan Allah SWT.
“Alhamdulillah, tiada apa rahsia pun sebenarnya. Cuma saya kalau ambil makanan (berat) sekali sehari sudah cukup. Begitu juga dengan kualiti tidur. Cuma sebelah mata kiri saya sahaja yang tidak sudah tidak nampak,” katanya kepada MH.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Jadi Haji S Atan Yang Ke-73 di Hotel Royal Chulan Damansara, pada Isnin.
Sementara itu, ahli pernigaaan Dato Sri Rohaizat Musa, 46, yang sudi meraikan sesi sambutan berkenaan sebagai ‘hadiah’ menyatakan rasa gembira kerana majlis berjalan lancar sebagaimana yang diharap-harapkan.
“Kalau boleh, saya mahu ulang tahunnya kali ini menjadi suaru momen yang bermakna, jadi kenangan terindah. Malah kalau kita lihat, ramai selebriti senior hadir yang secara tak langsung menunjukkan wujudnya satu perhubungan yang baik dengan beliau. Saya dan isteri pun meminati beliau,” katanya.
Terdahulu pada 14 Mei lalu, sebuah konsert tribut istimewa dianjurkan khas bagi menghargai jasa lebih empat dekad S Atan dalam mewarnai industri muzik tempatan mdenerusi barisan lagu raya yang menggamit memori.
Konsert Cahaya Aidilfitri – A tribute to S. Atan bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dengan pimpinan konduktor, Ahmad Muriz Che Rose itu turut diserikan dengan persembahan daripada tiga penyanyi handal Malaysia iaitu Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI