Penyanyi, Farisha Iris akui sudah tidak tahan lagi dengan masalah gangguan tidur yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini.

Menurut Farisha, sudah hampir seminggu dia tidak mendapat waktu tidur yang mencukupi dan sekiranya dia dapat melelapkan matanya, ia hanya bertahun untuk dua hingga tiga jam sahaja.

Katanya lagi, situasi tersebut menjadikan badannya terlalu letih dan sedikit sebanyak mengganggu rutin hariannya.

“Saya Perlukan Pertolongan, Dah Seminggu Tak Tidur,” – Penyanyi Farisha Iris “Saya Perlukan Pertolongan, Dah Seminggu Tak Tidur,” – Penyanyi Farisha Iris

“Saya Perlukan Pertolongan, Dah Seminggu Tak Tidur,” – Penyanyi Farisha Iris
“Saya sangat perlukan pertolongan. Saya dah hampir seminggu tak tidur. Saya hanya dapat tidur dua hingga tiga jam sehari. Saya tak dapat tidur lebih daripada itu.

“Sumpah saya penat dan mengantuk. Korang ada cara tak nak atasi masalah ini? Saya dah pernah lalui situasi yang sama sebelum ini. Apa yang saya buat adalah dengan mengambil pil melatonin tapi dah tak berkesan,” tulisnya.

IKLAN

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Hello itu menerusi beberapa ciapan di laman Instagram.

“Saya Perlukan Pertolongan, Dah Seminggu Tak Tidur,” – Penyanyi Farisha Iris “Saya Perlukan Pertolongan, Dah Seminggu Tak Tidur,” – Penyanyi Farisha Iris

Dalam pada itu, Farisha turut memaklumkan dia sebenarnya sudah mencuba pelbagai cara namun masalah gangguan tidur itu masih berlaku.

“Saya Perlukan Pertolongan, Dah Seminggu Tak Tidur,” – Penyanyi Farisha Iris

IKLAN

“Astagrifullahalazim. Saya masih tak dapat tidur. Percayalah, dah hampir dua jam saya cuba pejam mata dan letak telefon jauh-jauh. Ya Allah,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa risau selain turut berkongsi pelbagai saranan untuk mengatasi masalah tersebut.

Sekadar informasi, bakat nyanyian Farisha mula dicungkil sejak usianya masih lagi kanak-kanak menerusi pertandingan realiti nyatian, Idola Kecil dan Ceria Pop Star.

IKLAN

“Saya Perlukan Pertolongan, Dah Seminggu Tak Tidur,” – Penyanyi Farisha Iris “Saya Perlukan Pertolongan, Dah Seminggu Tak Tidur,” – Penyanyi Farisha Iris “Saya Perlukan Pertolongan, Dah Seminggu Tak Tidur,” – Penyanyi Farisha Iris

Malah, Farisha juga turut pernah meyertai program nyanyian, Big Stage pada 2020.

Nama Farisha juga makin dikenali menerusi beberapa single hitsnya seperti Hello, Bebel dan Baek.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Farisha Iris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI