Pelakon Aprena Manrose meluahkan rasa kecewa terhadap komen segelintir pihak yang suka melibatkan bapanya, Iwan dalam setiap perkara yang dia lakukan.

Katanya, segala perkara yang dia lakukan adalah kehendaknya sendiri dan tiada kena mengena dengan bapanya yang dulu terkenal sebagai Raja Dangdut.

“Saya paling pantang kalau orang melibatkan bapa saya. Kalau saya terima komen macam tu saya akan terus buang.

IKLAN

“Mereka kata saya tak malu ke buat macam-macam hal dan tak fikir pasal bapa saya. Tapi bagi saya segala perkara yang saya lakukan adalah kehendak saya sendiri,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran alat solek Irisa Cosmetic di Black Box, Publica pada Sabtu.

Lansung ditanya mengenai isu gambar yang dikatakan kurang sopan, ini jawapan pelakon tersebut;

IKLAN

“Saya akui baju tersebut sedikit ketat tapi bagi saya, ianya masih menutup aurat.

“Saya terima teguran tersebut tapi yang menjadi persoalan mengapa gambar tersebut juga yang jadi perhatian. Walhal ada lagi yang lebih teruk berbanding saya. Mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” katanya lagi.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Aprena kini dalam persiapan untuk melakonkan filem seram pertamanya yang bertajuk Jangan Biar Dia Masuk yang akan memulakan pengambarannya pada Disember ini.

Foto: Aprena Manrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI