Pengarah filem Saadiah: Bekal Kasih Merdeka, Ellie Suriaty optimis terhadap kualiti lakonan penyanyi, Kaka Azraff yang mendukung watak balu anggota polis, Saadiah Abdullah ketika muda setakat ini.
Mengambil latar masa akhir 1975, Ellie mengakui terpanggil untuk menguji kemampuan ibu kepada dua cahaya mata itu di sejurus melihat persembahan Kaka menerusi lagu tersebut yang turut menampilkan Noki K-Clique dan Loka B.
“Saya pilih Kaka sebab lagu Gila. Bila saya teliti liriknya itu, dalam hati terdetik bahawa jika dia mampu capai apa yang saya mahukan.
“Jadi pemikiran dan idealistiknya di dalam lagu tersebut ‘bertemu’ dengan titik pertemuan yang saya mahukan di dalam karektor Saadiah ketika muda.
“Ia seterusnya membawa kepada titik pertemuan dengan Saadiah ketika tua yang dilakonkan Khatijah Tan. Itu yang saya mahukan daripada seorang pelakon yang memainkan satu peranan untuk dua zaman,” katanya kepada MH.
Ellie menambah, personaliti Kaka dan Khatijah Tan yang membawa watak Saadiah pada tahun 2012 tidak terlalu ketara perbezaannya, sekali gus menjadikan perjalanan filem ini lebih realistik.
Ads
“Kalau kita tengok dari segi susuk fizikal, ada persamaaan apabila dilihat daripada ‘green screen’. Perubahan daripada Saadiah pada tahun 1975 dan membawa kepada perubahan latar masa 2012, ia seumpama kita tidak letak dua orang yang berbeza.
“Ia memang ‘pergi’ baik mengikut latar masa. Jadi itu yang terbaik yang kami dapat untuk karektor Saadiah sebenarnya,” katanya lagi.
Ditanya sebab mengambil Azriel Ismail untuk melakonkan watak sebagai Alias Nik Daud, Ellie percaya dengan bakat yang ada dengan pelakon berkenaan.
Ads
“Bagi saya dia ada aura yang sangat bagus. Dia pernah bekerja dengan saya untuk projek Teater Muzikal Putri Santubong The Warrior Princess sebagai Kijang Mas. Jadi saya tahu sejauh mana dia boleh pergi.
“Sebab kita tahu, lakonan di pentas teater adalah antara latihan lakonan buat seseorang pelakon. Bila dia buat persembahan itu, bagi saya ia bukan satu perkara yang mudah. Dia ada karisma dan energi bersama karektor yang dibawa.
Ads
“Saya sedar, kita ada ramai aktor. Tetapi kita juga perlukan satu permulaan yang besar. Watak ini sesuai dengan dia. Pada saya untuknya memainkan watak penting dalam naskhah ini, sangat sajak untuknya.
“Kita sedia ada ramai pelakon lelaki yang sering bawa watak polis, askar dan sebagainya. Tapi kita mahukan figura yang segar untuk watak tersebut,” katanya lagi.
Saadiah: Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak selama 37 tahun sebagai mengenang Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud.
Alias meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.
Filem terbitan Penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd itu bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kakak kepada penyanyi, Iman Troye menyifatkan adiknya itu memiliki jiwa yang sangat besar dan sentiasa menjadikan keluarga sebagai keutamaan meskipun kerap kali menjadi mangsa kritikan warganet.
Sifat sebenar penyanyi berusia 19 itu dapat dilihat menerusi sebuah video di Tik Tok yang memaparkan Iman sedang memperbetul posisi anak buahnya yang tidur di dalam kereta untuk keselesaan.
Menurut kakaknya Ain Fatiha, keperibadian seperti itu yang membuatkan rezeki lman sentiasa melimpah ruah.
“You gold. Awak kesayangan semua orang. Kenapa rezeki awak selalu murah? Sebab awak selalu mengutamakan keluarga dahulu.
“Bila kena kecam teruk dulu, awak boleh cakap tiada apa-apa. Adik okay. Semoga sentiasa kuat adikku Iman Alyssa. Semoga sentiasa didalam pelukan Allah,” tulisnya.
Pada masa sama, Ain turut mengakui menjadi keluarga kepada selebriti tidaklah seindah yang disangka oleh ramai.
Katanya lagi, dia menjadi bertambah kecewa apabila orang luar bebas untuk bercakap apa sahaja mengenai adiknya itu tanpa usul periksa.
“Ramai orang tanya best ke jadi famili artis. Tak. Tak best! Orang bebas bercakap tanpa tidur sebantal pun.
“90% apa yang orang cakap dekat luar sana, semua salah,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan agar Iman akan terus sukses di dalam industri seni tanah air.
“Inilah sebab namanya semakin naik sebab dia pentingkan family dia.
“Betul tu. Orang kecam tanpa fikir. Kecam macam dah kenal je. Stay strong sis.
“Sebab itu lebih baik kalau kita tutup je mulut kita. Tak perlu cakap apa-apa fasal orang lain.
“Stay strong akak sekeluarga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, nama Iman pernah terpalit dengan beberapa siri kontroversi sehingga ada yang melabelkan dirinya sebagai artis lupa diri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Iman Troye & Tik Tok Ain Fatiha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay tampil memberikan reaksinya selepas ada individu yang mempersoalkan warna kulitnya yang dikatakan gelap seperti orang kampung dan langsung tidak menggambarkan dirinya seorang artis.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Tik Tok, Liyana memaklumkan dia gembira dengan warna kulitnya itu dan tidak pernah terlintas untuk mengubah ciptaan Allah SWT.
“Kulit saya sebenarnya coklat-coklat kuning tapi kalau anda rasa itu hitam, saya okay dan terima sahaja.
“Saya tak nak pun kulit putih kerana saya tahu kalau saya inject untuk dapatkan kulit putih, ia akan ada kesan sampingan,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon filem Papadom ini turut berharap agar semua pihak sentiasa bersyukur dan berasa yakin dengan warna kulit mereka sendiri.
“Tak semestinya jadi artis kena kulit putih. Lainlah kalau kita ni memang dilahirkan putih. Itu alhamdulilah tapi kalau kita dilahirkan dengan kulit coklat orang Melayu, nak buat macam mana?
“Mungkin biar hitam untuk awak tapi putih di hati suami saya,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen senang dengn respon yang diberikan Liyana selain turut berharap agar isu warna kulit tidak lagi diperkatakan selepas ini.
“Natural beauty lagi cantik. Cucuk-cucuk putih nak pergi mana?
“Liyana Jasmay cantik sangat. Nampak comel daripada dulu sampai sekarang. Natural beauty.
“Liyana Jasmay ini sejenis yang lawa. Mata dia salah tengok kot. Daripada saya sekolah sampai nak dekat beranak, tetap maintain je Liyana Jasmay.
“Betul sangat. Natural beauty lagi sedap mata memandang.
“Cantik je tengok Liyana Jasmay ni. Makin lama, makin menawan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok itu telah meraih lebih 800,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Liyana Jasmay
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, akhirnya mengesahkan ikatan perkahwinan mereka apabila berkongsi gambar di atas pelamin, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai...