Jaguh beregu badminton lelaki Malaysia, Nur Izzuddin Rusmani dan Goh Sze Fei berjaya mencipta kejutan menjuarai Kejohanan Terbuka Artik 2024.
Mereka mengalahkan beregu no.2 dunia dari Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dalam perlawanan yang diheret ke set ketiga
Kalah pada set pertama, Izzuddin-Sze Fei bangkit pada set kedua dan ketiga dengan mata 15-21, 21-15, 21-19
Perlawanan malam ini menyaksikan, Sze Fei-Izzuddin ketinggalan jauh dalam set pertama, tetapi bangkit untuk menguasai perlawanan kedua dalam masa 23 minit.
Dalam penentuan, kedua-dua pasangan bertukar mata demi mata sebelum akhirnya mara ke hadapan untuk memenangi perlawanan.
Dengan kemenangan ini, Izzuddin-Sze Fei mengukuhkan kedudukan mereka sekaligus kejayaan ini menjadi kemenangan ketiga mereka selepas menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.
Sekadar info, semalam beregu Izzuddin – Sze Fei berjaya mengalahkan beregu no.1 dunia dari China sebelum melangkah ke peringkat akhir Terbuka Artik 2024.
Mereka kini berada dikedudukan kelapan dalam ranking persekutuan badminton dunia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres senior yang sudah beberapa kali menggondol trofi pelakon wanita terbaik di negara ini, Fauziah Ahmad Daud menitipkan nasihat kepada pelakon baharu yang bercita-cita mahu merangkul trofi Anugerah Akademi atau Oscar agar memperbaiki lakonannya jika mahu impian menjadi kenyataan.
Menurut Fauziah atau yang turut disapa sebagai Ogy, dia melihat segelintir pelakon muda yang sekadar melontarkan dialog, namun belum benar-benar menyelami watak yang dibawa.
“Sebenarnya tidak salah jika kita berfikiran jauh secara global tetapi saya pernah menonton lakonan pelakon ini. Terus terang saya ingin berkata daripada seorang kakak dan seniwati, banyak sangat yang dia harus pelajari.
“Apa yang saya lihat acuan lakonan, apabila anda melafazkan dialog dan bagaimana anda masuk ke dalam watak yang diberikan untuk melontarkan dialog.
“Kalau saya cakap lebih-lebih macam ini pun, pelakon itu mungkin tak faham. Tapi ramai (pelakon) yang hanya melontarkan dialog namun tidak memasuki ke dalam watak itu,” katanya.
Ogy berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Teater Di Sebalik Topeng di Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Fauziah pada masa sama menyarankan mereka berkenaan ‘mencari’ jiwa dalam lakonannya terlebih dulu bagi memantapkan kemahiran dan ilmu pengetahuan sebagai seorang anak seni.
“Banyak lagi kena belajar, selongkar lagi diri kerana bila mahu masuk ke dalam satu watak, ia bukan hanya melihat pada ciri karakter sahaja tetapi secara keseluruhannya.
“Minda perlu berfikir, jiwa harus ada rasa, pernafasan, pergerakan, rasa tubuhnya semuanya perlu diambil kira. Jadi banyak perkara yang perlu dilakukan bukan hanya berlakon semata-mata,” katanya lagi.
Herion filem Azura ini bagaimana pun tidak pesimis terhadap hasrat tersebut. Malah dia menyokong, sekaligus mencadangkan agar pelakon tersebut terus berusaha bagi membuktikan kepada orang di luar sana bahawa tiada apa yang mustahil.
“Impian itu gratis (percuma). Tetapi sekiranya itu yang sebenar-benarnya yang adik inginkan, berusaha keras untuk dapatkannya.
“Buktikan kepada netizen yang awak boleh menang anugerah Oscar, insya-Allah tapi kena belajarlah… jangan main asal boleh sahaja.
“Jangan rambut sahaja nak kena cantik, pakai kanta lekap (penampilan diri)… Tidak, lakonan bukan hanya itu (jaga penampilan) sahaja adik. All the best adik,” katanya.
Fauziah menambah, untuk meraih kejayaan sedemikian, ia memerlukan pengalaman berpuluh tahun dengan mengambil contoh bintang ternama yang sudah meraih Oscar.
“Awak (pelakon) juga perlu ingat Leonardo mengambil masa berpuluh tahun untuk merangkul anugerah Oscar pertamanya. Begitu juga Brad Pitt, Al Pacino dan pelakon negara kita, Michelle Yeoh.
“Mempunyai impian itu adalah bagus saya mengalu-alukan. Jadi jika awak menyimpan impian tersebut, awak perlu buat sesuatu jangan hanya berkata-kata.
“Mulakan cari ilmu di dalam bidang lakonan, barulah awak akan menghargai seni ini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Bergelar seorang ‘Public Figure’ tidak lah semudah yang disangka apabila banyak mata yang akan memerhati dan menghakimi gerak geri, tidak kira dari segi perbuatan, percakapan mahupun penampilan. Malah, terkadang terasa seperti tiada langsung privasi.
Jika ada sesuatu perkara yang tidak kena, mahupun tidak sejalan dengan apa yang dimahukan oleh pengikut mahupun para peminat, pasti terus akan menjadi isu serta perbualan hangat. Terutamanya apabila kita kini berada di zaman media sosial, dimana sesuatu isu itu mudah menjadi tular.
Perkara sama turut sama berlaku kepada penyanyi, pengacara dan pelakon berbakat besar Sissy Imann, 28 tahun. Ketika di awal pembabitannya dalam dunia hiburan, Sissy sering menjadi mangsa kritikan warganet dari segi penampilan. Apa saja yang digayakan pasti mengundang kecaman.
Beberapa tahun lalu, Sissy pernah mengalami fasa dimana dia dikritik hebat berhubung penampilannya ketika mengacarakan Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33).
Dimana ketika itu, gaun yang digayakan oleh pelantun suara lagu ‘Mungkin Kamu’ ini dikatakan tidak sesuai bagi menghadiri malam berprestij sedemikian. Meskipun gaun berkenaan merupakan hasil air tangan dan rekaan bapanya sendiri, Mohammad Kamil Mustaffa.
Bagaimanapun, tidak hanya mahu berada di takuk lama, wanita asal kota metropolitan Kuala Lumpur ini dilihat sudah belajar dari pengalaman, akhirnya Sissy dilihat telah berjaya melakukan transformasi imej dan terlihat lebih ‘wow’!
Kini Sissy tampil lebih yakin, segar dan chic sesuai dengan usianya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Elisya Sandha mendedahkan dia terlebih dahulu mendapatkan pandangan suaminya sebelum bersetuju menjayakan adegan mesra bersama rakan pelakon, Aliff Aziz, dalam drama Madu Atau Racun.