Selepas terpalit dengan isu gurauan kasar bersama penyanyi, Farisha Iris, Juara Big Stage 2020, Azzam Sham berharap agar ia tidak lagi diperbesarkan.

Menurut Azzam, dia akui akan kesilapannya itu dan telah pun membuat permohonan maaf secara peribadi bersama penyanyi berkenaan.

“Secara jujurnya saya bukan jenis yang cepat melatah. Bila saya tahu mengenai perkara tersebut, saya siasat dahulu kenapa boleh jadi sampai macam ni.

“Jadi, saya sebagai abang kepada dia, saya minta maaf secara personal. Saya tak mahu perkara ini diperbesarkan sebab itu saya tak bagi apa-apa kenyataan.

“Saya rasa perkara ini kecil dan boleh diselesaikan secara personal. Saya terus Whatsapp dia dan dia pun dah terangkan yang dia juga salah faham. Jadi isu diantara kami ni dah selesai dah,” katanya kepada MH.

IKLAN

Jelas Azzam lagi, salah faham diantara mereka adalah perkara biasa kerana dia juga telah menyifatkan Farisha seperti adik sendiri dan telah pun berkawan sejak kecil.

“Saya dengan dia memang okay je tiada apa nak disentapkan. Saya dari kecil dah kawan dengan dia. Bila dia terasa tu bagi saya benda tu dah biasa.

“Cuma dia dah terkeluar statement tu bukan terus direct kepada saya.

IKLAN

“Bagi saya, saya yang salah dalam hal ni. Saya tak bagi statement yang betul. Tapi kalau tengok video tu dari awal, saya bercerita mengenai soal netizen bukan saya yang keluarkan statement tu. Di situ mungkin berlaku salah faham,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun itu turut nekad untuk memperbaiki diri terutama bila berhadapan dengan pihak media mahu pun di kaca televisyen.

IKLAN

“Silap saya mungkin sebab saya selalu cakap tak jelas. Itu antara kelemahan diri saya.

“Sudah tentu saya akan lebih berhati-hati selepas ini sebab saya tak pernah terlibat dalam isu sebegini sebelum ini. Bila isu ini jadi besar saya terima dengan hati yang terbuka.

“Saya akan perbaiki kelemahan saya bila berhadapan dengan media atau di kaca tv. Bagi saya itu semua proses untuk saya belajar.

“Sejujurnya saya ni nak bergurau tapi saya tak pandai untuk bergurau,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI