Penyampai radio, Deen Hot FM mengumumkan dia kini sah meninggalkan stesen radio tersebut selepas kontraknya tidak disambung lagi.

Menurut Deen atau nama sebenarnya Nordin Madian, dia telah pun menerima notis penamatan servis seminggu yang lalu dan hari ini merupakan kali terakhir dia ke udara selepas hampir 10 tahun berkhidmat bersama stesen radio berkenaan.

“Saya telah menerima notis 7 hari penamatan servis bertarikh 16 Julai 2021 dan hari ini 23 Julai 2021 merupakan hari terakhir saya memberikan servis sebagai seorang penyampai radio di Hot FM.

“Karier saya sebagai penyampai radio bermula sejak 15 Oktober 2010 sebagai seorang kakitangan kontrak dan bermula pada 1 November 2017 pula sebagai service provider,” tulisnya.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Deen menerusi satu kenyataan akhbar yang dimuat naik di laman Twitter.

“Saya Menerima Keputusan Ini Dengan Profesional,” – Servis Ditamatkan, Deen Tinggalkan Hot FM Setelah 10 Tahun “Saya Menerima Keputusan Ini Dengan Profesional,” – Servis Ditamatkan, Deen Tinggalkan Hot FM Setelah 10 Tahun

Menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, Deen menjelaskan ia sebenarnya adalah lumrah dan rutin normal bagi sesebuah stesen radio swasta menukar barisan penyampainya bersesuaian dengan trend masa kini.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Deen turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya sepanjang berkecimpung didalam dunia penyiaran radio.

“Saya amat bersyukur dikurniakan rezeki selama 10 tahun bersama Hot FM dan kini sudah tiba masanya untuk Hot FM membuat pertukaran barisan
penyampai yang sememangnya rutin normal bagi sesebuah radio swasta
selari dengan selera pendengar, permintaan pasaran, pelan perniagaan dan content strategies.

“Oleh itu, saya menerima keputusan ini dengan profesional dan ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga, seluruh team Hot FM,
para wartawan, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa menyokong karier saya selama ini,” ujarnya lagi.

“Saya Menerima Keputusan Ini Dengan Profesional,” – Servis Ditamatkan, Deen Tinggalkan Hot FM Setelah 10 Tahun “Saya Menerima Keputusan Ini Dengan Profesional,” – Servis Ditamatkan, Deen Tinggalkan Hot FM Setelah 10 Tahun

IKLAN

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, bapa kepada seorang itu memaklumkan dia bakal menggunakan waktu ini untuk menyambung pelajarannya yang sudah lama tertangguh.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat apa jua bidang yang diceburi Deen selepas ini.

“Kau ni kalau campak ke laut jadi pulau, campak ke hutan jadi gunung, campak ke langit jadi bintang. Terus sukses, bro. In sya Allah.

“Oh no, sedihnya semua berhenti. All the best in your future endeavours Deen! Terima kasih untuk hari-hari yang menceriakan di radio.

IKLAN

“Thanks Deen 10 tahun dengar celoteh kau..rindulah lepas ni.

“Good luck in your future endeavor my friend. Insyallah ada rezeki lain,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Twitter.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Saya Menerima Keputusan Ini Dengan Profesional,” – Servis Ditamatkan, Deen Tinggalkan Hot FM Setelah 10 Tahun

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Twitter Deen Hot FM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI