Bersempena ulang tahun kelahiran pemain bass kumpulan rock, Spider, Allahyarham Tony Iskandar yang ke-50, vokalis, Tam Mustafah telah pun menghadiahkan sebuah lagu istimewa buat sahabatnya itu.

Menurut Tam, lagu tersebut sebenarnya telah diciptakan khas buat buat sesiapa sahaja yang mengenali Tony sama ada peminat mahupun kenalan rapat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tam Spider (@tam.mustafah)

“Hari ni merupakan hari lahir Allahyarham Tony yang ke-50. Sebuah lagu khas untuk peminat sahabat dan kenalan arwah Tony.

“Tak perlu bersedih. Hanya senyum dan doa. Video penuh boleh lihat youtube channel. Link di bio . . @sarang.spider,” tulisnya

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Relaku Pujuk itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Tak Perlu Bersedih, Hanya Senyum & Berdoa,” – Lirik Penuh Makna, Tam Spider Dedikasi Lagu Sempena Hari Lahir Allahyarham Tony Yang Ke-50 “Tak Perlu Bersedih, Hanya Senyum & Berdoa,” – Lirik Penuh Makna, Tam Spider Dedikasi Lagu Sempena Hari Lahir Allahyarham Tony Yang Ke-50

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Tam turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak terlalu bersedih sebaliknya kirimkanlah doa agar Tony sentiasa tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis nyata tersentuh dengan setiap bait-bait lagu yang telah diciptakan oleh Tam itu.

“Sedinya lagu. Takziah buat abang Tam dan juga Spider. Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

“Allah..sebak pula tengok. Semoga arwah tenang dialam abadi.

IKLAN

“Setiap tahun tak pernah lupa wish birthday dekat arwah. Semoga arwah abang Tony tenang dan bersama dengan orang-orang soleh.

“Salam takziah. Teringat lagu Tony gila Lucy,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Tak Perlu Bersedih, Hanya Senyum & Berdoa,” – Lirik Penuh Makna, Tam Spider Dedikasi Lagu Sempena Hari Lahir Allahyarham Tony Yang Ke-50 “Tak Perlu Bersedih, Hanya Senyum & Berdoa,” – Lirik Penuh Makna, Tam Spider Dedikasi Lagu Sempena Hari Lahir Allahyarham Tony Yang Ke-50

IKLAN

Terdahulu, Tony telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 30 Jun lalu selepas dia didapati tidak menyedarkan diri sewaktu sedang berehat di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M Nasir di Sungai Buloh.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Tak Perlu Bersedih, Hanya Senyum & Berdoa,” – Lirik Penuh Makna, Tam Spider Dedikasi Lagu Sempena Hari Lahir Allahyarham Tony Yang Ke-50

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Tam Mustafah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI