Pelakon meningkat naik, Ahirine Ahirudin akui sedikit canggung untuk malakonkan babak romantis bersama aktor, Aedy Ashraf menerusi filem sarat aksi terbaharu, Tebus The Movie.
Menurut Ahirine, ada beberapa babak harus dilalukan berulang kali kerana bahasa tubuhnya yang dikatakan agak kurang feminin.
“Pada saya, nak melakonkan babak romantis di dalam filem ini tidaklah terlalu sukar. Sejak daripada mula penggambaran, saya dan Aedy memang rapat.
“Kami bina keserasian dengan bersembang tentang perkara-perkara yang kami suka. Pada mulanya mungkin ada sedikit canggung dan hal itu merupakan kesilapan saya.
“Ketika melakonkan adegan berpelukan, saya diminta untuk ulang semula kerana pengarah kata, saya peluk macam jantan. Macam ‘bro-bro’ sangat. Selepas itu, saya ubah untuk jadi lebih lembut.
“Kami sangat profesional bila bekerja. Keserasian bersama Idan Aeden juga mudah dibentuk. Kami sering keluar, main game dan tonton wayang bersama sepanjang di Sarawak,” katanya kepada MH.
Ads
Pelakon berusia 27 tahun itu berkata sedemikian ketika ditemui ditayangan perdana filem berkenaan yang berlangsung di GSC, The Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Pada masa sama, Ahirine turut mendedahkan dirinya amat berpuas hati dengan kualiti lakonannya di dalam filem ini meskipun dimarahi pengarah hampir setipa hari di set penggambaran.
“Boleh dikatakan saya kena marah hampir setiap hari dan setiap babak tapi saya rasa berbaloi. Kalau tak kena marah, mungkin saya tidak akan tahu kemampuan atau kesilapan saya bergelar pelakon.
“Ini pertama kali saya kena marah hari-hari. Saya tak menangis pun dan semuanya simpan dalam hati. Pada mulanya, ada rasa give up juga sebab ketika mula penggambaran, banyak babak ekstrem.
Ads
“Saya ada terfikir yang mungkin watak ini bukan untuk saya tapi saya tetap kuatkan mental dan cuba yang terbaik. Saya sangat berpuas hati dengan lakonan saya di dalam filem ini tapi sudah tentu ada banyak ruang penambahbaikkan,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, antara cabaran terbesar sepanjang membintangi filem ini ada ketika melakonkan babak aksi yang ketika berlawan dan memerlukan dirinya dicampak ke dinding.
“Sewaktu babak diculik di dalam bilik freezer, kaki dan badan memang sangat sakit. Badan pun kena hempas di dinding banyak kali. Saya jadi susah nak jerit sebab kontraksi di perut.
Ads
“Babak itu memang harus diulang banyak kali sebab pengarah mahukan rakaman daripada semua sudut. Memang saya ada pengalaman berlakon lagak ngeri, tapi bila ia harus diulang lebih tujuh kali, sakit juga.
“Saya tak nak pakai stuntman untuk melakonkan babak tersebut kerana ini minat saya. Saya selalu buat body double untuk orang. Takkan saya tak boleh nak buat babak aksi untuk filem saya sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, Tebus The Movie merupakan filem arahan pengarah, Jason Chong yang kini boleh ditonton di aplikasi penstriman, Prime Video.
Selain Ahirine, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Idan Aedan dan Azhan Rani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ahirine Ahirudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Eira Syazira memberikan kata-kata semangat kepada anak sulungnya, Amarra Sofea Rose, yang dilihat menangis dipercayai terkesan dengan insiden melibatkan bapanya, penyampai radio Azad Jasmin, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Eira menasihati anaknya agar terus tabah dalam menghadapi dugaan yang sedang melanda keluarga mereka.
“Sabarlah wahai anakku intan payung mom dan dad. Jadilah anak yang kuat, bukan kerana dunia ini mudah tapi kerana awak lebih hebat dari setiap cabarannya,” tulisnya.
Ujian Hidup
Tambahnya lagi, setiap dugaan yang hadir akan menjadi pengajaran dalam membentuk seseorang menjadi individu yang lebih baik di masa hadapan.
“Percayalah sayangku, setiap ujian itu mendidik jiwa dan setiap kesabaran pasti membawa kemenangan. Have faith. Insha Allah,” kongsinya.
Di ruangan komen, netizen turut memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar keluarga ini terus kuat dalam menghadapi dugaan.
Antara komen yang ditinggalkan ;
“Semoga terus kuat Pak Azad, Eira dan keluarga. Allah ada.”
“Insha-Allah semuanya akan baik-baik sahaja nanti.”
“Semoga keluarga Pak Azad terus kuat. Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku.”
“Diuji di bulan Ramadan ini. Sabar ya nak. Insha-Allah besar ganjarannya.”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Iera Syazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Kelembutannya yang buatkan saya tertarik. Kalau kita tengok dia menerusi televisyen, personalitinya berbeza. Di luar dia seorang yang lembut.
“Saya tidak kisahlah orang nak cakap dia gedik ke apa. Akan tetpi orang luar tidak tahu macam mana Elly Mazlein. Jadi alhamdulillah saya bertuah dijodohkan dengannya,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada sukar atau tidak untuk ‘handle’ isteri yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga menerusi perkahwinan terdahulu, Azlan yang bertugas sebagai guru ini menjelaskan tidak susah untuk menjaga hati isteri.
Paling penting, mereka sepakat untuk tidak memberikan alasan terhadap hal yang remeh-temeh.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Sebenarnya tak susah, kalau kita pandai ambil hatinya. Tak susah kalau kita jenis yang tidak banyak alasan. Dia tak suka dengan orang yang banyak alasan.
“Misalnya kalau saya sudah buat salah, saya kena minta maaf dan tak perlu untuk berikan alasan yang itu ini. Jadi kalau saya dengar cakap dan mengakui silap, dalam sekelip mata dia boleh berubah,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Elly selamat menamatkan zaman ibu tunggal dengan suaminya itu pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Pelakon Risteena Munim berkesempatan menziarahi pusara pelawak, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey pada Jumaat siang.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon wanita berkenaan menerusi Instagramnya dengan memuat naik sepotong video yang dilihat sedang mendoakan Allahyarham.
“Dah lama saya berhasrat untuk ziarah kubur arwah Abam. Alhamdulillah saya berkesempatan pergi ziarah.
“Banyak kali saya bekerja dengan arwah Abam.
“Baik sangat-sangat. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin YRA. Al-Fatihah,” tulisnya.
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...