Mahu dirinya dilihat menerusi bakat lakonannya, pelakon Nadzmi Adhwa tidak mahu dilabel sebagai artis popular dengan hanya bersandarkan pada kontroversi semata-mata.
Lalu, dia juga cuba cabar diri dengan mendukung watak yang berbeza daripada sebelumnya.
Menerusi filem komedi seram Busot Bonang misalnya, pelakon berusia 27 tahun ini berjaya mencuit hati penonton dengan watak yang dipegangnya sebagai Lutfy.
“Saya nak orang nampak saya ‘hidup’ dalam industri hiburan menerusi bakat, bukannya kontroversi kerana saya masih ‘hijau’, banyak lagi watak dan perkara yang saya perlu pelajari.
“Sekali gus, dapat memperbaiki diri saya dalam setiap babak yang saya pegang,” katanya kepada MH.
Suami kepada pelakon Ardell Aryana ini ditemui pada majlis tayangan perdana filem Busut Bonang di eCurve, Damansara pada Selasa.
Ads
Tambahnya, dia menyukai filem yang bergenre komedi arahan Khalid Nadzri kerana ia lebih santai dan kena dengan jiwa.
Malah, Nadzmi juga akui bahawa dia seorang yang ‘gila-gila.
Ads
“Jika ada peluang yang dilihat dari sudut mata pengarah, saya mahu juga mencuba watak-watak lain kerana watak komedi yang saya pegang ini juga memang kena dengan jiwa saya. Saya juga seorang yang ‘gila-gila’ dan loud.
“Saya memang suka genre komedi dan dapat pula naskhah yang santai macam Busut Bonang, memang seronok dan berjaya buat penonton ketawa. Insyallah,” katanya lagi.
Kecoh di laman sosial mengenai hubungan rumah tangga seorang pendakwah yang kahwin kali kedua, lalu didakwa telah menceraikan isteri pertama ketika hamil baru-baru ini.
Sekali gus, ia menjadi bualan ramai pihak termasuk Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut memberikan reaksi.
Malah, ada individu yang mahu penjelasan terperinci dari Syed mengenai isu tersebut.
Soalnya, apakah wajar menceraikan isteri sedang hamil menerusi aplikasi WhatsApp atas sebab nusyuz tanpa sempat isteri membuat pembelaan?
Lalu, ini jawapan panjang lebar dari Syed.
“Talak adalah Jalan Terakhir Untuk Sesebuah Ikatan Perkahwinan.
“Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.”
“Apakah punca perceraian itu terjadi?
“Adakah ianya satu2nya Jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah yg hadir dalam rumah tangga?,” jelasnya.
Malah, Syed menjelaskan dia tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga pendakwah itu; sebaliknya doakan yang terbaik buat dia, isteri dan ahli keluarga.
“Ambe taknak masuk campur urusan yg telah terjadi, insyaAllah masih boleh diperbaiki, mohon netizen doakan agar apa2 masalah jgn kita taburkan lagi minyak ke dalam api, kadang² yg kecil boleh jd marak.
“Bagi netizen, beragaklah dlm mengecop pendakwah, kerana kita tidak berada di situasi mereka,” tulisnya.
Pelakon Hafreez Adam mengakui hubungannya dengan tunang yang juga pelakon, Zara Zya ketika ini sedang dilanda dugaan.
Bagaimanapun, dirinya yakin untuk mengawal situasi yang berlaku secara matang.
“Saya akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini.
“Saya sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk situasi yang berlaku antara kami,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Dalam pada itu, Hafreez juga sudah tidak lagi mengikuti Zara di platform Instagram.
Hafreez seperti yang dilapor menjelaskan, tiada istilah sudah putus tunang atas apa yang berlaku.
Sebaliknya, ia dibuat bagi memastikan dirinya tidak menerima sebarang tekanan berkaitan dengan hubungan yang sedia terjalin.
“Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuat naik hal peribadi sesuka hati.
“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk ‘unfollow’ Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram.
“Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita,” katanya lagi.
Pada masa sama, bekas finalis Hero Remaja 2011/12 itu turut mendedahkan, dirinya pernah berdepan dugaan bertunang apabila ada cubaan untuk merosakkan hubungannya dengan Zara.
Jelas Hafreez, sebelum menjalinkan ikatan pertunangan, mereka tidak pernah bergaduh.
“Sepanjang dua tahun bercinta, kami tak pernah bergaduh. Hubungan berjalan dengan baik saja. Namun selepas bertunang, perkara lain pula terjadi.
“Saya kesal apabila ada pihak cuba menyebarkan cerita negatif mengenai kami. Bagaimanapun, saya enggan ambil serius dan menganggap perkara ini sebagai dugaan orang bertunang,” akhirinya.
Terdahulu, Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu yang hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.
Keduanya difahamkan sudah menjalin hubungan cinta kira-kira dua tahun sebelum ke fasa pertunangan.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.