Pelakon Amyra Rosli mengakui berasa teruja selepas diberi kepercayaan menggalas amanah sebagai pengacara baru program wanita, Nona menggantikan pengara terdahulu, Mira Filzah.

Jelas Amyra, meski gementar, namum dia akan tetap menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin sekaligus keluar daripada zon selesanya.

“Secara jujur, pada peringkat awal saya terkejut sebab seperti semua orang tahu Nona merupakan sebuah program televisyen yang sangat besar.

“Sebenarnya sejak daripada dulu lagi saya memang ada memasang impian untuk menjadi seorang pengacara tetapi ilmu itu belum cukup.

“Tetapi apabila saat ini saya ditawarkan posisi sebagai pengacara Nona, rasa takut-takut itu saya buang dan saya ingin mencabar diri.

“Gementar itu sudah tentu ada. Dalam setiap perkara yang saya buat untuk pertama kalinya memang saya akan berasa nervous walaupun ketika berlakon drama yang dah berpuluh-puluh kali tu,” katanya.

“Saya Sebenarnya Nak DM, Tetapi Tak Terluah Dengan Kata-Kata Sebab…,” – Amyra Rosli Sah Ganti Mira Filzah Jadi Hos Nona, Ini Reaksi Tuan Badan “Saya Sebenarnya Nak DM, Tetapi Tak Terluah Dengan Kata-Kata Sebab…,” – Amyra Rosli Sah Ganti Mira Filzah Jadi Hos Nona, Ini Reaksi Tuan Badan

IKLAN

Isteri kepada pelakon, Amar Baharin itu berkata sedemikian ketika sidang media memperkenalkab pengacara baru Nona yang dilakukan secara virtual pada Isnin.

Dalam pada itu, Amyra turut mendedahkan dia telah pun membuat persiapan rapi, namun seboleh mahu melaksanakan tugas ini dengan caranya yang tersendiri.

“Persediaan saya mungkin sama seperti orang lain. Saya banyak menonton program-program Nona yang terdahulu tatapi saya sudah dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut sangat cara pengacara sebelum ini.

“Saya masih lagi akan mengekalkan keanggunan itu namun, pada masa sama mereka meminta saya untuk menerapkan elemen ‘cheeky’ di dalam pengacaraan saya. Mungkin dengan cara itu kita akan lebih dekat dengan penonton,” ujarnya lagi.

“Saya Sebenarnya Nak DM, Tetapi Tak Terluah Dengan Kata-Kata Sebab…,” – Amyra Rosli Sah Ganti Mira Filzah Jadi Hos Nona, Ini Reaksi Tuan Badan

IKLAN

Ditanya mengenai perasaannya bagi menggantikan posisi yang sebelum ini dibawa Mira Filzah, ini reaksi yang diberikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu;

“Bila saya diberi tahu yang saya akan menggantikan tempat Mira Filzah, pelbagai tanda tanya sebenarnya bermain difikiran saya. Adakah Mira Filzah ni pregnant ke habis kontrak ke, macam-macam saya fikir.

“Saya sebenarnya nak DM dia tetapi tak terluah dengan kata-kata sebab pada ketika itu pihak Media Prima masih lagi berbincang dengan Mira Filzah. Ketika itu masih belum ada kata putus.

“Jadi saya ambil pendekatan akan bagi tahu Mira Filzah selepas sidang media ini. Saya akan call untuk tanyakan tips atau pendapat sebagai kawan-kawan dan juga family Nona,” kongsinya lagi.

IKLAN

“Saya Sebenarnya Nak DM, Tetapi Tak Terluah Dengan Kata-Kata Sebab…,” – Amyra Rosli Sah Ganti Mira Filzah Jadi Hos Nona, Ini Reaksi Tuan Badan

Terdahulu, pihak penerbit telah pun memberi gambaran mengenai episod istimewa Nona yang akan bersiaran pada 8 Ogos ini yang akan menampilkan Amyra Rosli dan Mira Filzah.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Saya Sebenarnya Nak DM, Tetapi Tak Terluah Dengan Kata-Kata Sebab…,” – Amyra Rosli Sah Ganti Mira Filzah Jadi Hos Nona, Ini Reaksi Tuan Badan

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI