Penerbit dan penyampai berita, Mior Abdul Malek Raiyani bersyukur selepas namanya dan isteri terpilih untuk menunai ibadah haji tahun ini.

Menurut Mior, dia sebenarnya amat bertuah kerana dipertemukan dengan individu-individu yang telah banyak memudahkan urusannya untuk menunaikan ibadah haji.

Dapat Panggilan Haji Bersama Isteri, Penyampai Berita Mior Abdul Malek Raiyani Syukur Urusan Dipermudahkan Dapat Panggilan Haji Bersama Isteri, Penyampai Berita Mior Abdul Malek Raiyani Syukur Urusan Dipermudahkan

“Kami antara jutaan jemaah yang memanjatkan doa moga Allah menjemput kami menyahut seruanNya.

“Rayuan, usaha dan ikhtiar, akhirnya nama saya tersenarai yang kemudiannya saat akhir rayuan isteri mengikut saya pula diluluskan.

“Dalam tempoh kurang dua minggu kami ditakdirkan bertemu dengan ramai insan-insan yang baik, yang membantu, yang mendoakan, yang memudahkan urusan,” tulisnya.

Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh penyampai berita, Buletin Utama itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

IKLAN

Dapat Panggilan Haji Bersama Isteri, Penyampai Berita Mior Abdul Malek Raiyani Syukur Urusan Dipermudahkan Dapat Panggilan Haji Bersama Isteri, Penyampai Berita Mior Abdul Malek Raiyani Syukur Urusan Dipermudahkan

Dikesempatan itu juga, Mior dan serta isteri turut memohon maaf seandainya mereka ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.

“Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Kami terlalu bersyukur kita ditemukan untuk berurusan. Tahu-tahu saat ini kami sudah di pintu pelepasan.

“Saya dan isteri mohon maaf atas segala kekhilafan, keterlanjuran kata dan perbuatan. Moga Allah menakdirkan yang baik-baik untuk kita semua,” ujarnya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Mior dan isteri dipermudahkan urusan serta memperoleh haji yang mabrur.

“So happy for you both. Alhamdulillah, tolong doakan yang baik-baik buat kami.

“Take care bang dan Kak Lin Moga dipermudahkan semuanya.

IKLAN

“Alhamdulillah syukur, semoga selain pergi dan pulang.

“Alhamdulillah, doakan kami juga supaya boleh jejakkan kaki di sana.

“Perancangan Allah tu memang cantik. Semoga dilancarkan semuanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Dapat Panggilan Haji Bersama Isteri, Penyampai Berita Mior Abdul Malek Raiyani Syukur Urusan Dipermudahkan Dapat Panggilan Haji Bersama Isteri, Penyampai Berita Mior Abdul Malek Raiyani Syukur Urusan Dipermudahkan

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mior Abdul Malek Raiyani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI