Penyanyi rock yang juga juri program The Chosen One 2025, Datuk Awie, 56, memberikan pandangannya berhubung kontroversi melibatkan Shila Amzah dan seorang penyanyi legenda yang tular, baru-baru ini.
Turut disangka dalam spekulasi sebagai antara individu yang dikaitkan dengan insiden tersebut ketika ia awal-awal diperkatakan oleh warganet, Awie tampil memperjelaskan kedudukannya.
Awie berharap agar Shila dan penyanyi legenda terbabit tidak akan memanjangkan lagi kemelut yang berlaku.
“Saya pun mengharapkan agar mereka dapat berbaik dan tidak akan memanjangkan cerita ini sebab saya tahu penyanyi legenda itu insan yang lembut.
“Saya faham Shila pula seorang wanita dan biasalah kehidupan ini ada pasang surutnya. Cuma saya berharap mereka kekal berbaik,” katanya.
Penyanyi lagu Iris itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media The Chosen One Xtra x Jutawan Ekspres, pada Selasa.
Menurut Awie, dunia hiburan Malaysia bukanlah besar mana dan mungkin rakan seindustri akan bertemu juga lambat-laun.
Ads
“Kita rakan seindustri, pusing kiri, pusing kanan akan jumpa juga akhirnya. Jadi kita ambil jalan untuk menyelesaikan secara baik.
“Jangan keruhkan lagi suasana yang tengah teruk sekarang ini.
“Dengan industri kita yang dihina oleh netizen secara bebas menggunakan media sosial, jadi cukuplah, jangan ditambah-tambah lagi,” ujarnya lagi.
Ads
Awie Akui Tertekan
Mengulas tentang status yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini, Awie memohon maaf kerana tindakannya mungkin mengundang salah faham.
Menurutnya, luahan itu dibuat dalam keadaan tertekan kerana menjadi sasaran netizen akibat spekulasi tidak berasas.
Ads
“Bila saya buka saja telefon, saya terbaca orang mengutuk dan menghina saya. Jadi saya terpaksa memuat naik status berkenaan baru-baru ini kerana merasa tertekan.
Lagipun saya kena jaga nama isteri, anak-anak dan juga keluarga,” jelasnya lagi.
Awie pada masa sama turut mengaku penyanyi legenda yang dikaitkan, ada menghubunginya untuk memohon maaf selepas situasi itu menjadi tular.
“Saya dah berbual dengan dia, saya cakap padanya hal rumah tangga jangan dipublisitikan.
“Kalau perlukan bantuan saya, insya-Allah saya akan bantu. Soal rumah tangga orang lain jangan campur,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama rantaian Takdir Yang Tertulis yang mengangkat kisah konflik kekeluargaan dan percintaan nyata telah mendapat sambutan baik penonton.
Bukan itu sahaja, lagu berjudul Kendati yang telah menjadi lagu tema untuk drama tersebut turut menjadi perhatian daripda penonton setia drama arahan Shahrulezad Mohameddin atau lebih sinonim dengan panggilan Budak Ijat.
Penyanyi dan pencipta lagu, Amylea Azizan meluahkan rasa syukur apabila lagu itu telah disambut baik dan telah berjaya meraih lebih 350 ribu tontonan daripada peminat.
“Grateful, just grateful,” tulisnya ringkas.
Melihat di ruangan komen, rakan selebriti dan peminat memberi pujian terhadap lagu yang dicipta sepenuhnya oleh bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini.
Kendati yang membawa maksud walaupun itu adalah ciptaan sepenuhnya Amylea yang dihasilkan tahun lalu dan dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu serentak dengan video lirik di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Foto: Instagram Amylea Azizan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres, Diana Danielle mendedahkan tugas untuk melakonkan babak sedang berkahwin sememangnya bukan sesuatu yang mudah memandang ia memerlukan waktu yang agak lama untuk membuat persiapan.
Menurut Diana, ada kalanya persiapan tersebut memakan masa hampir 24 jam sebelum sesi pengambaran bermula.
Katanya lagi, perasaan sewaktu melakonkan babak perkahwinan ini juga saling tidak tumpah seperti zaman kanak-kanaknya satu ketika dahulu.
“Actually wedding scenes are a PAIN. Skala dia besar, masa utk siapkan satu sequence tu sehari semalam.
“Berjuta kali dah kahwin sepanjang jadi pelakon ni rupa pun mcm main kahwin-kahwin time kecik-kecik kat kampung,” kongsinya di lama Instagram.
Pelakon drama, Ganjil ini turut menambah, adegan seperti ini juga memerlukan fokus yang tinggi demi menjiwai peranan masing-masing.
“Bila action amboi tenung macam cinta mati lah konon. Bila rehearse perasaan memasing cringenyaaa tapi demi sebuah cerita kita harungi jua.
“Some behind the scenes for #shewasprettymy @viumalaysia,” kongsinya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut memuji bakat lakonan yang dimiliki oleh isteri kepada pelakon popular, Farid Kamil itu.
“Itulah selalu terfikir, tahan betul diorang ni tergelak ke apa. Lepas cut tu mesti like go shake it off all that cringe kan. But, hebatlah korang.
“Nampak jelas cringe di situ. By the way, tak sabar nak tengok.
“Wah best sangat ni. Diana berlakon dengan Aiman Hakim Redza. Pelakon yang hebat. Tak sabar nak tengok cerita ni.
“Minat sangat dengan Diana Danielle. Tetap lawa. Kalau ada drama keluar mesti nak tengok,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Dalam perkembangan lain, Diana kini dikhabarkan sedang sibuk menjalani sesi pengambaran drama terbarunya yang berjudul She Was Pretty bersama pelakon Aiman Hakim Redza.
Difahamkan drama ini juga merupakan adaptasi daripada drama popular Korea Selatan dan bakal ditayangkan di aplikasi Viu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain lagu Hati ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang mencuri perhatian ramai selepas dipilih sebagai Lagu Terbaik pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) pertama yang berlangsung malam tadi, persembahan Dayang Nurfaizah menerusi Sebentar turut diperkatakan.
Dalam persembahan santai seiring dengan rentak muziknya yang ‘fast’, penampilan bintang asal Sarawak ini buat kesekian kalinya di pentas separuh akhir program berkenaan tetap ditunggu-tunggu.
“Thank you for supporting #sebentar @faithfulmusicmy,” tulisnya ringkas sambil memberi kredit kepada jurufoto, Aqo Imran.
Lalu menerusi ruangan komen pada posting tersebut, para peminat dan rakan selebriti memberi reaksi baik terhadap persembahan bertenaga dari penyanyi berkenaan.
Malah, tidak kurang yang turut memuji persalinan sut senada ilham Datuk Rizalman yang dikenakan Dayang malam tadi.
Sebentar merupakan lagu hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Mage dan Romeo.
Terdahulu, selain Sebentar dan Hati yang dinyanyikan Hael Husaini, lagu lain yang turut bersaing termasuk Sembah (Naim Daniel dan Iqie Hugh), Curang (Syamel dan Aepul Roza), Takkan Merubah (Farouk Roman dan Amylea) dan Canggung (Hael Husaini dan Ezra Kong).
Sementara lima buah lagi lagu yang turut membuat persembahan ialah Gundah (Ernie Zakri dan Sharon Paul), I Want You To Love Me (Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan), Kelabu (Yonnyboii), Khayal (Hang Nadim, Bunga Cantik dan Ziin) dan Gila (Noki, Loca B dan Ezra Kong).
Pemenang Lagu Terbaik setiap episod membawa pulang baucer WOW Shop RM1,000 dan SFMM 35 menampilkan pasangan hos, Sherry Al Hadad dan Haziq.
Pertandingan yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu juga turut diadakan secara normal baharu iaitu tanpa kehadiran penonton.
Episod kedua dan ketiga masing-masing bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad, jam 9 malam, secara langsung di TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dan Rani Mukherji mencatat sejarah peribadi apabila masing-masing kali pertama meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita...