“Saya Menangis Kerana Terlalu Kecewa,” – Luahan Sarah Pada Alina Sejurus Melangkah ke Final Mentor Otai

Salah seorang Mentor menerusi program Mentor Otai, Siti Sarah gagal mengawal emosi kerana rasa kecewa dengan kesilapan dilakukan protegenya, Alina Hassan menerusi rancangan Mentor Otai.

Lalu ekspresi kekecewaan penyanyi Kesetiaan itu ibarat tidak boleh lagi dibendung apabila mereka sama-sama berjaya melayakkan diri ke final Mentor Otai yang akan bersiaran secara langsung di TV3, Ahad depan.

“Sukar untuk saya jawab kerana risau andai kenyataan yang dikeluarkan nanti, saya tak mahu ia kedengaran salah. Sebagai manusia biasa, saya pun ada perasaan. Jadi sebolehnya saya tak mahu nak guris perasaan orang lain,”katanya sejurus semi final Mentor Otai selesai. 

 

“Kejadian tersebut berlaku secara tidak sedar. Emosi saya sedikit terganggu apabila apa yang diharapkan, tidak berlaku di atas pentas. Terlalu banyak perubahan yang dia (Alina) buat hingga sampai saya pun tak tahu nak buat apa. Saya kecewa, terkilan.

 

“Sebab bagi saya, Kak Alina ada kualiti juara itu sudah saya tidak tahu nak terangkan macam mana. Hanya dia saja yang boleh jawab,” luah Sarah.

Ditanya apa yang membuatkan dirinya menangis di belakang pentas, Sarah secara spontan memberitahu, ia merupakan reaksi kepada kekecwaan yang dihadapi bila berdepan dengan situasi berkenaan.

IKLAN

“Daripada awal saya bertemu dengannya, saya memang niat cuba untuk membantu. Mungkin secebis harapan untuk diberikan kepadanya. Tapi bila jadi macam ni, saya menangis kepada terlalu kecewa.,” kongsinya jujur. 

Terdahulu, Alina menyampaikan lagu, Sembilu dan I Have Nothing, dalam nada sebak mengakui kesilapannya sehingga membuatkan mentornya menitiskan air mata.

Selain berdepan masalah gugup, Alina turut memberitahu dirinya dibebani beberapa perkara lain sehingga mengganggu prestasinya ketika melakukan persembahan.

“Saya rasa bersalah apabila gagal memberikan yang terbaik. Saya tidak dapat hendak memandang wajah Sarah. Dia bukan saja mentor, tetapi idola saya. Rasa kecil bila menyanyi bersamanya.

 

“Apa pun, saya harap dia tak berputus asa untuk didik saya hingga ke final. Saya minta maaf,” katanya.

Selian Alina tiga peserta lain yang bakal bersaing di Mentor Otai Akhir ialah  AJ, Aznie dan Elvira bagi merebut hadiah utama berupa wang tunai berjumpah RM100,000.

Ikuti sedutan temu ramah mereka bersama pihak media sejurus semi final Mentor Otai berakhir menerusi FB Live MH.

IKLAN

Sarah menjelaskan kepada media berkenaan dengan kekurangan persembahan bersama protegenya, Alina.

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 22 April 2018

 

 

PART 2 – Nah dengarkan pula apa kata penjelasan Alina.

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 22 April 2018