Penyanyi, Ainan Tasneem mengenang saat pertama kali menonton persembahan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza secara langsung, 22 tahun yang lalu.
Menurut Ainan, dia menyifatkan Siti sebagai penyanyi terbaik kerana mempunyai aura dan personaliti yang sangat hebat.
“Saya minat dia dari umur 5 tahun. Dulu kalau saya sertai mana-mana pertandingan nyanyian dekat sekolah mesti saya akan nyanyi lagu TokTi.
“Saya ingat lagi 22 tahun yang lepas waktu Tokti buat persembahan dekat Stadium Kajang. Saya sembilan tahun masa tu, dapat duduk row depan sekali dekat seat VIP.
“Masa giliran Siti buat persembahan, saya terkesima sangat tengok kecantikan dia dan kelembutan dia. Aura dia memang hebat. Suara bagaikan buluh perindu.
“Persembahan yang memang saya takkan boleh lupa sampai bila-bila. Segala puji bagi Allah yang menciptakan seorang wanita yang bagi saya cukup sempurna,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Aku Suka Dia itu menerusi hantaran untaian di apliksi X.
Dalam pada itu, Ainan turut memuji sifat Siti yang amat merandah diri meskipun bergelar artis terkenal.
Ads
Hal tersebut dapat dilihat sewaktu Ainan masih aktif bergelar penyanyi satu ketika dahulu.
“Kami pernah digandingkan dalam satu program TV. Jumpa Tokti depan-depan memang buat ketar lutut ya. Lidah saya kelu.
“Saya ingat lagi dalam bilik makeup tengah siap-siap tiba-tiba dia masuk. Satu bilik tu tetiba jadi wangi sangat.
“Saya terus bangun dan offer dia kerusi saya sebab tiada tempat duduk dah dekat situ. Dia cakap, ‘Tak mengapa, awak duduk lah’ sambil senyum dan masih berdiri.
“Lepas tu dia buka bag tangan dia, ambil compact powder dan touch up muka sendiri. Humble sangat. Disebabkan attitude dia tu lah dia boleh kekal menjadi penyanyi nombor satu negara,” ujarnya lagi.
Ads
Terdahulu, tiket bagi konsert Sebuah Epitomi Saya Siti Nurhaliza telah pun habis dijual dalam masa dua jam pada Khamis.
Bagaimanapun, Ainan lega kerana mendapat keizinan suaminya untuk menonton konsert artis kesayangannya itu.
“Saya tak penah pergi mana-mana konsert tapi kali ini saya nak pegi jugak. Saya minta izin suami nak pergi satu-satunya konsert sebab ni penyanyi kesayangan saya.
“Saya paksa dia ikut juga teman. Dia pun tahu saya minat sangat dengan Tokti sebab tiap kali karok memang saya lenjan lagu Tokti je.
“Lagi saya gembira dan terharu sangat bila dapat tahu Tokti buat konsert ni untuk kumpul sumbangan untuk rakyat Palestine.
“Jadi, sambil tengok idola nyanyi, sambil menderma jugak. Patutlah semua orang sayang dengan Siti Nurhaliza,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Ainan akui teruja kerana dia berjaya berperang untuk mendapatkan tiket yang telah dijual semalam.
“Saya sendiri bertarung dua jam semalam pun tak dapat nak beli tiket padahal saya masuk website tu tepat-tepat pukul 2 petang.
“Mujur la saya buat keputusan untuk ambil ticketing service jugak incase tak dapat beli. Alhamdulillah semua ticket yang saya nak, saya dapat. Kalau tak memang kempunan nak pergi konsert Siti.
“Saya punya happy dapat ticket pegi konsert Tokti sampai saya menangis & buat sujud syukur ya. Hebat betul penangan Siti Nurhaliza.
“Alhamdulillah rezeki. Kesian tengok ramai yang battle ticket tak dapat pergi. Semoga ada rezeki Tokti buat dekat SNBJ pula lepas ni,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Ainan Tasneem
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, MeleTOP kendalian Nabil Ahmad dan Neelofa telah menemu bual Datuk Aznil Haji Nawawi dan Alif Satar bagi berkongsi kisah awal penglibatan mereka dalam rancangan hiburan berkenaan para peringkat awal.
Neelofa mendedahkan, Datuk Aznil yang sinonim disapa Pak Nil antara individu yang mencadangkan namanya, Nabil dan Alif Satar untuk menjadi hos MeleTop.
“Kalau bukan sebab Pak Nil, tak adalah kami di sini. Terima kasih Pak Nil kerana memberi kepercayaan,” kata Neelofa.
“Sekitar Oktober 2012, saya terlibat dalam merancang program ini, saya ialah antara ‘brain’ MeleTOP. Sepatutnya program ini mempunyai tiga hos dan hosnya adalah mereka,” balas Pak Nil.
Ketika ditanya Nabil mengapa Pak Nil mencadangkan nama usahawan berkenaan, ini reaksinya;
“Ketika itu saya nampak Lofa adalah antara wajah yang akan disayangi di kaca TV. Dulu kita ada Wan Zaleha Radzi kan.
“Kemudian kita ada Normala Samsudin suatu ketika dahulu. Semua orang sayang dan saya nampak Lofa antara wajah yang disayangi,” dedah Pak Nil yang turut memberikan dedikasi buat Nabil dan Neelofa atas sukses yang dikecapi hingga kini.
Neelofa sebelum ini ada membuat pengumuman mengundurkan diri dari mengendalikan program terbabit selepas tujuh tahun dan lapan musim bersiaran.
#MHvideo “Wow…,” – itu reaksi awal Nabil bila Lofa umum undur diri dari MeleTop selepas 7 tujuh tahun
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus memaklumkan baru-baru ini ada menjalani rawatan terapi tulang belakang yang dikendalikan salah seorang sahabatnya.
Sewaktu menjalani rawatan tersebut, Aril dinasihatkan untuk kerap melakukan senaman supaya tubuh badannya sentiasa berada dalam keadaan cergas.
“Kebetulan aku ada seorang sahabat yang pandai buat terapi tulang belakang ni, kira macam chiropractic juga dan berbekam. So, aku pun buat treatment dengan dia dan dia cakap pergilah bersenam.
“Keluarkan peluh malas ni. Dah tua-tua ni ternak lemak buat apa? Hahaha. Then aku pun buat keputusan untuk tak nak makan ubat tapi bersenam,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Menatap Matamu itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.
Selain untuk mengekalkan tahap kecergasan, Aril turut mendedahkan antara sebab mengapa dia harus kekal aktif adalah bertujuan untuk mengelakkan dirinya daripada terus mengalami ‘anxiety attack’.
Katanya lagi, ‘anxiety attack’ ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.
“Tujuan aku ikhlas cuma nak share pengalaman. Tak best kena anxiety attack ni dan tak nak korang rasa benda yang sama. Yang mana masih ada rezeki dan pekerjaan, pendapatan tetap bersyukur dan hargailah,” kongsi lagi.
Sementara itu, adik kepada penyanyi Allahyarham Izwan Pilus ini turut dilihat sempat menitipkan kata-kata semangat buat mereka yang mengalami masalah yang sama sepertinya.
“Yang masih survive untuk terus hidup macam aku ni atau lebih worst dari apa yang aku lalui, aku doakan semoga Allah S.W.T limpahi rezeki yang halal untuk korang semua.
“Jangan give up. Moga ada sinar hujung kegelapan. Amin! Terus kekal sihat ye guys,” akhirinya.
Sumber: Instagram Aril Pilus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
1 April lalu genap 26 tahun penglibatan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam bidang hiburan. Sepanjang tempoh itu, anak jati Kuala Lipis, Pahang itu telah berjaya meraih pelbagai anugerah dari dalam mahupun luar negara di atas pencapaian kerjaya seninya.
Terbaharu, nama Siti sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas namanya tersenarai dalam list Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time seperti yang dikongsikan laman Twitter rasmi, The Artist Museum.
Dalam senarai itu, Siti berjaya mengalahkan nama-nama besar bintang antarabangsa seperti Justin Timberlake, Usher, Nicki Minaj termasuk idolanya, Celine Dion.
Mendiang Michael Jackson mendahului carta sementara tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik Beyonce dan Taylor Swift. Sementara, kumpulan sensasi Kpop, BTS di tangga keempat.
Rata-rata peminat melahirkan keterujaan di atas kejayaan membanggakan ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Dahsyat betul boleh masuk dalam list ni.
“No. 27 penyanyi yang menerima paling banyak anugerah di peringkat global dan beliau masih lagi memegang takhta penyanyi paling tinggi anugerah di Malaysia dengan sebanyak 329 trofi.
— The Artist Museum (@TheArtistMuseum) April 5, 2022
“Tahniah Siti Nurhaliza. Sentiasa menjadi penyanyi nombor satu pilihan saya. Tolong jangan berhenti menyanyi… kami masih memerlukan anda dalam industri ini,” tulis peminat setia Siti.
Untuk rekod, Siti merupakan artis Malaysia yang paling banyak memenangi anugerah sehinggakan rekod itu dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 dan masih lagi kekal dengan rekod tersebut sehingga kini.
Pelbagai anugerah yang berjaya diraih Siti antaranya 42 anugerah di Anugerah Industri Muzik (AIM), 25 trofi di Anugerah Bintang Popular, 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik dan 20 anugerah di Anugerah Juara Lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini melancarkan lima koleksi secara serentak dalam meraikan ulang tahun ke 20 tahun dan sambutan Aidilfitri.
Ia tampil menerusi Rizman Ruzaini...