Penyanyi, Hael Husaini menjelaskan sebab dia mengambil pelakon, Dottie dan Sherry Al-Hadad serta bintang Thailand, Happy Polla dalam muzik video (MV) lagu Hajat, baru-baru ini.

“Saya Memang Selalu Ketengah Hal Jarang Orang Sentuh,” – Jawab Hael Husaini Mengenai Isu Penampilan Selebriti ‘Comel’

Katanya kepada MH, dia sudah lama merancang untuk mengetengahkan isu berat badan ini malah ramai juga yang memuji MV tersebut yang dilihat mengetengahkan orang yang berbadan besar.

IKLAN

“Memang dah lama plan untuk video klip Hajat dan yes, saya memang ketengah hal jarang orang sentuh seperti isu berat badan.

 

“I’ve been there, saya tahu bagaimana rasanya. Jadi pada saya, tak kisah bagaimana pun saiz anda dan di dalam MV saya pun ada macam-macam saiz, ada kurus, ada berbadan besar malah lagi besar pun ada.

 

“Jadi, tak perlulah seseorang itu stress untuk orang lain dan cukuplah jadi cantik di mata orang yang diperlukan dalam hidup. Just be confident with yourself,” katanya.

“Saya Memang Selalu Ketengah Hal Jarang Orang Sentuh,” – Jawab Hael Husaini Mengenai Isu Penampilan Selebriti ‘Comel’

IKLAN

Tambahnya lagi, dia juga tidak melihat sikap ‘nak cantik’ itu sebagai satu kesalahan.

IKLAN

” Tak salah untuk ‘groom’ demi diri sendiri, tapi nak obses tu jangan sampai cuba untuk jadi seperti orang lain. Bila dah jadi lain tu yang tak seronok,” katanya lagi.

Setakat ini, MV Hajat sudah mencapai lebih 1,210,454 tontonan serta trending nombor satu di Youtube.

Foto: Instagram Hael Husaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI