Usahawan kosmetik yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri ada membuat permohonan maaf di Instagram Stories, pada Sabtu.

Menerusi rakaman video berdurasi 15 saat itu, penyanyi Bobo Di Mana itu menyatakan permohonan maaf andai ada menyakitkan hati selain dia tidak mahu mempunyai masalah dengan sesiapa.

“Kepada semua, saya nak minta maaf kalau ada menyakitkan hati korang, menyebabkan korang tak suka pada saya. Saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tak nak ada masalah dengan orang, maafkan saya,” katanya.

Bagaimanapun bapa kepada lima cahaya mata itu tidak pula menyatakan secara terperinci fokus isu permohonan maaf yang dibuat.

IKLAN

Terdahulu, Aliff telah didakwa memukul anak angkatnya yang berusia dua tahun, sebagaimana yang diperkatakan apabila laporan polis mengenainya tular di media sosial.

Dalam laporan polis yang dibuat, mangsa dikatakan telah dipukul menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan.

IKLAN

Menerusi laporan media tempatan, Aliff menyerahkan perkara itu kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Saya minta maaf sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis.

IKLAN

“Biar mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya seperti yang  dipetik.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menyerahkan sepenuhnya kepada polis susulan dakwaan suaminya itu dikaitkan dengan kejadian memukul anak angkat mereka.

“Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan,” katanya yang baru sahaja pulang dari tanah suci bagi menunaikan umrah.

Foto: Instagram Stories Datuk Seri Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI