“Tidak ada pembaharuan dari segi persembahan.” Itu kata ketua juri program Gegar Vaganza 6 (GV6), Datuk Ramli MS ketika ditanya apakah punca yang menyebabkan penyanyi Roy, diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu kelapan saingan.
Dalam konsert yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA itu, bintang berkenaan mendapat markah sebanyak 55 peratus menerusi lagu Seniman Menangis, sekali gus menyekat persaingannya untuk melangkah ke peringkat suku akhir, minggu depan.
“Apabila kita melihat kepada perkara itu, ya ia ‘stagnant’. Jadi kami para juri sepakat untuk pemberian markah,” katanya di sidang media.
Ditanya mengenai sisi pemilihan lagu serta prestasi para peserta pula, Ramli mengakui terbuka akan hal tersebut, selagi penyanyi yang bakal menyampaikan sesebuah lagu itu mampu berkarya, ‘mewarnai’ lagu.
“Nyanyi lagu apa pun, walau lagu Sarung Guni kat belakang tu pun… Saya okay. Selagi penyanyi itu berkarya dan nyanyian.
“Mana yang agak ‘ortodoks thinking’ dia akan… Sedangkan semua orang berlari sangat laju ke depan, lebih-lebih lagi yang mendapat markah tinggi itu.
Ads
“Jadi kalau lambat, akan ketinggalan ke belakang,” jelasnya.
Sementara itu, Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi positif dan reda apabila namanya umumkan sebagai peserta kelapan tersingkir.
“Sepatutnya saya kena nyanyi lagu yang lebih bagus dari versi Datuk Jamal Abdillah. Jadi juri sebelum ini minta saya untuk tukar stail yang lain. Misalnya Jamal nyanyi dalam ‘sekat… sekat…sekat’. Saya pula menyanyi secara ‘continues’.
Ads
“Itu Tok Ram punya pandangan supaya saya ‘lari’ dari bayangan versi Jamal. Akan tetapi saya rasa versi Jamal Abdillah sudah pun yang terbaik.
“Mahu tak mahu, saya kena buat juga. Misalnya kalau nak buat lenggok lain pun rasanya tak berapa sesuai. Ditambah pula dengan keadaan saya yang tidak berapa sihat sebenarnya.
“Apa yang dicadangkan Tok Ram itu bagus, tinggal lagi saya tidak dalam keadaan yang baik. Saya juga hampir-hampir alami suara koyak seperti Sham Visa. Saya kena jaga-jaga supaya suara tidak pecah.
Ads
“Seminggu lebih, malah ketika menyampaikan lagu Hajat lagi saya sudah tidak berapa sihat,” terang Roy jujur.
Sementara itu, peserta yang masih lagi kekal dalam saingan ialah Wann, Norshila Amin, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Hady Mirza, Jatt dan kumpulan One Nation Emcees.
Selain Ramli, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetapnya, Hetty Koes Endang sementara komposer lagu terkenal, Fauzi Marzuki dan pelakon Datuk Tamimi Serigar diundang sebagai juri jemputan.
GV6 bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD setiap Ahad jam 9.00 malam dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kisah mengenai motosikal yang dibeli pelawak dan penyampai radio, Shuib yang akhirnya diubah suai seakan-akan ‘motosikal berhias’ oleh isteri, Siti Sarah nyata mendapat reaksi pelbagai peminat.
Malah, rakan selebriti terutamanya Zizan Razak dan Fikry Ibrahim masing-masing ‘membahan’ rakan baiknya terhadap motosikal jenis Y15ZR (YSuku) yang telah ‘bertukar wajah’ itu hasil kreativiti si isteri.
Malah, Shuib Sepahtu berkongsi pengalaman apabila pertama kali melihat kenderaan dua roda itu selepas diubah suai.
“Tajuk filem: Asalkan kau bahagia, tempahan moto berhias dibuka sekarang,” tulisnya beberapa hari lalu menerusi Instagram.
Lalu sejurus kemudian, rakan pelawaknya itu termasuk Shuib saling ‘membahan’ antara satu sama lain dengan mengeluarkan kata-kata berbentuk sindiran terhadap kehidupan masing-masing hingga membuatkan netizen terhibur!
Sarah ketika dihubungi MH pula memberitahu, dia tidak kisah apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan suaminya. Bagi penyanyi Semakin itu, apa yang dilakukannya disifatkan sebagai ‘cantik dan wow’
“Cantiklah sikit nampak motosikal tu, kalau tak nampak macam biasa seperti yang diperkatakan rakan-rakannya. Biarlah orang nak cakap apapun.
“Malah yang suka nak kritik-kritik tu, mereka geng Arnab. Mereka terpengaruh dengan Zizan. Tunggu ajelah motosikal tu siap, nanti diam la mulut mereka,” katanya.
Kumpulan muzik terkenal antarabangsa, Linkin Park membuat kejutan dengan memperkenalkan vokalis baharu mereka selepas 7 tahun kematian Chester Bennington.
Paling menggemparkan, vokalis baharu ini merupakan seorang wanita. Dikenali sebagai Emily Amstrong, wanita berusia 38 tahun itu merupakan bekas vokalis Kumpulan Dead Sara selain mula bermain muzik sejak usia 12 tahun lagi.
Membuat kemunculan sulung penuh bertenaga dalam satu persembahan baru-baru ini. Nyata, vokal Emily cukup sesuai dengan lagu-lagu Linkin Park dan dia meraih komen positif daripada para peminat Kumpulan itu.
Selain Emily, kumpulan itu juga turut memperkenalkan pemain dram baharu, Collin Brittain. Mike Shinoda, salah seorang ahli Linkinpark berkongsi dalam satu kenyataan mengenai dua figura baharu dalam kumpulan mereka itu.
“Semakin banyak kami bekerja dengan Emily dan Colin, semakin kami menikmati bakat bertaraf dunia mereka, kehadiran mereka dan perkara yang kami cipta.
“Kami berasa benar-benar diperkasa dengan barisan baharu ini dan muzik baharu bertenaga yang dihasilkan bersama,” jelasnya
Kumpulan ini akan melancarkan album baharu yang diberi judul From Zero pada 15 November akan datang. Album tersebut melambangkan simbolik masa lalu, kini dan akan datang Linkin Park.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!