Vokalis Azzara Band Ejai Aziz berdepan situasi sukar apabila mendakwa bahagian bawah zakarnya akan berasa panas tepat pukul 12 tengah malam.

Menurut Ejai, penyakit tersebut sebelum ini berlaku selama tiga bulan dan setiap malam.

Malah lebih aneh, ia makin teruk sekitar pukul 3 pagi dan akan reda sebaik azan Subuh berkumandang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ejai Azarra (@ejai_aziz)

“Saya memang bingung dan rasa sangat sakit. Bila diserang saya ke hospital, selama enam kali saya buat pemeriksaan di hospital berbeza.

“Malah turut membuat pemeriksaan imbasan tetapi kata doktor tidak ada apa-apa termasuk ujian darah yang dijalankan.

“Kalau ikutkan rasa sakit saya memang yakin akan ditahan di wad tapi sebaliknya saya dibenarkan balik,” katanya mengimbau kejadian misteri yang dialami sekitar bulan Mac tahun lalu.

IKLAN

Ejai pada masa sama menambah, dia turut ikhtiar mendapatkan rawatan Islam dan dimaklumkan oleh dua ustaz yang memeriksanya dia terkena buatan orang.

“Saya pun tak tahu punca dan siapa. Benda itu sudah lama dalam badan saya sejak beberapa tahun dan kemuncaknya saya diserang tahun lalu.

“Syukur dengan ikhtiar yang dilakukan saya kembali pulih dan saya berharap perkara sama tidak berulang lagi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ejai menambah dia memilih untuk memberikan fokus pada bidang muzik bersama Azzara Band serta mencipta lagu untuk tempoh lima tahun mendatang.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ejai Azarra (@ejai_aziz)

Baginya, muzik menjadi keutamaan dan mempunyai sasaran sendiri sebelum mencuba peluang dalam bidang lakonan.

“Kami juga terus mengikut kehendak peminat dan pendengar yang gemar dengan muzik rancak berbanding muzik balada daripada kami.

“Lagu kami seperti Siapa Kata lebih disenangi dan untuk itu kami beri perhatian kepada muzik seperti itu sebelum beralih ke genre lain,” katanya.

IKLAN

Ejai juga tidak menolak jika mendapat peluang menyertai rancangan seperti Big Stage meskipun terpaksa beraksi solo.

“Saya pasti akan berbincang dengan ahli kumpulan dan pengurusan. Saya mahu yang terbaik untuk semua. Apapun saya takkan tinggalkan band saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ejai Azarra (@ejai_aziz)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/YMPiTDvnd9E

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI