Pelakon Emma Maembong mendedahkan pembantu rumahnya, dipercayai telah meninggalkan anak serta rumah sehingga gagal dikesan sehingga kini.

Emma menjelaskan, pembantu rumah wanita itu dikatakan telah keluar rumah dengan membawa kunci serta kad akses dengan membawa dua beg plastik kerana mahu membuang sampah.

Bagaimanapun, situasi sebaliknya berlaku apabila wanita terbabit didakwa tidak kembali ke kediamannya selepas 30 minit. Malah, telefon pintarnya turut dimatikan selain akses untuk teks WhatsApp turut disekat.

Pelakon drama Ajari Playboy itu berkongsi pengalamannya menerusi satu hantaran di Instagram.

“Hi, Assalamualaikum, sesiapa nampak dia tolong bagi tahu saya. Tujuan saya naikkan posting ini, bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa.

IKLAN

“Tapi untuk orang diluar sana supaya berhati hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura pura baik dengan kita.

“Secara tiba tiba, takda angin takda ribut tak cakap apa apa. Terus keluar rumah ambil kunci dan access card dengan membawa 2 plastic bag sampah besar, alasan nak buang sampah. Terus tinggalkan baby kecil dekat ruang tamu, selepas 30 minit masih tak masuk rumah.

“Terus matikan hp dan block kami dekat whatsapp, sampai sekarang masih tak boleh contact.

IKLAN

“Jadi, tujuan saya cuma nak beri peringatan pada semua untuk berhati hati. Semoga Allah membalas segalanya,” tulisnya sambil membuat naik beberapa lampiran berkaitan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi masing-masing.

Malah, ada di antaranya yang turut mendapat reaksi Emma yang turut membayangkan wanita terbabit berkemungkinan keluar bersama lelaki tidak dikenali.

“Saya Naikkan Posting Ini, Bukan Untuk Mengaibkan Atau Memburukkan Sesiapa. Tapi…,” – Emma Maembong Kesal, Pembantu Rumah Tak Balik Lepas Buang Sampah, Siap ‘Off Phone’ & Block WhatsApp

Foto: Instagram Emma Maembong

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI