Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mendakwa dia sebelum ini pernah ditawarkan watak sebagai ibu kepada aktor Remy Ishak bagi sebuah naskhah drama bersiri.

Menurut Rozita yang mesra disapa Che Ta, dia memang terbuka untuk melakonkan watak sedemikian, tetapi terpaksa menolak tawaran tersebut kerana mengambil kira soal realistik.

“Saya Okey Tapi Taklah Sampai Tahap Pelakon Yang Jadi Anak Dewasa Sangat,” – Ditawar Jadi Ibu Remy Ishak? Che Ta Kata Biarlah Logik

“Saya okey saja watak ibu, tapi tidaklah sampai tahap pelakon yang jadi anak itu dewasa sangat. Saya pun selalu dapat watak ibu dan ia bukan isu besar.

“Cuma agak-agaklah juga nak gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak itu. Sejujurnya, saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama berkenaan.

“Kalau nak digandingkan pelakon watak ibu dan anak,  biarlah logik akal,” katanya.

Terdahulu, Che Ta dan Remy sudah beberapa kali digandingkan di dalam beberapa buah projek dan kebanyakannya mendukung peranan sebagai kekasih.

IKLAN

“Antaranya termasuk telefilem berjudul Masihkah Ada Sinar yang turut bersaing di Anugerah Skrin 2011. Sebelum itu juga saya dan Remy pernah beberapa kali berlakon sama,” katanya lagi.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata demikian di majlis anjuran syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah, HOMEVEST yang telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.

“Saya Okey Tapi Taklah Sampai Tahap Pelakon Yang Jadi Anak Dewasa Sangat,” – Ditawar Jadi Ibu Remy Ishak? Che Ta Kata Biarlah Logik

Rekod itu diwarta selepas syarikat berkenaan diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja atau Home Ownership Programme for Employees (H.O.P.E).

IKLAN

Bagaimanapun, bintang drama Tahyul itu bukanlah duta kepada syarikat berkenaan sebaliknya merupakan dia antara klien yang mendapatkan nasihat dalam hal berkaitan pembelian rumah.

“Tidak sama sekali bergelar duta, tapi saya antara yang turut mendapat nasihat syarikat terbabit dalam soal pemilikan dan pembelian rumah.

“Kebetulan adik ipar saya, Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol penasihat syarikat terbabit, jadi saya banyak mendapatkan nasihat daripada mereka,” katanya lagi.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Che Ta yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan dengan suami yang juga pelakon, Zain Saidin pada 11 Disember ini juga tidak sabar untuk berpindah ke kediaman baru mereka di Petaling Jaya, Damansara.

“Saya Okey Tapi Taklah Sampai Tahap Pelakon Yang Jadi Anak Dewasa Sangat,” – Ditawar Jadi Ibu Remy Ishak? Che Ta Kata Biarlah Logik

“Soal pindah rumah baru ini memang tertunda sebab situasi pandemik COVID-19 semasa. Awal dulu pun saya pernah terkena dan rugi jutaan ringgit sebab projek pengubahsuaian rumah gagal disiapkan kontraktor dilantik.

“Tapi sekarang perlahan demi perlahan, saya cuba curi masa mengawasi perkembangan proses ubah suai dan siapkan rumah itu dengan kontraktror lain.

“Adik ipar saya pun yang tahu selok belok hartanah dan perumahan banyak membantu serta beri nasihat,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI